Wednesday, April 18, 2012

KEPIMPINANPENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN
Sekolah cemerlang merupakan sekolah yang mempunyai tahap pengurusan yang paling sistematik dalam melaksanakan semua aktiviti-aktiviti tidak kira dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan aktiviti kokurikulum sekolah. Ini melambangkan sekolah tersebut berkemampuan untuk menyeimbangkan pencapaian pelajar dari segi pelajaran dan juga kokurikulum. Apabila ini terjadi, definisi sekolah cemerlang sudah dapat dicapai oleh mana-mana sekolah yang telah Berjaya melakukan penyeimbangan dalam pencapaian pelajar dari semua aspek yang selalunya sangat dititikberatkan dalam semua sekolah-sekolah.
Dalam merealisasikan sekolah cemerlang ini, seorang dalam sekolah mestilah mengambil peranan tersebut. Dengan kata lain guru besar sebuah sekolah adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam pengurusan ini. Ini adalah kerana guru besar yang memberikan arahan dalam pengurusan sekolah. Sekiranya guru besar itu tidak mengendahkan sekolahnya ini akan mendatangkan kesan yang sangat besar terhadap sekolah tersebut dan definisi sekolah cemerlang tidak akan dapat dilaksanakan disekolah tersebut yang akan menyebabkan prestasi dan pencapaian pelajar menurun. Akhirnya, apa yang dikatakan dengan sekolah cemerlang akan hilang begitu sahaja tanpa ada orang yang menghalang disebabkan perkara ini tidak diambil berat oleh pengurusan sekolah.
Terdapat satu teori kepimpinan yang sangat sesuai dalam pengurusan sebuah sekolah. Teori tersebut adalah Teori Pengurusan Matlamat. Teori ini mempunyai pengenalannya yang tersendiri dan sangat sesuai dalam merealisasikan sekolah cemerlang. Sekiranya sekolah itu diuruskan berdasarkan teori ini, mungkin sekolah itu akan menjadi sekolah cemerlang kerana mengikut teori ini pengurusan sekolah tersebut sudah disusun mengikut keperluan sekolah dan telah dibuktikan berkesan dalam pengurusannya. Teori ini juga menerangkan pengurusan yang bermula daripada pengurusan paling asas dan berakhir dengan pencapaian yang akan membawa sekolah kepada apa yang dipanggil dengan sekolah cemerlang.
2.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG PERLU WUJUD DI DALAM KEPIMPINAN SEKOLAH CEMERLANG
Menurut G. Binney et al (1997), sesebuah sekolah cemerlang yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Sebuah sekolah seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan serta sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sekolah hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah sekolah itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain.
Di dalam sesebuah organisasi sekolah cemerlang, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi (Mohd Salleh. L, 2002).
Selain itu, di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain mengikut tanggungjawab yang tertentu.
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.
Keempat-empat ciri yang disebutkan di atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi sekolah. Penentuan sama ada organisasi itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri itu diseleng-garakan, disusun, dan diamalkan.
Menurut Zainal A.M (1999), apabila organisasi telah diwujudkan mengikut keempat-empat ciri seperti yang diterangkan di atas, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi pantadbiran, proses pengajaran dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan ahli organisasi sekolah (pengetua, guru-guru, pentadbir, murid dan sebagainya).
2.1 CIRI-CIRI KEPIMPINAN BERDASARKAN TEORI PENGURUSAN MATLAMAT
Ciri-ciri kepimpinan yang perlu wujud dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, ciri-ciri ini adalah dipanggil fungsi pengurusan dan fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan (Zainal A.M,1999).
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan (Zainal A.M,1999).
2.1.1 Perancangan
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut: (1) Tujuan dan objektif yakni termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi sekolah berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan. (2) Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. (3) Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat sekolah.
masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi pantadbiran, proses pengajaran dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan ahli organisasi sekolah (pengetua, guru-guru, pentadbir, murid dan sebagainya.
Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) boleh dimasukkan dalam ciri-ciri kepimpinan yang perlu wujud dalam kepimpinan sekolah cemerlang. ini dapat digunakan bagi pencapaian matlamat dalam sesebuah sekolah dengan menilai prestasi adalah objektif atau diaplikasikan dalam bentuk Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives). Pada akhir penentuan masa objektif yang ditentukan (bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan) oleh sesebuah organisasi sekolah akan menilai bagaimanakah prestasi mereka. Sekiranya objektif tersebut dipilih secara berhati-hati untuk mendapatkan dimensi prestasi yang sebenar di dalam jawatan dan penulisan pekerja. Mereka boleh bersiap-sedia untuk dinilai dan penilaian yang tepat mengenai prestasi kerja mereka secara keseluruhan (Leo A.M,1994).
Pengurusan yang berkualiti dan berwibawa adalah mustahak untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai objektif dan matlamat. Konteks perubahan hari ini adalah berkait rapat dengan sifat berani mencuba dan menanggung risiko. Ini bermakna pengurus hari ini perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima dan melaksanakan perubahan dan bersikap terbuka.
Seterusnya, kita juga perlu melihat apakah fokus dalam bidang pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, bidang pendidikan perlu ada kurikulum, ko-kurikulum, buku teks, gred, pedagogi, bangunan sekolah dan pelajar. Manakala pelajar pula adalah insan yang bernyawa yang mempunyai perasaan dan karekter peribadi masing-masing yang bukan mudah untuk dibentuk dan perlu diproses dalam jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan peranan guru dan pentadbir dalam hubungan dengan kedudukan dan peranan pelajar. Sememangnya di sekolah, guru dan pentadbir memainkan peranan yang sangat penting kerana kejayaan seseuatu sekolah tersebut banyak bergantung kepada peranan guru dan pentadbir itu sendiri. Ini kerana guru dan pentadbirlah yang berperanan untuk membentuk pelajar ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Bukanlah mudah untuk membentuk pelajar seperti mana yang dikehendaki oleh guru dan pentadbir (Abdul Rahim A.R, 2001). Sekiranya sebuah sekolah yang mempunyai guru dan pentadbir yang terlalu mementingkan disiplin, adakah ia dianggap berjaya apabila para pelajar mematuhinya atau sebenarnya wujud satu tekanan dalam diri pelajar tersebut. Adakah kita boleh mengatakan sekolah itu berjaya dan berkesan sekiranya semasa proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajarnya senyap. Sudah pasti dalam hal ini ada pro dan kontra bagi jawapannya.

