Abstract
Fishermen comprise mainly men
engaged in fishing activities. Women are however
involved mainly in grading tasks,
packaging and processing of fish. This article
attempts to show that the female
Bajau in Kampung Mengkabong, Tuaran, Sabah
is also engaged in fishing
activities using traditional methods. They sell fish and
other fishery products. More
interestingly, they play a key role in the management
and administration of family
finances. This paper explains how they
simultaneously perform
fishing-related activities, marketing, managing family
finances and subsequently saving.
The Bajau community is commonly associated
with fishing activities, and,
consequently, living below the hardcore poverty line
as portrayed by several studies.
However, the findings of this study suggest
otherwise. This study is based on
a survey conducted on fifty Bajau women who
are involved in various fishery
activities, from production to marketing, in Tuaran,
Sabah.
Keywords: Gender, workforce,
Artisanal fishermen, poverty, and Sabah
Pengenalan
Setiap pagi berhampiran Pasar
Ikan Tuaran boleh didapati pemandangan kaum
wanita sedang menjual ikan dan
hasil perikanan di bawah payung di pinggir jalan
atau di kaki lima pasar. Mereka
adalah wanita Bajau dari Kampung Mengkabong
yang terlibat dalam aktiviti
menangkap ikan dan memasarkan sendiri hasil
perikanan keluarga mereka.
Petempatan Kampung Mengkabong terletak
berhampiran Sungai Kabong yang
terdiri daripada tujuh buah kampung iaitu
Kampung Tembiluk, Kampung
Jembulang, Kampung Buansa, Kampung
Mempelam, Kampung Pensurun,
Kampung Gerinsing dan Kampung Soang
Krumuan. Jumlah penduduk bagi
Kampung Mengkabong adalah seramai 2,499
orang di mana 97% daripadanya
merupakan suku kaum Bajau. Wanita-wanita
Bajau yang dinyatakan di atas,
65% daripada mereka berumur di antara 30 hingga
50 tahun, sementara 20% berumur
di antara 50 hingga 65 tahun. Hampir
keseluruhan mereka (95%)
merupakan isteri nelayan dan 5% adalah janda. Wanita
ini mempunyai bilangan tanggungan
yang sederhana ramai, iaitu 60% mempunyai
Jati, Vol. 13, December 2008
tanggungan di antara tiga hingga
enam orang dan 15% mempunyai tanggungan
di antara tujuh hingga lapan
orang. Wanita Bajau ini 40% tidak pernah bersekolah,
masing-masing 20% menamatkan
persekolahan di peringkat sekolah rendah,
peringkat Penilaian Menengah
Rendah dan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Mereka menjalankan kegiatan
menangkap ikan secara tradisional, di muara
sungai berhampiran kampung
mereka. Kegiatan tersebut dijalankan, kerana
mereka tidak mempunyai peluang
untuk melakukan pekerjaan lain disebabkan
tiada kemahiran dan taraf
pelajaran yang rendah, membantu suami dan sebagai
meneruskan pekerjaan tradisi
keluarga. Mereka menangkap ikan dengan
menggunakan peralatan tradisional
seperti jala, jaring, tajur, bintur dan bubu.
Kegiatan menangkap ikan
dijalankan pulang hari, dan jumlah hari ke laut dalam
sebulan di antara 21 hingga 28
hari. Mereka tinggal di perkampungan atas air yang
lokasinya lebih kurang lima
kilometer sahaja dari Pekan Tuaran.
Aktiviti Harian Wanita Bajau
Wanita Bajau bangun seawal 5.00
pagi. Setelah bersolat Subuh mereka menyiapkan
sarapan pagi untuk suami yang
akan pulang dari laut dan untuk anak-anak yang
akan ke sekolah. Sarapan pagi
biasanya terdiri daripada air teh atau air kopi tanpa
susu, dan dilengkapi dengan nasi
bersama lauk semalam yang diperangat.
Hidangan tersebut diletakkan di
atas meja dan kemudian ditutup dengan tudung
salji. Bagi yang tidak mempunyai
meja makan, makanan tersebut dibiarkan sahaja
di atas dapur. Suami akan makan
sarapan setelah pulang dari laut, dan anak-anak
pula sebelum pergi ke sekolah.
Sarapan pagi dengan nasi ini amat penting kerana
biasanya anak-anak tidak membawa
bekal makanan dan hanya diberikan duit
belanja sekolah.Kira-kira jam
6.00 pagi suami wanita Bajau akan pulang dari laut, biasanya dengan membawa
hasil tangkapan. Banyak atau sedikit tidak menentu. Hasil
tangkapan tersebut akan
dimasukkan ke dalam tong atau pun ke dalam baldi besar
yang kemudiannya ditutup bagi
menjaga kesegaran dan mengelakkan dari
dilarikan oleh kucing. Wanita
Bajau akan turun ke perahu bersama perkakas
menangkap ikan mereka, sama ada
jala atau jaring kira-kira jam 6.15 pagi dan terus
berkayuh menuju ke muara sungai.
Mereka pergi bersendirian atau ditemani oleh
anak perempuan mereka. Di sungai
akan didapati wanita-wanita Bajau sekampung
melakukan kerja yang sama.
Selepas setengah jam berdayung,
mereka akan sampai ke kawasan operasi
menangkap ikan. Mereka akan terus
menjala atau menjaring, yang biasanya
dilakukan di kawasan-kawasan
berhampiran tebing sungai atau tepi pantai bakau.
Dalam pada itu ada juga nelayan
wanita Bajau yang menggunakan peralatan bubu
dan tajur untuk menangkap ikan
dan menggunakan bintur untuk menangkap
ketam. Bubu, tajur dan bintur telah
ditenggelamkan pada hari sebelumnya.
Kedatangan mereka pada pagi itu
untuk mengutip hasil tangkapan, membubuh
umpan baru dan menenggelamkan
semula bubu, tajur dan bintur mereka. Operasi
menangkap ikan tersebut
dijalankan selama satu hingga dua jam. Kemudian
mereka akan segera pulang ke
rumah masing-masing. Hasil tangkapan biasanya
terdiri daripada udang, ketam dan
pelbagai jenis ikan muara sungai.
Sesampai di rumah mereka akan
mendaratkan hasil tangkapan dan
mencampurkannya dengan hasil
tangkapan yang diperoleh oleh suami mereka
malam tadi. Sebahagian daripada
hasil tangkapan akan diasingkan untuk dijadikan
lauk pada hari itu. Sekiranya
hasil tangkapan yang diperoleh sedikit, tetapi
melebihi daripada keperluan lauk,
wanita Bajau akan menyerahkan kepada rakanrakan
yang mendapat hasil yang banyak
yang akan memasarkan hasil tangkapan
mereka ke Pekan Tuaran. Hasil
tangkapan tersebut akan diserahkan tanpa di gred
atau ditimbang terlebih dahulu.
