Tuesday, July 19, 2011

Perumahan dan persekolahan Kehidupan lebih baik penduduk Mengkabong


Rumah baru di Mengkabong


Hajiji Noor dan Tah Niah



Wan Ahmad Syarien, 11, dan Firdaus Irwan (kanan), 12, mendapat sumbangan daripada kebajikan.

Wan Ahmad Syarien, 11, dan Firdaus Irwan (kanan), 12, mendapat sumbangan daripada kebajikan.


Kampung moden RM80j timbul kebimbangan masalah ponteng

By Ng Jia Xiang




Hajiji Noor dan Tah Niah
Firdaus Irwan, 12, tidak pasti apa yang akan dia lakukan dengan wang sumbangan kebajikan sebanyak RM200. Ia berada di dalam akaun banknya dan akan terus berada di situ, katanya. Dia adalah antara salah seorang daripada 400 pelajar miskin di daerah Tuaran yang menerima sumbangan RM130,500 setahun dibawah tiga skim sumbangan kerajaan. Beliau membelanjakan RM1 sehari untuk tambang pergi dan balik menaiki trak ke rumahnya di pekan Tuaran, kira-kira 3 kilometer dari Sekolah Rendah Mengkabong.



Tetapi ramai rakan sekolahnya yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana tidak mampu untuk membayar tambang bas. Guru-guru di sekolah itu mengadu kadar ponteng adalah tinggi di kalangan 657 pelajar sekolah itu kerana ramai yang tinggal di Taman Sri Rugading, penempatan sementara yang terletak 9 kilometer jauh.

Rumah mereka, 600 rumah kayu di perkampungan nelayan Kampung Mengkabong telah diroboh untuk memberi laluan kepada pembinaan perkampungan baru yang bernilai RM80 juta. Akan ada 1,000 rumah dan penduduk akan berpindah semula ke sana pada akhir tahun ini. Sebahagiaan daripada rumah itu sudah siap dan sebahagian penduduk telah pindah masuk ke rumah baru mereka.

"Mereka mendapatkannya dengan percuma," kata Datuk Hajiji Nor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. "Mereka hanya perlu membayar bil elektrik dan air," rumah kos rendah tiga bilik itu bernilai RM42,000 sebuah.





"Ponteng sekolah menjadi kritikal," kata guru besar Nuridah Kadom. "Ramai ibubapa tidak mampu untuk membayar RM40 untuk tambang bas sekolah." Beliau berkata persatuan ibubapa dan guru sekolah cuba untuk membantu menyelesaikan masalah itu, terutama sekali untuk membantu 63 murid yang akan menghadapi peperiksaan darjah enam mereka.

Pegawai pelajaran bagaimanapun berkata, masalah ini hanya sementara. Tah Niah Jeman, Pegawai Pelajaran daerah Tuaran berkata, dulu beliau terpaksa meredah paya dan sungai untuk pergi ke SK Mengkabong.

"Pergi ke sekolah sekarang lebih mudah," beliau memberitahu ibubapa dan murid-murid dalam satu mesyuarat pada 17 Ogos. " Jika saya boleh berjalan kaki dan berenang, kenapa anda tidak boleh?".

Hajiji yang menyerahkan sumbangan kepada pelajar berkata, beliau berdepan dengan masalah yang lebih teruk semasa waktu persekolahan. "Tidak ada bantuan kewangan, tidak ada bas, tidak ada jalan yang sempurna tetapi kami pergi juga ke sekolah. Menjadi miskin dan tidak mampu untuk membayar bas sekolah bukanlah satu alasan untuk tidak pergi ke sekolah."

Pelajar kurang mampu menerima bantuan RM450 setahun dibawah program e-kasih manakala pelajar miskin menerima RM700 setahun, kata Hajiji, lebih daripada cukup untuk membayar tambang bas sekolah. – Insight Sabah

– Pictures by Flanegan Bainon

Sumber:http://insightsabah.gov.my/article/read/575