2.1.2 Penyusunan
Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.
Penilaian prestasi kakitangan dalam bidang pendidikan tidak sahaja bergantung kepada keputusan peperiksaan pelajar tetapi ianya bergantung kepada proses pembelajaran yang dapat diwujudkan oleh seseorang pendidik semasa di dalam kelas. Penilaian prestasi seseorang pendidik itu boleh dibuat atau dinilai daripada perspektif yang luas dan secara khusus boleh difokuskan kepada beberapa aspek penting yang dapat menunjukkan ciri-ciri keunggulan dan kewibawaan seseorang guru atau pendidik.
Prestasi yang berbeza-beza ini dapat menunjukkan wujudnya kualiti guru yang berbeza dalam profesion perguruan khususnya berhubung dengan perkembangan dan keterampilan seseorang guru. Antara ciri-ciri yang diambil kira dalam menilai prestasi pendidik adalah:
I. Inisiatif/daya usaha.
II. Dedikasi.
III. Perancangan.
IV. Kerjasama.
V. Kepimpinan.
VI. Kepakaran.
VII. Integriti.
VIII. Keaktifan (assertiveness)
IX. Pengurusan masa.
Menurut Shanti. R (2002), seluruh sekolah di Malaysia mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Dalam misi dan visi tersebut telah digariskan nilai-nilai yang terkandung dalam misi dan visi dan nilai-nilai yang ingin diutamakan oleh pengurus di sesebuah sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa semua pengurus sesebuah organisasi sekolah memahami akan intipati yang terkandung dalam misi dan visi sekolah seperti nilai kerjasama, tanggungjawab, ketabahan, ketrempilan, dan dedikasi. Oleh itu, misi dan visi merupakan komponen yang penting dalam menentukan pencapaian Pengurusan Matlamat Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives)yang berobjektifkan sesuatu pencapaian dalam sesebuah organisasi sekolah. Penyataan misi mempunyai hubungan yang rapat dengan wawasan yang menyediakan satu arah yang jelas tentang keadaan sekarang dan masa depan yang ingin ditujui. Visi pula memberikan panduan kepada tindakan pengetua di samping meningkatkan kometmennya secara berterusan. Namun begitu agar visi ini dapat menjadi realiti, pengetua haruslah membina visi berkongsi yang dapat menjadi pendorong bagi komitmen staf, pelajar, dan juga ahli masyarakat di sekitar sekolah.
Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) juga dapat mewujudkan satu tahap kerjasama yang baik antara guru besar, staf, pelajar, dan juga ahli masyarakat di sekitar sekolah. Keaddaan ini memberikan satu gambaran yang positif untuk mencapai misi dan visi dalam sesebuah organisasi sekolah. Keadaan dimana pengurus sahaja yang mampu manjalankan tugas secara bersendirian untuk operasi sesebuah organisasi sekolah telah berakhir. Kita tidak lagi mempercayai bahawa seorang pemimpin mampu menjalankan tugasnya bersendiri untuk keseluruhan organisasi sekolah tanpa bantuan daripada seluruh warga organisasi sekoah dan masyarakat umum. Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) akan berada pada tahap yang baik apabila penyertaan ibu bapa dan komuniti setempat kepadda sekolah dalam memberikan kerjasama dari segi bantuan kewangan, idea untuk kemajuan pelajar dan juga sekolah. Hal yang demikian boleh menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan Pengurusan Matlamat (MBO) mempunyai keberkesanannya (Shanti. R, 2002).
2.1.3 Pengarahan
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Sebuah organisasi sekolah berupaya menambahkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah, sukan dan sebagainya dengan menggunakan kuantiti input yang sama atau kurang, organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan kecekapannya. Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan cekap dan berjaya. Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus (guru besar) membuat kerja yang betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.
Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) dalam sesebuah organisasi sekolah akan menghasilkan sebuah organisasi yang kreatif dan inovatif bagi menjadikan sekolah sebuah organisasi yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Perubahan-perubahan dunia yang mendadak dan sukar sekaligus memerlukan sekolah juga berubah yang bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran dan ketrampilan perlu bagi masa depan mereka. Namun begitu, sekolah yang merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih bersifat konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Oleh itu, pengarahan pihak atasan adalah sangat penting untuk mengatasi masalah ini.
Lantaran itu, Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) dalam kalangan pengurus sekolah-sekolah di malaysia adalah amat diperlukan sekali bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang. Pengurusan Matlamat Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) akan menjadikan proses pengurusan sesebuah sekolah itu bersifat proaktif dalam pembinaan masa depannya. Penekanan kepada amalan Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) menjadi lebih penting. Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) adalah satu proses pengurusan yang memberikan tumpuan kepada aspek halatuju dan prestasi jangkia panjang sesebuah organisasi dengan memberikan penekanan secara berterusan kepada operasi-operasi penggubalan, perlaksanaan, penilaian dan penambahbaikan strategi-strategi tertentu.
Pengurus sekolah ialah Guru Besar yang bertanggungjawab ke atas guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan. Peranan guru besar ialah mengkoordinasi, memberi arahan terus dan membantu tugas kakitangan di sekolah dalam mencapai objektif organisasi, menilai perhubungan ahli dalam organisasi serta membentuk iklim psikologi berorganisasi di sekolah. Tanggungjawab mengurus sekolah dipikul oleh guru besar sekolah berkenaan. Ini adalah berdasarkan Panduan Tugas Pengetua yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyebutkan bahawa tugas-tugas yang ditetapkan termasuklah, kurikulum, kokurikulum, pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan, kewangan, harta benda dan kawalan, perhubungan serta iklim dan budaya sekolah. Pengurus dianggap sebagai nadi atau alat pelaksana utama dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Organisasi pula terbentuk dengan cantuman pelbagai anggota yang berbeza dan kesemua ahli anggotanya diikat kepada kepaduan yang satu. Ianya perlu diurus supaya dapat bergerak dengan baik dan seimbang. Orang bawahan dalam organisasi hanya akan terus menyokong kepimpinan organisasi berkenaan selagi gelagat pengurusannya terus meningkatkan kepuasan bekerja mereka (Abdul Rahim A.R, 2001).
2.1.4 Pengawalan
Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.
Selain itu, menurut Ramaiah A.L (1999), seorang pengurus iaitu pengetua atau guru besar sekiranya di sekolah mempunyai pilihan sama ada lebih teknokrat atau birokrat dan mementingkan undang-undang serta peraturan dalam aspek pengurusan di sekolah. Kebanyakan pengetua sekolah lebih bersifat birokratik berbanding teknokratik. Di sekolah, ramai kalangan pentadbir yang memilih pengurusan birokrat. Undang-undang dan peraturan di sekolah juga banyak dipengaruhi oleh kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah itu sendiri. Sebab itulah kadangkala terdapat perbezaan dari segi undang-undang dan peraturan antara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain terutama dari segi berpakaian termasuk warna baju, begitu juga dengan undang-undang dan peraturan yang lain. Terdapat juga banyak perbezaan antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah harian biasa terutama dari segi pakaian, waktu persekolahan dan sebagainya begitu juga dengan visi dan misi sesebuah sekolah. Sebagai contoh, terdapatnya perbezaan undang-undang dan peraturan antara SMK Aminuddin Baki iaitu sebuah sekolah kawalan dengan SMK Datok Lokman yang merupakan sekolah harian biasa walaupun jarak sekolah ini berdekatan. Ini kerana sekolah kawalan merupakan sekolah yang mempunyai pelajar yang telah terpilih dari segi akademik iaitu calon-calon UPSR yang hanya mendapat 4A dan 5A sahaja manakala sekolah harian biasa pula adalah sebuah sekolah yang menerima sahaja kemasukan pelajar tidak kira akademik.
Walau bagaimanapun, Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) juga akan memberi kesan kurang baik atau masalah dalam menentukan objektif pendidikan. Di dalam pendidikan, untuk menetapkan sesuatu objektif bukanlah suatu perkara yang mudah. Di dalam sekolah, potensi pelajar perlu diambil kira selain mengembangkan nilai dan kepercayaan, sahsiah, personal kapasiti untuk persediaan mereka dalam masyarakat, pekerjaan dan sebagainya. Selain mengambil kira potensi murid, peranan guru juga penting dan perlu diambil kira. Adakah guru hanya sebagai fasilitator, pembimbing, kaunselor dan sebagainya? Malahan, hasil pengukuran pencapaian objektif dalam pendidikan bukanlah perkara mudah untuk mengukur pencapaian objektif ini di dalam pendidikan. Sebagai contoh sekiranya sebuah sekolah itu mendapat keputusan UPSR yang cemerlang pada tahun ini berbanding pada tahun lepas, adakah objektif pengurusan pendidikan sekolah itu telah tercapai? Begitu juga sekiranya keputusan sekolah A lebih baik dari keputusan sekolah B. Adakah kita beranggapan objektif sekolah A itu tercapai? Dalam hal ini terdapat banyak masalah dan faktor untuk mengukur pencapaian objektif dalam institusi pendidikan. Antaranya termasuklah kawasan atau kedudukan sesuatu sekolah tersebut iaitu sama ada lokasinya dalam bandar, luar bandar , pendalaman dan sebagainya. Faktor ini begitu berpengaruh kerana tedapat banyak perbezaan. Begitu juga dengan sekolah harian biasa dan sekolah kawalan juga ada perbezaan yang ketara. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan sesebuah sekolah itu mencapai objektif dan berjaya hanya bersandarkan keputusan peperiksaan sahaja atau keputusan akademik sahaja. Dalam institusi pendidikan seperti sekolah terdapat banyak aspek lain seperti bagaimana hendak mengukur sahsiah begitu juga dengan pencapaian bahasa, penulisan, arithmetik juga tidak boleh diukur secara objektif. Kebanyakan aspek atau ciri-ciri dalam pendidikan adalah bersifat subjektif (Abdul Rahim A.R, 2001).
Dari segi proses pembuatan keputusan dalam pendidikan umumnya dan sekolah khasnya banyak dipengaruhi oleh pelbagai sektor, persatuan atau pertubuhan yang mana setiap mereka ini mempunyai kepentingan dalam pendidikan. Antaranya termasuklah Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah, exco pendidikan kerajaan negeri, ahli-ahli politik, masyarakat dan lain-lain lagi yang menganggap mempunyai kepentingan dalam pendidikan. Oleh demikian, bukanlah mudah bagi sesebuah sekolah membuat keputusan sendiri kerana perlu merujuk kepada badan-badan yang disebutkan tadi. Kadang-kadang untuk membuat sesuatu projek di sekolah juga bukanlah mudah mendapat untuk mendapatkan keputusan kerana terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi. Di peringkat kementerian, didapati banyak dasar-dasar yang hendak di implementasikan dalam pendidikan di peringkat sekolah. Ada juga di antara dasar-dasar tersebut tidak sesuai untuk diguna pakai dalam kebanyakan sekolah. Setiap dasar yang hendak dijalankan juga melibatkan kos yang banyak. Sebagai contoh dasar PPSMI iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, apabila dasar ini dijalankan maka ia melibatkan kos yang begitu banyak termasuk pemberian elaun kepada guru-guru yang mengajar subjek tersebut, penyediaan bahan P&P termasuk membekalkan laptop kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Apa yang hendak diperkatakan ialah apakah hasilnya memuaskan hati semua pihak? Adakah semua pelajar sudah menguasai kemahiran yang dipelajari dalam Bahasa Inggeris tersebut? Adakah guru-guru begitu komited mengajar bidang tersebut? Sebenarnya banyak kajian-kajian yang dilakukan oleh calon-calon sarjana dan doktor falsafah mengenai bidang tersebut dan banyak pro dan kontranya. Namun yang pasti banyak kos yang telah pun digunakan.