Mereka menyerahkan bulat-bulat kepada rakan
mereka untuk memasarkannya.
Kepercayaan dan persahabatan lebih penting
daripada wang ringgit. Dalam pada
itu, ada juga di antara mereka yang meminta
saudara-mara untuk memasarkan
hasil tangkapan yang sedikit.
Semasa mendapat hasil tangkapan
yang memuaskan, wanita Bajau setelah
sampai di rumah akan membersihkan
badan dan bersarapan kemudian bergegas
untuk pergi memasarkan hasil
tangkapan ke Tuaran. Mereka akan membawa hasil
tangkapan dalam satu atau dua
baldi plastik besar, beg plastik yang akan
digunakan bagi ikan yang telah
dijual kepada pengguna, tikar getah atau plastik
berukuran 3’ X 4’ untuk
memperagakan ikan, bangku plastik kecil untuk duduk
semasa menjual ikan, baldi kecil
untuk mengisi air bagi menyiram ikan dan udang
yang diperagakan, dan juga untuk
digunakan membasuh jari pembeli. Hasil
tangkapan dan barang-barang
tersebut dibawa dengan menaiki “kereta sapu”1 atau
van milik orang Bajau setempat.
Masa perjalanan sekitar lima hingga sepuluh
minit, kerana jarak tempat
tinggal wanita Bajau di Kampung Mengkabong ke Pekan
Tuaran sekitar lima kilometer.
Sesampai di Pekan Tuaran hasil
tangkapan dan barang-barang keperluan
jualan akan diturunkan di tapak
jualan. Tapak jualan terletak di bawah pokok di
pinggir jalan berhampiran dengan
Pasar Ikan Pekan Tuaran. Dengan kata lain
mereka berniaga di luar pasar,
selain daripada pinggir jalan ada sebilangan
daripada mereka yang berjaja di
kaki lima pasar tersebut. Mereka menjalankan
perniagaan tanpa memiliki lesen
perniagaan. Kemudian mereka akan pergi ke
kedai runcit tempat mereka selalu
berbelanja untuk mengambil payung besar yang
ditumpangkan di kedai tersebut.
Payung besar di pasang, tikar getah atau plastik
di bentang dan kemudian sedikit
demi sedikit hasil tangkapan dikeluarkan
daripada baldi besar. Hasil
tangkapan digredkan mengikut jenis udang, ketam,
ikan dan juga mengikut saiz.
Setelah digredkan hasil tangkapan itu ditompok-tompokkan di atas tikar getah
atau plastik yang telah dibentangkan. Wanita Bajau
tidak menggunakan timbang, kerana
pertama mereka menganggap harga sebuah
timbang sangat mahal, kedua sukar
untuk membawa pergi dan pulang dan dari
masa ke semasa perlu dipantau
ketepatan bacaan timbang. Bagaimana pun yang
lebih meyakinkan ialah mereka
tidak tahu menjalankan urus niaga dengan
menggunakan timbang. Mereka agak
sukar untuk menentukan harga sekiranya
bacaan timbang tidak pada bacaan
yang tepat pada kilonya. Mereka mungkin
mengetahui harga satu kilo,
tetapi akan memakan masa yang lama atau langsung
tidak tahu sekiranya berat
timbangan tidak sampai satu kilo, seperti 850 gram.
Pernyataan di atas hanya berlaku
kepada wanita-wanita Bajau yang telah
lanjut umur. Bagaimana pun bagi
wanita Bajau yang berumur 30 hingga 50 tahun,
mereka menggunakan timbang dan
mesin kira. Walau pun timbang digunakan,
mereka tetap menjual ikan dan hasil
perikanan dengan cara tompok. Apa yang
dilakukan ialah mereka menimbang
ikan atau udang terlebih dahulu, kemudian
meletakkannya dalam
tompok-tompok. Satu tompok beratnya satu kilo. Peniaga
ini bukan sahaja menimbang ikan
dan udang jualannya, mereka juga turut
membantu menimbang ikan dan udang
jiran-jiran di sebelah mereka. Dengan kata
lain sebuah timbang akan
digunakan secara berkongsi.
Hasil tangkapan seperti udang
dijual dengan harga RM8.00 hingga RM10.00
satu tompok. Sementara ketam
dijual mengikut ikatan, di mana bilangan ketam
pada satu ikatan telah
ditentukan. Harga satu ikat juga di antara RM8.00 hingga
RM10.00. Sementara itu ikan-ikan
bersaiz kecil dijual dalam bentuk tompok,
sementara ikan bersaiz besar
dijual dalam kiraan ekor. Tompok-tompok udang
dan ikan dari masa ke semasa
disiram atau direnjis dengan air supaya kelihatan
segar. Selain udang, ketam dan
ikan ada di antara wanita Bajau yang menjual
rumpai laut, siput dan kima.
Rumpai laut mereka peroleh dari Semporna dengan
cara memesan daripada
pengkultur-pengkultur rumpai laut, juga dari suku kaum
Bajau di Daerah Semporna pada
hari sebelumnya. Rumpai laut tersebut mereka
beli dalam jumlah beberapa guni
dan dikirimkan melalui bas ekspres yang berulang
alik di antara Semporna dan Kota
Kinabalu. Dari Kota Kinabalu ke Pekan Tuaran
rumpai laut di bawa dengan van,
teksi atau ‘kereta sapu’.
Perniagaan wanita Bajau biasanya
bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir
pada jam 12.30 tengah hari.
Sepanjang tempoh tersebut, wanita Bajau akan duduk
di atas bangku kecil di hadapan
jualan ikan mereka. Bagi yang berniaga di kaki
lima pasar, mereka akan duduk di
atas lantai simen kaki lima pasar tersebut. Harga
ikan pada awal pagi diletakkan
agak tinggi sedikit, kerana pada masa itu ikan
masih segar dan pembeli pun masih
ramai. Pembeli gemar membeli ikan daripada
wanita Bajau kerana harganya
lebih rendah daripada ikan yang dijual di dalam
pasar. Selain daripada itu
pembeli masih boleh tawar menawar dengan peniaga
tersebut. Biasanya permintaan
pembeli dilayan asalkan mereka menawar tidak
melebihi 20% daripada harga
jualan asal. Apabila matahari sudah meningkat tinggi
dan pembeli sudah berkurangan,
harga ikan diturunkan sedikit. Umpamanya,
harga waktu pagi RM10.00 setompok
diturunkan kepada RM8.00 setompok.
Pembeli di waktu tengah hari yang
menawar, selalunya harga setompok ikan tidak
diturunkan tetapi wanita Bajau
akan menurunkan harga jika membeli dua tompok.
Misalnya harga setompok ikan
RM8.00 jika dibeli dua tompok RM14.00 dan tiga
tompok RM18.00.
Walaupun ikan dan udang telah
ditompok-tompokan, pembeli masih
dibenarkan memilih udang atau
ikan dari tompok yang berlainan. Ini menjadi daya
tarik pembeli untuk membeli
dengan wanita Bajau, selain daripada harga yang
murah mereka boleh pula memilih
udang atau ikan yang hendak dibeli. Memilih
udang atau ikan tidak boleh
dilakukan pada peniaga-peniaga ikan di dalam pasar,
kerana mereka menjual ikan dan
udang mengikut gred. Lain gred lain harganya.
Wanita Bajau akan menggantikan
ikan atau udang yang dipilih daripada tompok
yang telah disediakan dengan
udang dan ikan yang baru. Bagi dua atau tiga
tompok yang terakhir, oleh sebab
wanita Bajau sudah hendak pulang mereka
menjual barangan jualan dengan
harga yang murah iaitu separuh daripada harga
asal.
Wanita Bajau yang berniaga di
luar pasar iaitu di pinggir jalan dan kaki lima
pasar sekitar 40 hingga 55 orang.
Mereka berniaga secara bersendirian atau dibantu
oleh anak-anak perempuan mereka
secara bergilir. Walaupun mereka ramai,
namun begitu suasana urus niaga
tidak riuh rendah seperti di dalam pasar. Ini
disebabkan wanita-wanita ini
tidak melaung-laungkan jenis jualan mereka dan
tidak juga melakukan promosi yang
boleh mempengaruhi pembeli. Mereka hanya
menyapa pembeli apabila pembeli
sudah berdiri di hadapan tikar mereka, atau
ketika pembeli lalu di hadapan
mereka dengan sapaan yang mudah, agak perlahan
dan sambil tersenyum. Umpamanya,
mereka akan menyapa dengan menyatakan
“beli ikan bos”, “udang bos,
murah” atau pun “masih baru, peres (fresh) bos”.
Sekiranya pembeli berlalu dan
pergi ke penjual di sebelah, mereka membiarkan
sahaja dan tidak cuba merayu atau
meraih simpati pembeli. Biasanya, wanita Bajau
ini mempunyai pelanggan yang
tetap. Selain boleh tawar menawar, mereka
selalunya menunjukkan kemesraan
kepada pelanggan mereka. Sambil
membungkus ikan atau udang mereka
menanyakan khabar pelanggan, mengapa
mereka datang awal atau lewat,
apakah jenis masakan yang akan dilakukan kepada
ikan atau udang yang dibeli dan
sebagainya. Dalam pada itu wanita Bajau ini suka
bersedekah. Mereka akan menambah
beberapa ekor udang atau ikan ke dalam
beg plastik pelanggan. Tindakan
mereka ini menawan hati pelanggan kerana
memperlihatkan bahawa wanita
Bajau tidak begitu berkira dalam urus niaga.
Tindakan wanita Bajau menjual
ikan dengan harga lebih murah, tidak
mendapat bantahan daripada
peniaga-peniaga ikan di dalam pasar. Ini disebabkan
mereka berpandangan kuantiti yang
dijual oleh wanita-wanita tersebut adalah
sedikit dan tidak menggugat perniagaan
mereka. Selain daripada itu, masa
perniagaan juga adalah singkat
sekitar empat jam sehari. Jenis ikan dan udang
yang dijual oleh wanita Bajau,
terbatas kepada akuatik muara sungai sahaja,
menyebabkan peniaga dalam pasar
tidak merasa resah. Peniaga dalam pasar
menjual pelbagai jenis ikan
pelagik dan demersal yang datangnya dari perairan
pinggir pantai hinggalah ke
perairan laut dalam. Kepelbagaian jenis ikan ini juga
menyebabkan peniaga-peniaga dalam
pasar mempunyai pelanggan yang tertentu.
Dengan kata lain, wanita Bajau
tidak benar-benar mewujudkan persaingan dengan
peniaga-peniaga di dalam pasar.
Sepanjang menjalankan perniagaan
wanita Bajau berbual sesama sendiri.
Mereka berbual dengan menggunakan
bahasa Bajau, dan hanya menggunakan
Bahasa Melayu apabila berbicara
dengan pembeli atau siapa sahaja dari keturunan
bukan Bajau. Untuk menghilangkan
haus, mereka membeli air daripada wanita
Bajau yang berniaga pelbagai rasa
air batu dan air dalam tin, yang kemudiannya
dimasukkan ke dalam plastik.
Mereka minum sedikit demi sedikit ketika tempat
jualan mereka tidak dikunjungi
pelanggan. Sekiranya berasa lapar mereka akan
membeli satu atau dua potong kuih
daripada peniaga-peniaga yang juga terdiri
daripada wanita Bajau.
Dari segi hasil jualan,
pendapatan yang diterima agak berbeza sedikit di
antara hujung minggu dengan
hari-hari biasa. Pada hujung minggu mereka
mendapat lebih pendapatan kerana
pada hari Sabtu dan Ahad bilangan pelanggan
bertambah. Hari Sabtu dan Ahad
adalah hari cuti kepada kakitangan kerajaan dan
beberapa syarikat swasta. Selain
daripada itu, hari Ahad juga merupakan hari
Tamu bagi Pekan Tuaran. Tamu
Tuaran telah terkenal sejak zaman penjajahan
British lagi. Pada hari Tamu
ramai pembeli datang dari luar Tuaran, khususnya
dari Kota Kinabalu. Jarak Pekan
Tuaran dengan Bandar raya Kota Kinabalu hanya
34 kilometer sahaja, Mereka
datang ke Tuaran untuk berbelanja dengan harga yang
murah, di samping dapat membeli
sayur-sayuran kampung, kuih-kuih tradisional,
masakan kampung dan lain-lain
yang sukar didapati di Kota Kinabalu. Pekan
Tuaran menjadi penuh sesak ketika
Tamu diadakan. Pada kedua hari tersebut
secara purata wanita Bajau
memperoleh pendapatan di antara RM100.00 hingga
RM200.00. Sedangkan pada
hari-hari biasa mereka memperoleh pendapatan di
antara RM50.00 hingga RM100.00.