3.0 CIRI-CIRI GURU BESAR DALAM PROSES MEREALISASIKAN SEKOLAH CEMERLANG.
Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kerana tidak wujudnya misi, visi, komitmen atau contoh ikutan sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju yang jelas, betul dan tepat.
Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap).
Ilmu Pengetahuan: Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi. Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak. Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.
Dalam merealisasikan sekolah cemerlang, guru besar selaku pemimpin haruslah memainkan peranannya kerana guru besar yang berhak memberi arahan dalam pengurusan. Oleh itu, sifat guru besar tersebut mestilah mengutamakan sekolahnya kerana ini akan lebih membuatkan guru besar tersebut berasa sekolah tersebut merupakan tanggungjawabnya. Dengan kata lain, ciri-ciri kepimpinan harus wujud dalam sekolah tersebut untuk menjalankan proses merealisasikan sekolah cemerlang. Sebagai seorang pendidik, guru harus menonjolkan sifat-sifat keperhatian yang terpuji yang dapat diterima oleh murid, masyarakat dan rakan sejawat. Dari segi keperibadian, seorang guru perlu memiliki keperibadian dan cirri-ciri berikut:
3.0.1 Tegas
Guru perlu bersifat tegas dan adil di kalangan murid-muridnya kerana dengan bersifat demikian ia dapat mewujudkan rasa hormat pelajar dan kawalan disiplin yang baik. Ketegasan guru membolehkan ia berfungsi sebagai “pendisiplin” bilik darjah yang baik. Apabila ini berlaku, murid-murid akan bertindak mengikut arahan guru tersebut kerana perkara berkaitan disiplin diambil berat oleh guru besar. Sekiranya disiplin pelajar tidak dititikberatkan, ini akan menyebabkan murid-murid akan mengendahan semua arahan yang diberikan oleh guru mereka kerana tiada tindakan yang diambil oleh sekolah tersebut sekiranya murid tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh guru.
3.0.2 Adil
Guru dalam kelasa adalah pengurus dan penilai. Jesteru itu, dia sememangnya tidak dapat lari daripada sifat-sifat adil dalan tindak-tanduk serta keputusan yang diambilnya. Penilaian guru terhadap pelajarnya dinilai secara profesional dan objektif. Sifat adil dalam diri seorang guru sangat penting dalam mencorakkan iklim bilik darjah yang kondusif.
3.0.3 Dedikasi
Sifat dedikansi amat diperlukan bagi membolehkan guru memainkan peranan dengan berkesan dalam profesionnya. Guru yang berdeddekiasi bukan sahaja akan menyempurnakan sesuatu tugas dengan sempurnamalah akan menjalankan tugas-tugas lain di luar waktu kerjanya dengan penuh minat. Sifat dedikasi ii merangkumi daya usaha yang tinggi, tidak mengenal jemu, gigih, tabah, dan ber,motivasi.
3.0.4 Toleransi
Sifat toleransi perlu dimiliki pada setiap guru. Tanpa sikap toleransi, akan menjadi seorang guru itu bertindak tergesa-gesa dan tidak cuba memahami masalah pelajar. Tanpa sikap toleraansi juga memungkinkan seorang guru itu menjadi pemarah, tidak sabar, cepat menghukum, selalu menyindir dimana amalan seumpama ini akan menyebabkan pelajar sentiasa dalam keadaan tertekan dan berasa tidak selamat.
3.0.5 Dinamik
Guru perlu memiliki sifat dinamik supaya dia tiadak ketinggalan ke belakang dalam arus pengetahuan yang semakin berkembang. Sifat dinamik juga akan mencetuskan kesungguhandan motivasi dalan diri seorang guru untuk bertugas dengan lebih bersungguh-sungguh.
3.0.6 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan seperti berikut:
• Bersikap profesional.
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
• Kaya ilmu.
• Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
• Bermoral teguh.
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
• Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
• Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
• Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
• Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

3.1 TUGAS DAN PERANAN GURU
3.1.1 Sebagai penyemai nilai-nilai murni
Guru sebenarnya adalah pembentuk rupa corak generasi masa depan. Generasi hasil didikan para guru seterusnya akan menjadi pewaris dalam meneruskan tamadun sesuatu bangsa pada masa akan datang. Bagi memastikan guru dapat berperanan sebagai penyemai nilai-nilai murni, guru itu sendiri hendaklah terlebih dahulu mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupannya. Hal ini disebabkan oelh kerana guru merupakan model dan tenpat rujukan pelajar serta masyarakat dalam banyak perkara.
3.1.2 Guru sebagai pendidik
Dalam proses P&P di bilik darjah, guru perlu mengambil kesempatan menegur, menasihat dan memberi tunjuk ajar jika murid-murid melakukan nilai-niali negatif. Guru tidak seharusnya bersikap lepas tangan kepada pelajar mereka yang melakukan amalan yang tidak baik dan sebaliknay hanya memberikan tumpuan terhadap tugas-tugas pengajaran semata-mata.
3.1.3 Guru sebagai agen perubahan
Masyarakat dan negara mengaharapkan institusi pendidikan berupaya mambawa perubahan. Pelbagai perubahan yang sedang berlaku di negara kita dalam bidang sosial, ekonomi, dan politik. Sebagai agen perubahan, guru memainkan peranan melaksanakan dasar negara dalam bidang sosial, ekonomi dan sebagainya. Guru diharapkan dapat mempengaruhi masyarakat luar sekoalh memahami dan menerima dasar-dasar negara yang diputuskan. Ini akan menyebabkan masyarakat menjadi lebih peka kepada perubahan yang sedang berlaku.

3.1.4 Guru sebagai model
Murid-murid dapat mampelajari bebarapa perkara berhubung dengan nilai secara tidak langsusng dalam bilik darjah atau diluar bilik darjah. Nilai-nilai murni dapat dipupuk dengan contoh dan teladan melalui kepimpinan dan personaliti guru seperti sikap yang baik, kebersihan, jujur, amanah, rajin, ikhlas dan sebagainya.
3.1.5 Guru sebagai pembimbing dan pemudah cara
Guru seharusnya membimbing pelajarnya dalam segala aspek terutama dalam mengembangkan bakat dan ptensi merka. Melalui aktiviti yang dikendalikan oleh guru seperti perandingan dan permainan guru patu mengambil kesempatan untuk menekankan sifat-sifat kemasyarakantan, kerjasama dan persahabatan antara murid. Ia juga dapat memberi tunjuk ajar dengan berkesan, dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar di samping memberi penghargaan kepada mereka.
4.0 Penutup
Dalam konteks pendidikan, Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) mendorong pihak pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat perancangan secara rasional, teratur dan jelas. Kejayaan Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) ini amat bergantung ke atas kejayaan aktif kesemua peringkat pengurusan dalam proses penentuan objektif. Program Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) yang berkesan memerlukan sokongan penuh pihak pengurusan atasan. Banyak program Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) gagal disebabkan ketiadaan komitmen di kalangan pengurus atasan. Untuk menjadikan Teori Pengurusan Matlamat (Management By Objectives) berkesan, ketua pihak atasan itu sendiri sepetutnya mempercayai subkordinat dan jimited secara peribadi kepada gaya pengurusan yang bersifat penyertaan.Berdasarkan kepada model-model pengurusan yang ada, kita lihat bukan setakat hubungan guru dan pelajar tetapi juga hubungan guru ini dengan ibu bapa, masyarakat dan sebagainya. Di mana hubungan tersebut lebih luas berbanding dengan bidang professional yang lain.
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Huraikan konsep kepimpinan pendidikan. Mengapakah kepimpinan pendidikan begitu penting dalam proses pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan?