Wanita Bajau menamatkan
perniagaan sekitar jam 1.00 tengah hari. Mereka
akan berkemas dengan memasukkan
semula ikan atau udang ke dalam baldi
sekiranya ada yang tidak habis
dijual, melipat tikar, menutup payung dan mengira
hasil pendapatan pada hari itu.
Kemudian mereka akan menuju ke kedai runcit
tempat mereka biasa berlanggan.
Payung akan disimpan di situ, dan seterusnya
mereka akan membeli barang-barang
keperluan dapur seperti beras, gula, kopi,
teh, minyak masak dan sebagainya.
Selain daripada keperluan dapur, biasanya
mereka akan membeli satu atau dua
kotak rokok yang dipesan oleh suami.
Sekiranya ikan dan udang laris
dijual, mereka akan memberhentikan
perniagaan lebih awal. Setelah
berkemas mereka akan pergi ke kedai emas di
bandar itu. Mereka akan melihat
dan jika berkenan mereka akan menawar harga
barang kemas tersebut. Setelah
dipersetujui harganya mereka akan membelinya.
Cara pembayaran agak berbeza
dengan amalan biasa. Wanita Bajau akan
membayar secara beransur-ansur,
bergantung pada pendapatan harian mereka.
Mereka hanya akan mengambil
barang kemas itu sekiranya jumlah bayaran
sepenuhnya telah dibuat. Dengan
kata lain bayar dahulu baharu ambil atau istilah
sekarang dikatakan pra-bayar.
Urusan melihat dan membeli barang kemas perlu
diselesaikan sebelum jam 2.00
petang, kerana pada waktu tersebut mereka akan
pulang ke rumah dengan menaiki ‘kereta
sapu’ atau van.
Sampai di rumah bagi mereka yang
tidak mempunyai anak perempuan
remaja, mereka perlu memasak.
Masakan makanan tengah hari, biasanya hanya
dapat dihidangkan sekitar jam
3.00 petang. Masakan keluarga Bajau amat ringkas.
Mereka tidak mengamalkan
pemakanan seimbang. Hidangan mereka hanya terdiri
daripada nasi, sejenis lauk yang
digoreng dan sejenis lauk berkuah. Jarang sekali
keluarga Bajau makan
sayur-sayuran. Sekiranya ada, sayurnya terdiri daripada
rumpai laut. Hidangan tengah hari
adalah sama dengan hidangan makan malam.
Lebihan makanan makan malam akan
diperangat semula untuk dijadikan sarapan
pagi. Walaupun menu makanan sama
sepanjang hari, mereka makan dalam jumlah
yang banyak. Menu makanan berbeza
mengikut hari dan jenis hasil tangkapan.
Bagi wanita Bajau yang mempunyai
anak perempuan remaja, tugas menyediakan
makanan diuruskan oleh anak-anak
mereka. Walaupun begitu waktu makan siang
tetap sekitar jam 3.00 petang.
Masa dari jam 3.00 petang hingga
jam 6.30 petang digunakan oleh wanita
Bajau untuk berehat. Sekiranya
tidak ada apa-apa kerja hendak dilakukan mereka
akan tidur. Biasanya waktu
sebelah petang mereka gunakan untuk membasuh
kain. Kain yang telah dibasuh
akan dijemur di ampaian sama ada di pelantar atau
beranda rumah. Mereka tidak
menjemur kain di laman, kerana rumah mereka
dibina di atas permukaan air.
Dalam pada itu terdapat juga wanita Bajau yang
menggunakan waktu tersebut untuk
menyiram pokok-pokok bunga, memangkas
daun dan membubuh baja.
Pokok-pokok bunga mereka tidak ditanam di tanah,
tetapi ditanam dalam pasu atau
dalam tong-tong bekas mengisi ikan. Pasu-pasu
bunga tersebut disusun berbaris
atau digantung di beranda rumah atau di titian
menghala ke laut.
Bagi wanita Bajau yang hasil
tangkapannya tidak habis dijual, mereka akan
memproses hasil tersebut untuk
dijadikan ikan masin dan udang kering. Ikan akan
di siang dan kemudian dibubuh
garam, setelah itu akan dijemur di pelantar rumah
atau di atas bumbung beranda
rumah. Kerja-kerja membuat ikan masin dan udang
kering ini dijalankan oleh wanita
Bajau secara bersendirian atau dibantu oleh anakanak perempuan mereka. Setelah
beberapa hari ikan masin dan udang kering
diangkat dan dimasukkan ke dalam
tin. Ikan masin dan udang kering ini bukan
untuk dijual tetapi untuk makan
sendiri.
Wanita Bajau tidak dapat
menjalankan kerja-kerja sampingan bukan
perikanan yang lain seperti
bercucuk tanam atau memelihara ternakan ayam itik,
disebabkan mereka tidak mempunyai
tanah. Tanah yang ada di persekitaran
rumah mereka tidak sesuai untuk
kegiatan pertanian. Seperti kebanyakan
kampung-kampung nelayan lain di
Sabah, adalah dibina di kawasan rawa dan
kawasan berpaya di antara laut
dan tanah daratan. Tanah-tanah tersebut tidak
pernah diusahakan dan terletak
terpinggir daripada pusat pembangunan. Sifatnya
yang terpinggir dan tidak
diusahakan itu, memberanikan nelayan membina
kawasan petempatan di tempat itu.
Nelayan membina petempatan di atas
permukaan air, bagi memudahkan
mereka untuk pergi ke laut. Dengan yang
demikian, keluarga nelayan tidak
mempunyai peluang untuk menjalankan kerjakerja
sampingan di kawasan setempat.
Tambahan lagi mereka tidak mempunyai
kemahiran dan taraf pelajaran
juga adalah rendah untuk membolehkan mereka
menceburi bidang lain selain
daripada perikanan.
Di sebelah malam wanita Bajau
menggunakan masa tersebut untuk melipat
kain, menyediakan makan malam
atau menonton televisyen. Selain daripada itu,
masa tersebut digunakan juga
untuk menjahit jala atau membubu jaring yang telah
koyak. Mereka akan masuk tidur
sekitar jam 10.30 malam.
Daripada pemerhatian didapati
wanita Bajau tidak begitu mengambil berat
tentang pelajaran anak-anak
mereka. Mereka hanya berperanan menyediakan
kemudahan-kemudahan asas yang
diperlukan seperti makanan, pakaian dan
tambang sekolah. Ini disebabkan
mereka sendiri seramai 40.0% tidak pernah
bersekolah, 20.0% hanya tamat
sekolah rendah, dan bakinya masing-masing 20.0%
tamat Penilaian Menengah Rendah
dan Sijil Pelajaran Malaysia. Daripada temu
bual yang dijalankan didapati
mereka menghantar anak ke sekolah disebabkan
telah diwajibkan oleh pihak
kerajaan. Mereka khuatir jika tidak berbuat demikian,
akan dikenakan tindakan
undang-undang. Wanita Bajau kebanyakan mereka tidak
yakin akan pelajaran boleh
mengubah taraf hidup mereka. Hujah mereka anakanak
nelayan di Kampung Mengkabung
yang telah tamat persekolahan hingga ke
peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia, hampir keseluruhan mereka tidak mempunyai
pekerjaan. Kebanyakan mereka
menganggur dan tidak kurang pula yang bekerja
sebagai nelayan artisenal seperti
ibu bapa mereka.
Pendapatan, Perbelanjaan dan
Tabungan
Kajian tentang pendapatan,
perbelanjaan dan tabungan sewajarnya dijalankan
kepada kaum wanita Bajau, walaupun
sebahagian besar daripada mereka bukan
merupakan ketua keluarga. Ketua
Keluarga yang terdiri daripada golongan
perempuan, hanya wanita Bajau
yang bertaraf janda sahaja. Ini bertepatan kerana
suami-suami wanita Bajau tidak
terlibat langsung dengan urusan dan pentadbiran
kewangan keluarga. Mereka
menjalankan aktiviti menangkap ikan dan
menyerahkan hasil tangkapan
kepada isterinya untuk dipasarkan. Isteri mereka
akan membelikan mereka rokok dan
memberi duit kopi2 setiap hari selepas pulang
dari pasar. Segala urusan
kewangan dan pentadbiran rumah tangga diserahkan
sepenuhnya kepada isteri.
Purata Pendapatan Bulanan
Keluarga Wanita Bajau
Menyentuh dari segi purata
pendapatan bulanan, ia dirujuk kepada pendapatan
yang diperoleh wanita Bajau
bersama suami mereka daripada pekerjaan utama
sebagai nelayan. Dalam kajian ini
didapati wanita Bajau dan suami mereka tidak
menjalankan pekerjaan sampingan.
Ini disebabkan mereka tidak mempunyai
tanah, tiada kemahiran dalam
pekerjaan lain selain sebagai nelayan dan peluang
pekerjaan di kawasan setempat
amat terhad. Anak-anak juga tidak membantu
kerana pada umur yang agak muda,
iaitu awal dua puluhan, mereka telah
mempunyai keluarga dan tanggungan
sendiri. Kebanyakan anak mereka juga
bekerja sebagai nelayan
artisenal.
Keluarga wanita Bajau ini selalu
dikategorikan sebagai golongan miskin atau
golongan termiskin. Ini
disebabkan semasa penyelidikan dijalankan oleh beberapa
pihak dengan menggunakan borang
soal-selidik, tidak memerhatikan dan tidak
juga menyemak semula kesahihan
jawapan yang diberikan oleh responden.
Responden yang dikaji
berkecenderungan untuk menyatakan pendapatan yang
amat rendah, bertujuan untuk
mendapat simpati daripada pihak pengkaji. Ini
dilakukan kerana mengandaikan
pengkaji adalah daripada agensi kerajaan seperti
Jabatan Perikanan Sabah atau
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Cawangan Sabah
dan agensi-agensi yang lain, yang
datang membuat banci atau kajian untuk
menghulurkan pelbagai bentuk
bantuan dan subsidi. Mereka mengharapkan nama
mereka tersenarai dalam kategori
nelayan yang layak menerima bantuan.
Secara umum keluarga nelayan
wanita Bajau memperoleh hasil tangkapan
di antara lima hingga 20 kilo
sehari. Jika mereka pergi ke laut 20 hari dalam
sebulan, bermakna mereka
memperoleh hasil tangkapan di antara 100 kilo hingga
400 kilo. Harga hasil tangkapan
berbeza di antara jenis, gred dan kesegaran.
Bagaimana pun jika diandaikan
harga hasil tangkapan RM10.00 sekilo dan nelayan
dapat menjual semua hasil
tangkapan mereka, ini bermakna purata pendapatan
bulanan mereka di antara
RM1,000.00 hingga RM4,000.00. Perkiraan di atas
mengandaikan angka yang rendah,
bagaimana jika diambil kira bahawa nelayan
keluar ke laut di antara 26
hingga 28 hari sebulan dan purata hasil tangkapan dijual
dengan harga RM12.00 hingga
RM15.00 sekilo? Daripada perkiraan di atas
didapati keluarga wanita Bajau
berada di atas garis kemiskinan.
Jika dilihat keadaan fizikal
rumah nelayan sememangnya tidak menarik dan
selalu dikaitkan dengan
kemiskinan. Perlu dijelaskan di sini, rumah nelayan yang
ada dibina di atas air. Mereka
tidak mempunyai tanah. Mereka menganggap
pembinaan rumah tersebut adalah
sementara dan tiada jaminan. Rumah mereka
boleh sahaja bila-bila masa,
diruntuhkan apabila pihak berwajib atau pihak-pihak
tertentu menginginkannya.
Sekiranya itu terjadi mereka akan berpindah ke tempat
lain dan membina petempatan baru,
yang juga sementara sifatnya. Oleh yang
demikian apakah gunanya mereka
membina rumah kekal, kukuh, teratur dan
mungkin juga cantik seperti yang
ada di darat. Selain daripada itu mereka tetap
ingin tinggal di atas air kerana
itu memudahkan mereka bekerja sebagai nelayan.
Oleh sebab rumah dibina di atas
air, maka soal menghias rumah bukan menjadi
agenda utama dan tidak begitu
dipentingkan.
Selain daripada itu, setakat ini
masih belum terdengar berita yang ada
keluarga nelayan di Tuaran
khasnya dan Sabah amnya yang mati kebuluran akibat
kemiskinan. Daripada pemerhatian,
tidak juga dijumpai seorang pun ahli komuniti
nelayan di kawasan kajian yang
hidup dalam keadaan meminta-minta atau pun
mengemis di jalanan. Dalam kajian
yang lain, didapati ramai pendatang asing dari
negara-negara jiran seperti
Indonesia3, Filipina4 dan Thailand5 yang masuk ke
negara ini baik secara sah
mahupun secara haram, melibatkan diri dalam aktiviti
perikanan berjaya membawa pulang
ribuan ringgit ke negara masing-masing setiap
tahun. Persoalannya di sini benar
kah nelayan di Kampung Mengkabong miskin
atau pun gaya hidup mereka yang
tidak kemas dan teratur, menyebabkan mereka
kelihatan seperti golongan
miskin.