1.0 Pendahuluan

Pemimpin pendidikan boleh ditakrifkan sebagai pemimpin yang sentiasa bertindak ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang produktif dan memuaskan guru-guru, serta sentiasa berusaha memperkembangkan pembelajaran murid. Dalam konteks ini, pemimpin pendidikan di sekolah boleh disama ertikan dengan pengetua. Pengetua bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, namun turut memastikan bahawa warga sekolahnya cemerlang serta berjaya mencapai visi serta misi yang dirancangkan. Kepimpinan pemimpin adalah sangat penting semasa proses pengurusan dan pentadbiran sebuah organisasi pendidikan (sekolah), khususnya semasa perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan (4P). Ia juga merupakan proses mempengaruhi pihak kedua untuk melakukan sesuatu yang dikehendakki.
Kemahiran pemimpin mempengaruhi staf-staf semasa mereka menjalankan tugas adalah penting, khususnya bagi menambahkan minat dan keyakinan diri (Koontz & O’Donnel 1972). Pemimpin harus memimpin, memandu, membimbing staf-staf kearah penyempurnaan matlamat organisasi mereka.
Pemimpin: pihak yang akan bertanggungjawab untuk menghubungi staf tentang rancangan dan strategi yang akan dijalankan, menyenaraikan tugas dengan jelas untuk diberitahu kepada staf, memberi kepuasan kerja, menyelesaikan masalah, memuji dan mengkritik, membimbing dan menunjuk ajar, memberi sokongan moral, menentukan kriteria dan piawai prestasi staf masing-masing, bersedia mengubahsuaikan perancangan sekiranya berlakunya konflik, menyesuaikan rancangan dengan keadaan semasa supaya kepuasan hati staf-staf dan matlamat organisasi akan dapat dicapai. Pekerja organisasi yang perlu menunjukkan kerjasama dan kesungguhan untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
Kepimpinan adalah suatu proses untuk mengarah daya usaha staf-staf supaya mencapai matlamat organisasi (Hodgets 1975). Suatu proses seorang pengetua mendapatkan kerjasama staf-staf kearah penyempurnaan matlamat tertentu (Campbell, Corbally, Nystrand, 1983).
Kecemerlangan sesebuah organisasi dengan gaya kepimpinan pemimpin adalah berkait rapat. Pengurusan organisasi moden lebih banyak menggunakan hubungan manusia daripada menggunakan kuasa mengarah. Hubungan manusia yang tinggi akan berkait rapat kepada tahap prestasi staf sebuah organisasi.


2.0 Konsep kepimpinan pendidikan

Konsep kepemimpinan dapat didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar. Mampu membentuk subordinat melakukan perubahan seperti dirancangkan. Juga melibatkan pengaruh dan kebolehan mengubah sikap dan tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai teknik (Koontz & Wilhrivh, 1992). Peranan sebagai pemimpin menguji kemampuan pengetua dalam membimbing warga sekolah hagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sekolah yang pelbagai (Rahimah, 2004). Keadaan ini terjadi kerana setiap perlakuan pengetua, dan bagaimana mereka melakukannya menjadi perhatian, bukan sahaja oleh warga sekolah malah ibu bapa dan masyarakat setempat (Fullan, 2000). Untuk memastikan peranan pemimpin itu berkesan, peranan ini mesti dimainkan dalam semua aktiviti pengurusan, khususnya aktiviti memupuk hubungan kerjasama dalam kalangan warga sekolah, mengawal penggunaan dan pengagihan sumber kewangan dan peralatan, serta membina iklim dan budaya sekolah yang selesa dan kondusif (Amer & Khuan, 2004; Blumberg & Greenfield, 1986; Dunford et al., 2000; Hughes, 1999; Robinson, 2001; Sergiovanni, 1987; Speck, 1999).

Di Malaysia masalah utama proses pengurusan dan pentadbiran di sesebuah sekolah adalah terhadap keupayaan seseorang pengetua memotivasikan staf-stafnya dan pelajar-pelajarnya.Ramai staf tidak puas hati dengan peranan yang mereka mainkan, kurang pengiktirafan, di samping bakat dan potensi yang dimilki tidak diberi perhatian. Staf-staf sentiasa cepat mengesan tingkah laku atau kelakuan seseorang pemimpin di dalam organisasi.
Oleh itu seseorang pemimpin perlu memastikan arah tuju organisasinya, berkeupayaan untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme staf-staf, menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesanggupan menyokong dan membantu staf-staf, cuba mengenal pasti ketidakpuasan hati staf-staf yang tentunya akan menentukan corak kelakuan staf-staf di dalam organisasi (Morphet, Johns, Reller 1982).

Kepimpinan tidak dapat diasingkan dengan subordinat. Kepimpinan pengetua merupakan pelbagai aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi, menggerakkan, membimbing dan melatih individu subordinat dan komuniti ke arah mencapai matlamat sekolah.
Kepimpinan guru lebih kepada proses menerapkan visi, misi, mengurus bilik darjah, kurikulum dan kokurikulum, sukan, kaunseling dll. Dalam konteks hari ini, kepimpinan pendidikan harus mampu menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (DPK), Wawasan 2020, zero defect dan pendidikan bertaraf dunia, malah menjayakan PPIP (2006 – 2010).
Menurut Abdullah (1990), DPK digubal berteraskan perpaduan kaum yang berasaskan Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 – yang berhasrat untuk mencapai insan seimbang dari segi jasmani, emosi. Rohani dan intelek. .Secara ringkasnya ianya akan melahirkan bangsa taat setia, insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, memenuhi modal insan untuk negara dan memberi peluang untuk semua kanak-kanak dalam negara.

DPK seperti yang termaktub dalam Ordinan Pendidikan 1957 – bertujuan membentuk dan akan meningkatkan sosiobudaya, ekonomi, dan politik negara. Akhirnya kepimpinan pendidikan harus faham bahawa kepimpinan yang perlu ditonjolkan adalah untuk mencapai perpaduan kaum, melahirkan modal insan yang bertanggungjawab, progresif, berdisiplin dan berorientasi sains dan teknologi.Kepimpinan pendidikan (pengetua, guru besar dan guru) harus peka dan faham maksud yang cuba disampaikan oleh negara semasa mereka menjalankan tugas.


3.0 Kepimpinan pendidikan dan wawasan pendidikan negara

Wawasan Pendidikan Negara adalah langkah konkrit bagi mencapai Wawasan 2020.
Kerana ia mampu melahirkan modal insan yang boleh memberi sumbangan mencapai matlamlat Wawasan 2020. Wawasan Pendidikan Negara dicetuskan dalam Persidangan Pendidikan Nasional 1993 oleh Datuk Dr Wan Zahid (bekas KPPM)

Proses perkembangan dan pembangunan bangsa dan negara berkait rapat dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan berkualiti akan melahirkan generasi atau modal insan yang sedar dan insaf dengan erti kehidupan dan tanggungjawab.Mereka akan memperkembangan potensi demi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Tonggak kepada semua usaha ini adalah mewujudkan kepimpinan pendidikan yang mampu merealisasikan hasrat tersebut.

Dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan bahagian yang besar dalam sesebuah organisasi dan tidak boleh di pisahkan. Kedua-dua bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk menegak dan mengukuhkan lagi sesebuah badan organisasi. Tanpa salah satu bahagian ini, maka sesebuah organisasi yang wujud tidak akan lengkap, bermasalah dan tidak bertahan lama. Organisasi seperti sekolah memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang tersendiri. Namun demikian, terdapat sesetengah orang yang kurang jelas akan maksud dan konsep sebenar mengenai pengurusan dan pentadbiran disebabkan oleh pemahaman secara kasar yang mana kedua-dua bahagian ini hampir mempunyai maksud yang sama. Dalam organisasi yang berorientasikan fungsi perkhidmatan, pengurusan merupakan sebahagian daripada pentadbiran tetapi bagi institusi swasta yang mementingkan keuntungan, pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan, kerana ia lebih kepada pencapaian matlamat organisasi melalui penggunaan sumber-sumber secara ekonomi.
Membuat keputusan merupakan satu aktiviti tertentu yang dilakukan oleh pihak pengurusan sedangkan pihak pentadbiran menjalankan tugas-tugas rutin yang tidak menumpukan kepada kepentingan membuat keputusan. Justeru itu, saya ingin mengongsikan definisi sebenar pengurusan dan pentadbiran dalam sistem pendidikan melalui pembacaan terhadap beberapa buku.