Purata Perbelanjaan Bulanan
Keluarga Wanita Bajau
Perbelanjaan untuk membeli
barang-barang dapur dibuat oleh wanita Bajau setiap
hari seketika pulang dari
berjualan di Pekan Tuaran. Perbelanjaan untuk dapur
tidaklah begitu besar, kerana
wanita Bajau mengamalkan cara hidup yang ringkas
dan mudah. Mereka selalunya
membeli barang-barang yang asas sahaja seperti
beras, kopi, teh, gula, biskut,
minyak masak, bawang dan lain-lain. Perbelanjaan
dapur secara purata berjeda
daripada RM350.00 hingga RM500.00 sebulan. Saiz
keluarga dan umur tanggungan
merupakan faktor penting dalam menentukan
jumlah purata perbelanjaan
bulanan keluarga.
Perbelanjaan bulanan yang tidak
kurang besarnya ialah perbelanjaan untuk
persekolahan anak-anak. Wanita
Bajau terpaksa menyediakan wang untuk
tambang, dan belanja anak-anak
semasa di sekolah. Secara purata perbelanjaan
bagi tujuan di atas, RM3.00 bagi
anak yang bersekolah rendah dan RM5.00 untuk
anak yang bersekolah menengah.
Jumlah perbelanjaan bulanan bergantung pada
bilangan anak dan tahap
persekolahan mereka. Purata perbelanjaan sekolah bagi
keluarga wanita Bajau, berjeda
dari RM60.00 hingga RM380.00.
Hampir kesemua suami wanita Bajau
merokok. Mereka telah mula merokok
sejak zaman remaja lagi. Alasan
merokok adalah untuk menghilangkan kebosanan
semasa berada di laut.
Perbelanjaan untuk rokok ada kalanya melebihi
perbelanjaan untuk membeli minyak
petrol untuk ke laut. Jenama rokok yang
dihisap adalah pelbagai daripada
rokok yang berharga murah hinggalah ke rokok
yang mahal. Biasanya mereka
merokok sebanyak sekotak atau pun dua kotak
sehari. Perbelanjaan untuk rokok
di antara RM60.00 hingga RM480.00 sebulan.
Selain daripada rokok, suami
mereka juga memerlukan perbelanjaan duit kopi.
Suami-suami wanita Bajau
selalunya suka minum di kedai-kedai kopi di sebelah
petang sebelum turun ke laut. Di
kedai kopi mereka akan menghabiskan masa
berbual, main dam, main terup
atau pun menonton televisyen. Dalam pada itu
ada juga yang mempunyai kegemaran
berjudi. Perbelanjaan duit kopi berjeda dari
RM90.00 hingga RM300.00.
Minyak bot adalah perbelanjaan
yang mesti. Tanpa minyak bot mereka sulit
untuk ke laut. Suami wanita
Bajau, keseluruhan mereka menggunakan bot berenjin
sangkut dengan kuasa kuda enjin
di antara 5h.p hingga 15.hp. Operasi menangkap
ikan tidak begitu jauh, sekitar
perairan kurang daripada lima batu nautika dari
pantai. Setiap kali keluar ke
laut mereka membelanjakan di antara RM10.00 hingga
RM20.00 untuk minyak.
Perbelanjaan untuk minyak berjeda di antara RM200.00
hingga RM500.00 bergantung pada
jumlah hari ke laut dalam sebulan.
Selain daripada perbelanjaan di
atas, wanita Bajau juga turut membiayai
perbelanjaan utiliti yang berjeda
daripada RM50.00 hingga RM200.00 sebulan.
Perbelanjaan lain-lain seperti
kesihatan, hiburan dan sumbangan kepada ibu bapa
tidaklah begitu besar, secara
purata berjeda di antara RM80.00 hingga RM350.00
sebulan. Kesemua perbelanjaan di
atas ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Purata Perbelanjaan
Bulanan Keluarga Wanita Bajau Di Kampung
Mengkabong, Tuaran, Sabah
Amaun Perbelanjaan
Jenis RM50- RM101- RM151- RM201-
RM251- RM301- RM351 RM451-
Perbelanjaan RM100 RM150 RM200
RM250 RM300 RM350 RM400 RM500
Belanjaan
Dapur - - - - - 35% 50% 15%
Belanjaan
Sekolah 5% 10% 20% 20% 25% 15% 5%
-
Rokok 15% - - 25% 30% 20% 5% 5%
Duit kopi 10% 10% 25% 15% 40% - -
-
Minyak bot - - - 10% 70% 10% 5%
5%
Utiliti 60% 35% 5% - - - - -
Lain-lain 40% 15% 15% 10% 10% 10%
- -
Sumber: Lapangan Kajian
Purata Tabungan Bulanan Wanita
Bajau
Dari segi tabungan didapati
seramai 35.0% menyatakan melakukan tabungan
kurang daripada RM500.00 sebulan,
5.0% menabung di antara RM500.00 hingga
RM999.00 dan 5.0% menabung di
antara RM1,000.00 hingga RM1,499.00 sebulan.
Mereka menyimpan wang
sebahagiannya di rumah, sementara sebahagian yang
lain di bank-bank di Pekan
Tuaran. Tujuan membuat tabungan ialah untuk
digunakan semasa kecemasan,
semasa ahli keluarga sakit, mengahwinkan anak,
mengadakan kenduri arwah dan
kesyukuran, membaiki rumah dan juga membaiki
bot dan enjin. Anehnya mereka
tidak menyimpan wang untuk tujuan melanjutkan
pelajaran anak-anak.
Bagi mereka yang mengatakan tidak
melakukan tabungan adalah sebanyak
55.0%. Sebenarnya mereka masih
melakukan tabungan tetapi tidak dalam bentuk
simpanan wang tunai atau pun
simpanan di bank. Dua cara lain mereka membuat
tabungan. Pertama, dengan bermain
‘kutu’ atau main ‘undi’. Permainan ‘kutu’
atau ‘undi’ adalah dengan
membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada
sepuluh atau dua belas orang.