4.0 Perbezaan antara konsep pentadbiran dan pengurusan

Menurut Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk Administrative Action, beliau mendefinisikan pentadbiran sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah pencapaian matlamat. Bagi Walker (1977), mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Campbell (1983) pula, dalam bukunya Introduction to Educational Administration, mendefinisikan pntadbiran pendidikan sebagai pengurusan sesebuah institusi pendidikan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Definisi-definisi di atas memberikan satu unsur penting iaitu ‘kakitangan’. ‘kakitangan’ merupakan orang yang ditadbir. Selain itu, terdapat juga unsur ‘pencapaian matlamat organisasi’. Sebagai seorang pendidik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan, saya telah memahami satu konsep mengenai pentadbiran yang mempunyai tanggungjawab untuk mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau orang bawahan. Hal ini selaras dengan usaha sesebuah organisasi kearah pencapaian matlamat. Seperti yang dinyatakan oleh Newman dan Walker melalui definisi pentadbiran, didapati bahawa pihak atasan merupakan pembuat polisi dan menentukan matlamat organisasi. Seterusnya, mari kita lihat pula definisi- definisi yang diberikan oleh beberapa lagi penulis buku yang telah menjalankan kajian terhadap maksud pengurusan.
Menurut Denyer (1977), pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan arahan dan kawalan kepada empat factor, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan alatan. Bagi Thierauf (1977) dalam bukunya yang bertajuk Management Principles and Practices: A Contingency and Questionnaire Approach, pengurusan ialah satu proses yang menempatkan input organisasi melalui perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output (barangan dan perkhidmatan) yang diingini oleh pelanggan supaya matlamat organisasi tercapai. Stoner (1984) dalam Management, menyatakan pengurusan sebagai satu proses untuk merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan pengurusan sumber-sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditentukan.
Melalui definisi-definisi pengurusan itu, tidak terdapat banyak perbezaannya dengan maksud pentadbiran. Cuma yang membezakan ialah, pengurusan lebih menekankan kepada input organisasi iaitu barangan dan perkhidmatan. Pengurusan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat melalui pengendalian input yang terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah dan teknologi. Input-input ini penting kerana diperlukan untuk mencapai matlamat. Terdapat beberapa faktor penting yang diperlukan bagi mencapai matlamat dalam pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan daya usaha kakitangan kearah perlaksanaan tugas yang cekap dan efektif.
Konsep sekolah ialah sebagai satu sistem yang bertujuan untuk mencapai
matlamat pendidikan tertentu. Konsep ini dikenali sebagai purposif. Konsep sekolah sebagai satu sistem yang purposif mengambil kira bagaimana ia menyebarkan khidmat pendidikannya kepada para pengguna. Selain itu, ia juga mengambil kira bagaimana untuk ia menyediakan peluang bagi ahli-ahlinya mencapai kepuasan melalui kerja-kerja yang mereka lakukan. Bagi memahami sistem sesebuah sekolah, yang juga dikenali sebagai organisasi sosial, adalah penting bagi setiap pendidik untuk mempunyai pengetahuan asas mengenai konsep dan fungsi pengurusan.
Memiliki pengetahuan adalah penting bagi seseorang guru besar atau pengetua untuk membimbingnya selain memainkan peranannya sebagai seorang pentadbiran dan pengurus sesebuah organisasi di sekolah. Oleh kerana guru-guru dan kakitagan merupakan am merupakan sumber utama dalam sistem pentadbiran sekolah, dan tingkah laku mereka mempengaruhi keberkesanan sekolah, maka satu corak pentadbiran yang tersusun dan teratur diperlukan untuk memudahkan pengetua membimbing mereka bagi mempertingkatkan mutu pengajaran-pengajaran.

5.0 Kepentingan pendidikan berpusat
Pendidikan berpusat adalah amat penting dalam organisasi pendidikan yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. Keseragaman sistem berpusat memberikan banyak kebaikan kepada tenaga-tenaga pengajar khususnya, para pelajar yang menerima sistem yang sama, dan masyarakat amnya. Setiap organisasi perlu dikelolakan dengan rapi, sempurna dan teratur.
Ini membolehkan kakitangannya dapat berhubung dan bertindak satu sama lain bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah ditentukan selaras dengan falsafah pendidikan Negara.
Pemahaman konsep-konsep pentadbiran seperti satu ketua, keselarasan tujuan, keselarasan arahan, penyerahan autoriti dan tanggungjawab, pengkhususan, bidang kawalan, kestabilan dan fleksibiliti, keselamatan kerjaya dan polisi personel dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Konsep-konsep pentadbiran dan pengurusan ini sekaligus membawa kepada pemusatan sistem organisasi pendidikan di seluruh sekolah di Malaysia. Keseragaman ini membolehkan integrasi di kalangan sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah rendah jenis kebangsaan serta teknik dan vokasional dapat bernaung di bawah satu pemerintahan yang adil dan menekankan permasalahan yang berlaku serta berusaha untuk membantu memperbaiki kekurangan di setiap sekolah berkenaan.
Seperti yang kita sedia maklum, Negara Malaysia terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum dan bangsa. Justeru, banyak sekolah telah dibina bagi mengkhususkan penduduk yang berbangsa bukan melayu agar dapat menikmati kebebasan mempelajari bahasa sendiri iaitu, mereka yang berbangsa Cina dan India. Keistimewaan ini hanya boleh di lihat di Malaysia kerana memiliki sistem pendidikan yang amat berbeza dengan Negara luar. Hal ini disebabkan oleh faktor sejarah di mana kita sendiri ada mempalajarinya sewaktu di sekolah menengah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi (IPTA). Namun demikian, kelainan ini memberikan satu kata putus, di mana sistem psndidikan yang diadakan di Malaysia berbentuk sistem berpusat. Dengan kata lain, semua sekolah di negara ini termasuk sekolah jenis kebangsaan, hanya berpusat kepada satu sistem sahaja. Sebagai contoh, mata pelajaran yang di ajar mestilah seragam di seluruh sekolah kecuali kepada sekolah yang mempelajari bahasa tertentu seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil. Sungguhpun demikian, mengikut kepada sistem pendidikan berpusat, semua sekolah adalah diwajibkan untuk mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia.
Sesebuah organisasi di sekolah yang mahu diubah haruslah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada pihak atasan yang kemudiannya membawa hal itu kepada pusat utama pendidikan di Malaysia. Dengan itu, sesebuah sekolah tidak boleh untuk menukar pentadbirannya kepada bentuk yang lain sekiranya tidak mendapat pengesahan dan persetujuan daripada jabatan pendidikan.
Terdapat beberapa kepentingan dan kebaikan terhadap sistem pemusatan pendidikan di Malaysia.
5.1 Satu Ketua
Sesebuah organisasi sekolah akan lebih berkesan pentadbiran dan pengurusannya
sekiranya memiliki satu ketua sahaja yang berfungsi untuk memberikan arahan. Satu ketua bermakna akan adanya satu pusat penyelarasan untuk kesemua aktiviti pentadbiran yang dijalankan. Seperti yang kita sedia lihat, di mana-mana sekolah, ramai ketua di peringkat unit, bahagian atau panitia. Namun demikian, salah seorang daripada mereka mesti menjadi agen penyelarasan dan selalunya ‘pengetua’ yang akan memainkan peranan ini. Sekiranya ianya tidak wujud, maka sistem pentadbiran dan pengurusan akan menjadi kucar-kacir. Semua ketua di setiap unit akan mahu menjadi ketua malah ada yang langsung tidak menjalankan tugas. Ini akan memberikan banyak masalah contohnya, sekolah tidak akan dapat mencapai matlamat kerana setiap unit akan membawa hal sendiri tanpa penyelarasan aktiviti. Oleh itu, konsep ‘satu ketua’ adalah amat penting untuk dijalankan dan diamalkan di sekolah kerana jumlah pekerja yang semakin ramai. Menurut Follet (1924), dalam bukunya, penyelarasan sememangnya penting untuk menjamin hubungan yang harmoni dan dapat menghasilkan organisasi yang berkesan. Konsep satu ketua akan menjamin keselarasan dan penyempurnaan matlamat.