Setiap orang perlu membayar sejumlah wang yang
dipersetujui oleh ahli setiap
bulan. Jumlah wang yang perlu dibayar adalah sama
bagi setiap ahli dan sama bagi
setiap bulan. Satu undian akan dijalankan dengan
cara setiap orang diberi satu
kertas yang mempunyai satu nombor. Setiap orang
akan menggulung kertas undi
mereka dan kemudian dimasukkan ke dalam sebuah
bekas. Seorang akan dilantik
untuk mencabut kertas undi dari mula hingga akhir.
Kertas undi pertama akan mendapat
wang ahli-ahli yang terkumpul pada bulan
pertama, kertas kedua pada bulan
kedua dan seterusnya hingga ke bulan ke
sepuluh atau ke bulan dua belas.
Wang terkumpul tersebut biasanya digunakan
untuk membeli barang-barang
kemas.
Kedua, seperti yang dijelaskan
sebelum ini iaitu membuat pra bayar pada
pembelian barang kemas. Wanita
Bajau membuat bayaran ansuran bulanan, dan
setelah selesai semua jumlah
bayaran baru mereka mengambil barang kemas yang
di tempah atau dipesan. Barang
kemas bukan sahaja digunakan untuk perhiasan
tubuh badan, tetapi ia boleh
digunakan semasa kecemasan atau semasa keputusan
wang dengan cara menggadaikannya
di kedai-kedai emas atau kedai pajak gadai
di Pekan Tuaran. Selain daripada
itu sudah menjadi adat orang Bajau apabila anak
perempuan mereka berkahwin,
mereka akan menghadiahkan rantai emas atau
barang kemas yang lain, yang
dianggap sebagai pemberian pusaka. Dalam pada
itu, ramai juga di antara mereka
yang membeli barang kemas bertujuan untuk
menjadi barang hantaran ketika
ingin mengahwinkan anak lelaki mereka.
Dari segi pemilikan harta
didapati kesemua wanita Bajau tidak mempunyai
tanah, bagaimana pun kesemua
mereka memiliki rumah. Rumah mereka dibina
sendiri baik secara upah atau pun
secara gotong-royong. Rumah bertiang kayu,
berdinding papan dan beratap
zink. Saiz rumah biasanya 30’ X20’, mempunyai
satu atau dua bilik tidur, ruang
tamu dan dapur. Setiap rumah mempunyai
beranda yang menghadap ke tanah
daratan dan mempunyai pelantar yang
menghadap ke laut. Pelantar
digunakan untuk membasuh kain dan pinggan
mangkuk, menyidai kain, menyidai
jala dan jaring, menjemur ikan masin dan
udang kering dan juga digunakan
sebagai tempat mendaratkan hasil tangkapan.
Di pelantar terdapat tangga di
mana digunakan untuk naik dan turun ke perahu
atau bot. Perahu dan bot ditambat
pada tiang tangga tersebut. Di ruang pelantar
ini juga dijadikan sebagai tempat
menyangkut enjin bot, menyimpan tong minyak
petrol, minyak pelicin, derum
menakung air hujan dan sebagainya. Di dinding
pelantar rumah digunakan untuk
menyangkut kuali, periuk, parang, bintur ketam,
kain buruk dan lain-lain. Di
salah satu sisi pelantar dibina bilik air untuk mandi
dan sebuah tandas. Pembinaan
tandas amat ringkas iaitu dengan membuat satu
kepungan sehingga berbentuk
seperti sebuah bilik, dan di lantainya dibuatkan
sebuah lubang yang membolehkan
najis terus jatuh ke air. Pendek kata ruang
pelantar digunakan sepenuhnya,
dan ia amat penting bagi masyarakat nelayan.
Rumah wanita Bajau tidak
mempunyai ternakan ayam itik disebabkan
mereka tidak mempunyai tanah
untuk berternak. Bagaimana pun didapati
beberapa keluarga, yang suami dan
anak lelaki mereka memelihara seekor atau
dua ayam laga (ayam Siam). Ayam
ini tidak dilepaskan tetapi dipelihara dalam
sebuah reban kecil yang
diletakkan di atas pelantar rumah mereka. Kegiatan
berlaga ayam masih aktif dijalankan
di hujung-hujung Kampung Mengkabong.
Keseluruhan wanita Bajau tidak
mempunyai kenderaan seperti kereta,
motosikal mahu pun basikal.
Alasan mereka selain tidak mampu untuk
memilikinya, mereka menyatakan
sukar untuk mendapatkan lesen memandu
disebabkan kebanyakan mereka
adalah buta huruf. Sudah pasti mereka akan gagal
dalam ujian berkomputer.
Bagaimana pun ramai yang mengatakan banyak lagi
perkara yang lebih diperlukan dan
lebih mendesak daripada kenderaan. Dalam
pada itu tidak kurang pula yang
menyatakan malu untuk memiliki kenderaan,
kerana takut dikatakan ingin
menunjuk-nunjuk.
Kesimpulan
Peranan yang dimainkan oleh
wanita Bajau di Kampung Mengkabong tidak boleh
dipandang ringan. Mereka bukan
lagi setakat membantu suami tetapi telah
menjadi tonggak ekonomi keluarga.
Kebiasaannya wanita ikut ke laut menemani
dan membantu suami dalam operasi
menangkap ikan. Tenaga kerja mereka
selalunya tidak dibayar, kerana
mereka dianggap sebagai pembantu sahaja yang
menjalankan kerja-kerja yang agak
ringan. Bagaimana pun berbeza keadaannya
dengan wanita Bajau dalam kajian
ini. Mereka tidak ikut serta ke laut bersama
suami, tetapi menjalankan operasi
menangkap ikan secara bergilir dengan suami.
Ketika suami mereka ke laut di
waktu malam, mereka berada di rumah. Apabila
suami pulang di waktu subuh,
mereka pula pergi ke muara sungai menjalankan
operasi menangkap ikan,
seolah-olah mereka bekerja mengikut syif. Dalam hal
ini, wanita Bajau berhak menerima
ganjaran, kerana mereka sendiri yang turun
ke laut tanpa bantuan atau campur
tangan suami. Oleh yang demikian pendapatan
keluarga adalah pendapatan suami
di tambah dengan pendapatan isteri.