5.2 Keselarasan Matlamat
Sewaktu mula-mula menjadi kakitangan di sesebuah organisasi, seseorang itu tentu tidak tahu secara menyeluruh mengenai dan tidak memahami matlamat organisasi itu dengan jelas. Oleh itu, peranan pengetua adalah sangat penting bagi menentukan matlamat sekolah dengan jelas agar tenaga pekerjanya mempunyai matlamat bersama tanpa adanya percanggahan. Tenaga pekerja amat diperlukan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Amalan penyelarasan maklumat di sekolah adalah sangat penting bagi meningkatkan kualiti organisasi. Sekolah merupakan organisasi social yang berfungsi untuk mendidik, melatih dan mengawal murid-murid. Terdapat dua faktor yang telah dirumuskan dalam matlamat pendidikan di Malaysia. Pertama ialah, melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan pendek yang diperlukan Negara. Bagi matlamat yang kedua iaitu menghasilkan satu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Matlamat pendidikan boleh difahami dengan lebih lanjut melalui falsafah pendidikan Negara. Falsafah ini dijadikan sebagai satu amalan dan matlamat para pendidik agar sentiasa bersatu dalam apa jua aktiviti.

5.3 Keselarasan Arahan
Pendidikan berpusat boleh diamalkan melalui penyelarasan arahan. Ini bermakna, setiap kakitangan mesti mengetahui siapa yang bertanggungjawab ke atasnya semasa menjalankan tugas. Penentuan tugas adalah penting. Sekiranya terdapat kakitangan yang gagal untuk memahami tugasnya, produktivitinya tidak akan dapat dijamin kerana kakitangan ini dianggap sebagai tidak bersemangat dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
Sesungguhnya amat penting bagi pendidikan pusat untuk mengeluarkan arahan agar dapat diikuti oleh semua sekolah. Hal demikian membolehkan sistem organisasi teratur apabila terdapat pihak atasan yang lebih berkuasa dan berhak untuk menentukan sistem organisasi di sesebuah sekolah. Sekiranya perubahan berlaku kepada sesebuah sekolah, maka seluruh sekolah yang lain akan turtu diberi arahan untuk melakukan perubahan kearah mencapai matlamat pendidikan. Begitu juga halnya dengan tugas. Apabila seseorang kakitangan itu diberikan tugas, maka dia hendaklah tahu untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, dengan adanya struktur kuatkuasa dan tanggungjawab yang jelas, kelancaran atau kelicinan kerja akan diperoleh.

5.4 Penyerahan Autoriti dan Tanggungjawab
Penyerahan autoriti dan tanggungjawab juga penting dan perlu bagi sistem pendidikan berpusat yang dilaksanakan di Malaysia. Keberkesanan sesebuah sekolah sebagai satu organisasi akan lebih berjalan dengan licin sekiranya ada ketua yang menjadi wakil autoriti bagi kakitangan tersebut. Di sesebuah organisasi sekolah, pengetua memainkan peranan yang penting. Apabila seorang pengetua menyerahkan sesuatu tanggungjawab kepada seseorang guru, dia hendaklah juga menyerahkan autoriti yang diperlukan untuk menyiapkan tugas itu. Sesudah tugas itu diserahkan kepada guru berkenaan, penyelia akan tetap mempunyai kaitan dengan tugas itu, kerana pengetua masih bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan jika terdapat sebarang kelemahan atau kesilapan guru dalam melaksanakan tugas yang diberi. Konsep ini disebut sebagai akauntabiliti. Adalah wajib bagi semua ahli organisasi supaya memberikan laporan kepada ketuanya mengenai keseluruhan prestasi tugasnya, tanpa mengira tugas itu telah diserahkan kepada orang bawahan untuk menyempurnakannya atau tidak. Justeru, sangat penting dalam sebuah sekolah untuk adanya wakil dalam menyerahkan satu-satu tugas mahupun tanggungjawab tertentu.




5.5 Bidang Kawalan
Bidang ini membawa maksud bahawa setiap ketua mestilah mempunyai satu bidang kawalan yang terdiri daripada beberapa orang kakitangan. Kakitangan ini mestilah mampu mentadbirnya secara langsung. Jenis-jenis organisasi dalam bidang kawalan ini akan menentukan jumlah tenaga pekerja. Bidang kawalan ini sangat penting kerana terdapatnya keadaan yang semakin mencabar. Pengaruh-pengaruh faktor seperti masa, tenaga, pengetahuan dan kebolehan menjadi cabaran bagi sesetengah tenaga pengajar yang baru memulakan karier sebagai pendidik. Tugas pengetua di sekolah ialah untuk menyelia dan memerhati tugas sebilangan guru sahaja. Pengetua tidak perlu menyelia semua guru kerana yang selebihnya boleh diserahkan kepada penolong kanan atau ketua-ketua unit tertentu. Menurut L. Gulick (1937) dalam bukunya yang bertajuk Case Studies in School Administration, jumlah kakitangan di bawah bidang kawalan seorang ketua adalah dalam lingkungan tiga sehingga dua belas orang.


5.6 Kestabilan dan Fleksibiliti
Pendidikan berpusat mengamalkan konsep kestabilan dan fleksibiliti. Konsep ini dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan organisasi. Pembentukan dasar, peraturan dan polisi akan menyebabkan organisasi itu menggunakannya terlebih dahulu untuk beberapa waktu bagi melihat hasilnya. Organisasi yang kerap kali mengubah polisi dan programnya dianggap sebagai organisasi yang tidak stabil. Setiap program atau polisi yang digubal dan dirancang dengan baik hendaklah diberikan tempoh percubaan yang cukup. Dengan berbuat demikian, maka segala kelemahan akan dapat diperbaiki.

5.7 Keselamatan dan Kesejahteraan
Konsep ini amat perlu dalam setiap organisasi. Dengan adanya keselamatan dan kesejahteraan, maka adanya jaminan kerjaya untuk setiap kakitangan. Walaupun setiap pekerja mempunyai pelbagai keperluan tetapi keperluan untuk kerjaya yang terjamin adalah sejagat. Dengan adanya matlamat untuk mempunyai kerjaya yang terjamin, banyak persatuan tidak formal di tempat kerja akan ditubuhkan. Pertubuhan seperti ini boleh menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai kedudukan mereka dalam organisasi. Mereka boleh diwakili oleh seseorang yang akan dianggap sebagai ketua. Maka, segala masalah dapat di selesaikan dengan baik.

5.8 Dasar Personel
Dengan adanya sistem pendidikan berpusat, dasar personel yang diwujudkan amat penting bagi menentukan pengambilan dan perlantikan pekerja yang berkebolehan. Dasar personel juga bertujuan untuk melatih dan membimbing tenaga pengajar yang kurang berpengalaman, menyingkirkan yang tidak berminat,dan menyediakan ganjaran-ganjaran yang setimpal dengan daya usaha seorang guru. Konsep ini boleh menghasilkan prestasi guru yang bermutu dan berkelayakan, hasil kerja yang diharapkan akan diperoleh dan menjadi lebih berkesan dan cekap.
Bagi meningkatkan produktiviti pekerja yang kurang pengalaman ke tahap maksimum, latihan akan diberikan berdasarkan tahap kebolehan dan kelemahan mereka. Terdapat juga pekerja-pekerja yang malas dan tidak berkemampuan untuk menjalankan tugas yang diberi. Oleh itu, mereka akan dipecat dan akan wujud kumpulan pekerja yang terdiri daripada ahli-ahli yang mahu bekerjasam, taat setia dan ikhlas dalam menyempurnakan tugas. Pemantauan akan dijalankan secara mengejut bagi memastikan setiap guru melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna. Penilaian turut dilakukan untuk menilai keberkesanan sistem organisasi sekolah terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap guru wajib memiliki buku laporan sebagai bukti bahawa segala tugas dijalankan dengan terancang dan teratur.

5.9 Penilaian
Mengikut sistem pendidikan berpusat, penilaian yang dijalankan hendaklah diadakan bukan sahaja ke atas daya pengeluaran tetapi juga ke atas pergerakan organisasi itu sendiri. Sekiranya sesuatu aktiviti itu dijalankan tanpa penilaian, maka ia akan dianggap sebagai tidak berfungsi. Menurut Kimbrough dan Nunnery (1976) dalam buku mereka Educational Administration; An Introduction, maklum balas adalah satu alat kawalan yang amat penting dan diperlukan untuk membuat penyesuaian yang spontan. Sebagai contoh, ibu bapa dan masyarakat memberi maklum balas terhadap persekitaran sekolah. Dengan demikian, mereka dapat membantu sekolah itu untuk menjadi lebih berkesan. Maklum balas ini adalah alat kawalan yang menentukan prestasi sebenarnya berbanding dengan prestasi yang dijangkakan.
Konsep-konsep ini membantu organisasi mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan sekolah. Ianya diaplikasikan oleh semua sekolah yang mempunyai matlamat berlandaskan falsafah pendidikan Negara. Secara pandangan mata kasar, ia seolah-olah memaksa semua institusi untuk mengaplikasikannya, namun, ia bergantung kepada ketua organisasi tersebut. Melalui kaedah ini, ia amat senang dan mudah kerana perselisihan antara kakitangan atau organisasi akan dapat dikurangkan. Hal ini disebabkan oleh sistem pendidikan berpusat, di mana arahan diterima oleh pihak atasan dan sebagai kakitangan bawahan, kita hanya mengaplikasikannya. Sekiranya tidak ada arahan daripada pihak atasan, maka organisasi akan bertindak lebih untuk menjadi ketua kepada semua organisasi yang lain. Pendek kata, dengan adanya sistem pendidikan berpusat, pemberian atau ganjaran terhadap semua organisasi sekolah adalah sama, yang membezakan hanyalah tahap penerimaan dan tindak balas yang diberikan.
Seperti yang kita sedia maklum, struktur autoriti dalam sistem pendidikan kita sememangnya berdasarkan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu, yang menentukan siapa mengawal kita dan kita mengawal siapa. Dengan lebih jelas, sistem organisasi adalah seperti di bawah;

KEMENTERIAN PENDIDIKAN


PEJABAT PENDIDIKAN NEGERI


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


SEKOLAH/ PENGETUA


GURU-GURU
Rajah 1 Struktur Sistem Organisasi Pendidikan di Malaysia
Konsep keselarasan arahan hanyalah sebagai penerima arahan sahaja. Sebagai contoh, seseorang kakitangan yang menerima banyak arahan dan sumber akan menjadi keliru. Lantaran itu, dia akan menjadi tidak cekap dan tidak bertanggungjawab. Dalam pentadbiran sekolah, konsep bidang kawalan adalah penting dan wajar digunakan di setiap sekolah. Pentingnya mempuyai penolong kanan dan ketua-ketua unit atau bidang kerana bidang kawalan untuk pengetua menjadi kurang. Oleh itu, pengetua dapat menentukan jumlah guru-guru yang bertanggungjawab terus kepada ketua masing-masing. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem organisasi berpusat.
Pendidikan Malaysia memiliki struktur autoriti yang berbentuk hierarki. Justeru, konsep bidang kawalan dan keselarasan arahan ini memang wujud. Ini disebabkan oleh aliran autoriti yang bermula dari pihak Kementerian Pendidikan. Justeru, aliran ini mengalir terus kepada guru-guru. Sekolah-sekolah di Malaysia ditubuhkan berdasarkan polisi, prosedur dan peraturan yang termaktub dalam Kementerian Pendidikan. Maka sebab itulah pemilihan kakitangan, konsep pekerja yang berkebolehan juga ditentukan. Sungguhpun demikian, setiap sekolah yang dikawal oleh satu peraturan, pengetua haruslah menggunakan fakta dan sebab terjadinya keputusan yang dibuat tanpa mengamalkan ciri-ciri birokrasi dengan sepenuhnya.
5.10 Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan suatu sistem sosial yang kompleks. Pengrurus dan pentadbiran institusi pendidikan wajib menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada guru dan pelajar dalam bilik darjah sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada sistem sosial di sekolah. Guru bukan sahaja memerlukan suasana bilik darjah yang kondusif dan menarik bagi menyampaikan pengajaran berkesan tetapi juga memerlukan suasana dan persekitaran keseluruhan sekolah yang teratur dan terurus dengan baik. Dengan ini tersandarlah tanggungjawab kepada pengetua dan guru besar untuk membentuk budaya dan iklim sekolah yang baik. Dengan kata lain, budaya sekolah yang baik turut membantu dan menyokong keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Iklim sekolah yang berkesan sering dikaitkan dengan kepatuhan pelajar terhadap peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Cerminan iklim sekolah yang baik itu ialah pelajarnya sentiasa menghargai masa, patuh kepada arahan guru dan sentiasa bersedia mengharumkan nama serta imej sekolah.

Antara budaya sekolah ialah:
1. Budaya Ilmu
Istilah budaya merujuk kepada cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ilmu pula bermakna cara memperolehi dan mengendali maklumat dan pengalaman. Oleh yang demikian, budaya ilmu membawa erti cara memperoleh maklumat serta mengendalinya. Ini akan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti membaca, berfikir, bermusyawarah dan refleksi.
I. Budaya Membaca
Budaya membaca merupakan amalan yang penting dalam hidup kita. Melalui amalan membaca, seseorang insan akan memperolehi pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti pengetahuan tentang agama, falsafah, sastera, sains, matematik, nilai, kepercayaan dan moral. Budaya membaca juga menggalakkan perkembangan mental. Hasil daripada itu, pelajar-pelajar berkenaan akan lebih berupaya melakukan pemikiran kritis dan analitis.
II. Budaya Berfikir
Budaya berfikir hendaklah dipupuk dikalangan pelajar. Ini bermakna, para pelajar tidak hanya menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Mereka hendaklah dilatih untuk menyoal tentang apa sahaja yang mereka kurang faham. Setelah dibina sikap ingin bertanya, baharulah dikatakan bahawa guru berkenaan telah berusaha kearah memupuk budaya berfikir. Berfikir merupakan aktiviti menggunakkan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Para pelajar boleh dipupuk melakukan pemikiran konvergen, divergen, induktif, deduktif, kreatif, membina, kritis, vertical atau menegak, lateral atau mendatar.
III. Budaya Berkarya
Budaya berkarya merupakan sesuatu usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan melalui hasil penulisan sama ada dalam bentuk buku, artikel, karangan, puisi, syair, pantun dan sebagainya. Segala hasil kerja itu akan membolehkan anggota masyarakat lain memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sikap baharu juga akan dapat dipupuk melalui hasil karya tersebut.
IV. Bermusyawarah
Istilah bermusyawarah membawa makna berunding. Perundingan yang diadakan dengan individu lain akan membolehkan seseorang memperoleh atau menyebar ilmu. Jika seseorang itu bermusyawarah dengan orang lain yang lebih berilmu, maka dia akan memperoleh ilmu yang baharu. Sebaliknya, jika seseorang yang lebih berilmu bermusyawarah dengan individu lain, dia pula akan menyebarkan ilmu.
V. Refleksi
Refleksi merupakan satu teknik membuat pertimbangan teliti tentang segala tindakan yang telah dijalankan oleh seseorang individu. Budaya refleksi amat berguna kerana ia membantu seseorang membuat analisis tentang tindakannya. Jika seseorang guru pelatih telah selesai mengajar pelajar-pelajar, dia akan memikirkan set induksi untuk menarik minat pelajar-pelajar, langkah-langkah perkembangan dan cara menutup pelajaran. Dia juga akan memikirkan sama ada alat bantuan mengajar yang telah digunakan itu berkesan atau tidak. Dia juga memikirkan sama ada objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai atau tidak. Refleksi seperti ini tentu akan membantu guru itu meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Budaya ilmu di sekolah dapat ditingkatkan melalui lima aspek, iaitu:
i. Meningkatkan semangat mahu belajar
ii. Merangsang para pelajar
iii. Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu
iv. Meningkatkan penguasan bahasa Inggeris
v. Meningkatkan keinginan untuk menyelidik

5.11 Etika Profesion Perguruan

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat.
Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar beritaberita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977). Pengamalan EPP di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti berikut;
“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan....
.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

6.0 KESIMPULAN

Di Negara Malaysia, terdapat banyak jenis sekolah seperti yang telah dinyatakan
pada awal topik pengenalan. Ianya termasuklah sekolah rendahk (SRK), Sekolah menengah kebangsaan (SMK), dan sekolah jenis kebangsaan Cina, India serta sekolah Teknik dan Vokasional. Kepelbagaian penduduk di Malaysia telah mewujudkan corak pentadbiran dan pengurusan yang berlainan di setiap jenis sekolah. Sebagai contoh, terdapat sekolah wawasan yang dibina dengan tujuan mengeratkan pertalian dari segi perkauman di Malaysia. Hal ini memberikan kesan yang positif. Sungguhpun corak pentadbiran dan pengurusan yang berlainan, kerajaan amat bijak menyelesaikan masalah yang tidak dapat dikawal seperti monopoli kuasa oleh sesetengah pihak. Dengan adanya Kementerian Pendidikan di Malaysia, sistem pentadbiran dan pengurusan telah diseragamkan. Sebagai contoh, baru-baru ini, pihak tersebut dengan sebulat suara melancarkan masa pengajaran dan pembelajaran tamat pada pukul tiga setiap hari. Dengan adanya arahan seperti ini, maka seluruh Jabatan Pendidikan di setiap daerah wajib melaksanakannya di semua sekolah. Justeru, sistem pemusatan pendidikan amatlah penting, terutamanya di Negara kita yang berbilang kaum. Selain daripada memudahkan sistem pentadbiran dan pengurusan Negara, ia juga dapat memulihara hubungan antara kaum dan dapat mengelakkan sebarang perebutan kuasa di kalangan pendidik.