Hasil tangkapan suami di tambah
dengan hasil tangkapan isteri, dijual
sendiri oleh wanita Bajau di
Pekan Tuaran, tanpa melalui orang tengah. Ini
membolehkan mereka mendapat
pulangan yang sewajarnya. Dalam hal ini wanita
Bajau tidak dieksploitasi oleh
mana-mana pihak. Mereka tidak bergantung atau
terikat dengan orang tengah yang
biasanya mengamalkan ‘sistem tauke’. Urus
niaga yang dijalankan dalam
bentuk tunai, membolehkan wanita Bajau memenuhi
keperluan harian mereka dan di
samping input-input perikanan. Ini semua dapat
dilakukan kerana jarak Kampung
Mengkabong yang begitu hampir dengan Pekan
Tuaran. Dapat dikatakan bahawa
jarak di antara tempat pendaratan dengan
tempat pemasaran mempengaruhi
sosioekonomi komuniti nelayan. Nelayan selalu
digambarkan sebagai masyarakat
terpinggir, tetapi dalam kes ini agak berkecuali.
Selain daripada itu sifat fizikal
muara sungai itu sendiri memberi rezeki
kepada nelayan-nelayan di Kampung
Mengkabong. Sumber di perairan muara
sungai ini masih banyak, kerana
sejak sekian lama ia dieksploitasi dengan
menggunakan peralatan
tradisional. Hasil yang didaratkan sesuai dengan
keperluan penduduk setempat dan
tidak berlaku tanda-tanda kepupusan sumber
perikanan. Di kawasan muara
sungai ini tidak terdapat perusahaan perikanan
komersial, yang menggunakan
peralatan canggih yang boleh mengaut hasil
perikanan dengan rakus, dalam
tempoh masa yang singkat. Oleh yang demikian
dapat dikatakan pengeksploitasian
sumber perikanan di kawasan ini diusahakan
secara mampan. Selain daripada
itu pembangunan di kawasan daratan dan
pedalaman yang terkawal dan tidak
drastik, menyebabkan kurang berlaku
pencemaran sungai.
Wanita Bajau yang berperanan
sebagai nelayan dan peniaga ikan telah
berjaya meningkatkan taraf hidup
keluarga nelayan di Kampung Mengkabong.
Walaupun pembangunan ekonomi
telah dapat dianggap berjaya, namun begitu ia
tidak seiring dengan pembangunan
sosial, khususnya pendidikan. Seperti yang
telah dijelaskan sebelum ini,
sebilangan besar wanita Bajau tidak bersekolah dan
ramai yang menamatkan pelajaran
hanya di peringkat Penilaian Menengah Rendah
sahaja. Trend yang hampir sama
berlaku kepada anak-anak mereka. Walau pun
pada masa ini semua anak mereka
bersekolah, namun begitu pengajian di tamatkan
di peringkat yang lebih awal.
Mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi
kepada pendidikan anak-anak,
kerana melihatkan keadaan sekarang di mana anakanak lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia, hampir keseluruhan mereka menganggur
atau pun meneruskan pekerjaan
keluarga mereka sebagai nelayan. Oleh yang
demikian pihak yang bertanggung jawab
perlu menekan dan memberi perhatian
kepada program pembangunan insan
generasi muda komuniti nelayan selain
daripada pembangunan ekonomi.
Komuniti nelayan digambarkan
miskin kerana cara hidup dan persekitaran
yang terlalu asas dan tidak
terurus. Ini terjadi kerana mereka tinggal di atas
permukaan air disebabkan tiada
bertanah. Memberi mereka tanah bukan
merupakan jawapan yang begitu
tepat, kerana tanah di kawasan pinggir pantai
biasanya tidak begitu sesuai
untuk kegiatan pertanian, kecuali tanaman kelapa di
kawasan pantai berpasir. Untuk
memindahkan mereka ke tanah-tanah di daratan
yang jauh dari laut, hanya
menambahkan kesulitan daripada kemudahan, kecuali
untuk menukarkan wajah mereka
daripada komuniti maritim kepada komuniti
agraria.
Nelayan perlu tinggal di pantai,
tebing sungai atau di atas permukaan air
yang membolehkan mereka berhubung
terus dengan laut. Oleh yang demikian
sudah tiba masanya dilakukan
anjakan paradigma, di mana satu cara harus
difikirkan, dan dilaksanakan
untuk mengeluarkan geran-geran yang boleh
mengiktiraf pemilikan kawasan
terukur di perairan pesisir pantai. Pengiktirafan
hak milik kawasan perairan,
memberi satu bentuk jaminan kepada kaum nelayan.
Ini membolehkan mereka melakukan
sesuatu yang berbentuk kekal, seperti
pembinaan rumah yang lebih baik,
jeti pendaratan persendirian, sangkar
pemeliharaan ikan yang kekal,
tempat riadah dan rekreasi, kedai runcit dan
restoran makanan laut, dan
lain-lain. Dengan adanya pengiktirafan hak milik kekal
ini, diyakini gambaran komuniti
nelayan yang tidak terurus, miskin, kotor akan
berubah kepada pemandangan yang
lebih menarik, bersih dan menyenangkan.
Maka ketika itu berubahlah nama
kampung nelayan daripada “Kampung Atap”,
“Kampung Sungai Sembilang”, “Kampung
Sungai Ular” kepada “Kampung
Nelayan Maju”, “Kampung Nelayan
Jaya”, dan “Kampung Nelayan Bahagia”.
Nota Hujung
1 “Kereta sapu” ialah kereta yang
memainkan peranan sebagai sebuah teksi tetapi tidakmempunyai permit. Tambangnya
adalah lebih murah daripada teksi dan ia boleh pergikemana sahaja yang
diarahkan oleh penumpang.
2 Duit kopi dalam tulisan ini
bukan simpulan bahasa yang membawa maksud duit rasuah, tetapi merupakan wang
yang diperlukan untuk perbelanjaan makan dan minum di kedai kopi.
3 Mohammad Azzam Manan, “Penglibatan
Buruh Perikanan Asing Dalam Perusahaan
Perikanan Pukat Tunda dan Pukat
Jerut Di Sabah,’ (Tesis Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Asia Tenggara,
Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, 2005).
4 Mohammad Raduan Mohd Ariff,
Mazlan Masjid & Yeap Hock Lai, “Penglibatan Buruh
Perikanan Filipina Dalam
Perusahaan Perikanan Pukat Tunda Di Kudat, Sabah,” dalam
Borneo Research Journa, Vol. 1 (2007), hlm. 159 -171.
5 Yeap Hock Lai, “Penglibatan
Buruh Perikanan Thai Dalam Sektor Perikanan Di
Semenanjung Malaysia: Kajian Kes
Di Tok Bali, Kelantan,” (Tesis Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Asia
Tenggara, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, 2005).
No comments:
Post a Comment