Budaya Sekolah dan Etika Guru Pendahuluan

Salah satu keunikan dan keunggulan sebuah sekolah adalah memiliki budaya sekolah (school culture) yang kukuh, dan efesien. Perpaduan semua unsur (three in one) baik pelajar, guru, dan ibubapa yang bekerjasama dalam menciptakan komuniti yang lebih baik melalui pendidikan yang berkualiti, serta bertanggung jawab dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah, menjadikan sebuah sekolah unggul dan terkenal di mata masyarakat.
Menurut Deal dan Peterson (1999), budaya sekolah adalah sekumpulan nilai yang melandasi perilaku, tradisi, kebiasaan keseharian, dan simbol-simbol yang dipraktikkan oleh pengetua sekolah, guru, petugas pentadbiran, pelajar, dan masyarakat sekitar sekolah. Budaya sekolah merupakan ciri khas, karakter atau watak, dan citra sekolah tersebut di masyarakat luas.
Sebuah sekolah harus mempunyai misi menciptakan budaya sekolah yang mencabar dan menyenangkan, adil, kreatif, terintegratif, dan dedikatif terhadap pencapaian visi, menghasilkan pelajar yang berkualiti tinggi dalam perkembangan intelektualnya dan mempunyai karakter takwa, jujur, kreatif, mampu menjadi teladan, bekerja keras, toleransi dan cekap dalam memimpin, serta dapat mengembangkan sumber daya manusia yang dapat berperanan dalam perkembangan intelek.
Budaya sekolah yang harus diciptakan agar tetap efesien adalah dengan mengembangkan budaya keagamaan (Religi), Budaya kerjasama (team work), Budaya Kepemimpinan (team work).

1. Budaya Keagamaan (Religi) :
Menanamkan perilaku atau tatasusila yang tersistematik dalam pengamalan agama masing-masing sehingga terbentuk kepribadian dan sikap yang baik serta disiplin dalam berbagai hal.
Bentuk Kegiatan :
Budaya Salam, Doa sebelum/sesudah belajar, Doa bersama menyambut Tadarus, Hijrah dan Mauridul Rasul, Solat zohor Berjemaah, Belajar Amalan Ramadhan, Hafalan Al-Quran, Kegiatan Praktik Ibadah, Buka Puasa Bersama,

2. Budaya Kerjasama (Team Work) :
Menanamkan rasa kesamaan dan rasa sosial melalui kegiatan bersama
Bentuk Kegiatan :
Kunjungan Industri, Hari keluarga, sukan dan seni, Kunjungan tempat bersejarah, Pentas Seni, Seragam Sekolah, Majalah Sekolah, Buku Tahunan.

3. Budaya Kepimpinan (Leadhership) :
Menanamkan jiwa kepemimpinan dan keteladanan dari sejak mula.
Bentuk Kegiatan :
Hari kerjaya; budaya kerja keras, cerdas dan ikhlas, budaya Kreatif; Mandiri & bertanggung jawab, Budaya disiplin, Ceramah Umum.

Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan suatu sistem sosial yang kompleks. Guru menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar dalam bilik darjah sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada sistem sosial di sekolah. Guru bukan sahaja memerlukan suasana bilik darjah yang kondusif dan menarik bagi menyampaikan pengajaran berkesan tetapi juga memerlukan suasana dan persekitaran keseluruhan sekolah yang teratur dan terurus dengan baik. Dengan ini tersandarlah tanggungjawab kepada pengetua dan guru besar untuk membentuk budaya dan iklim sekolah yang baik. Dengan kata lain, budaya sekolah yang baik turut membantu dan menyokong keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Iklim sekolah yang berkesan sering dikaitkan dengan kepatuhan pelajar terhadap peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Cerminan iklim sekolah yang baik itu ialah pelajarnya sentiasa menghargai masa, patuh kepada arahan guru dan sentiasa bersedia mengharumkan nama serta imej sekolah.




Antara budaya sekolah ialah:
1. Budaya Ilmu
Istilah budaya merujuk kepada cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ilmu pula bermakna cara memperolehi dan mengendali maklumat dan pengalaman. Oleh yang demikian, budaya ilmu membawa erti cara memperoleh maklumat serta mengendalinya. Ini akan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti membaca, berfikir, bermusyawarah dan refleksi.
I. Budaya Membaca
Budaya membaca merupakan amalan yang penting dalam hidup kita. Melalui amalan membaca, seseorang insan akan memperolehi pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti pengetahuan tentang agama, falsafah, sastera, sains, matematik, nilai, kepercayaan dan moral. Budaya membaca juga menggalakkan perkembangan mental. Hasil daripada itu, pelajar-pelajar berkenaan akan lebih berupaya melakukan pemikiran kritis dan analitis.
II. Budaya Berfikir
Budaya berfikir hendaklah dipupuk dikalangan pelajar. Ini bermakna, para pelajar tidak hanya menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Mereka hendaklah dilatih untuk menyoal tentang apa sahaja yang mereka kurang faham. Setelah dibina sikap ingin bertanya, baharulah dikatakan bahawa guru berkenaan telah berusaha kearah memupuk budaya berfikir. Berfikir merupakan aktiviti menggunakkan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Para pelajar boleh dipupuk melakukan pemikiran konvergen, divergen, induktif, deduktif, kreatif, membina, kritis, vertical atau menegak, lateral atau mendatar.
III. Budaya Berkarya
Budaya berkarya merupakan sesuatu usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan melalui hasil penulisan sama ada dalam bentuk buku, artikel, karangan, puisi, syair, pantun dan sebagainya. Segala hasil kerja itu akan membolehkan anggota masyarakat lain memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sikap baharu juga akan dapat dipupuk melalui hasil karya tersebut.
IV. Bermusyawarah
Istilah bermusyawarah membawa makna berunding. Perundingan yang diadakan dengan individu lain akan membolehkan seseorang memperoleh atau menyebar ilmu. Jika seseorang itu bermusyawarah dengan orang lain yang lebih berilmu, maka dia akan memperoleh ilmu yang baharu. Sebaliknya, jika seseorang yang lebih berilmu bermusyawarah dengan individu lain, dia pula akan menyebarkan ilmu.
V. Refleksi
Refleksi merupakan satu teknik membuat pertimbangan teliti tentang segala tindakan yang telah dijalankan oleh seseorang individu. Budaya refleksi amat berguna kerana ia membantu seseorang membuat analisis tentang tindakannya. Jika seseorang guru pelatih telah selesai mengajar pelajar-pelajar, dia akan memikirkan set induksi untuk menarik minat pelajar-pelajar, langkah-langkah perkembangan dan cara menutup pelajaran. Dia juga akan memikirkan sama ada alat bantuan mengajar yang telah digunakan itu berkesan atau tidak. Dia juga memikirkan sama ada objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai atau tidak. Refleksi seperti ini tentu akan membantu guru itu meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Budaya ilmu di sekolah dapat ditingkatkan melalui lima aspek, iaitu:
i. Meningkatkan semangat mahu belajar
ii. Merangsang para pelajar
iii. Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu
iv. Meningkatkan penguasan bahasa Inggeris
v. Meningkatkan keinginan untuk menyelidik
2. Budaya Kerja Sekolah
a) Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara
dan falsafah, matlamat dan objektif sekolah.

b) Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan
dan kementerian pendidikan setiap masa.

c) Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.

d) Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.

e) Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.


3. Budaya Nilai Murni di Sekolah
Teknik Penerapan Nilai Murni
Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerapkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:
• Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)
• Penerapan nilai murni dalam matapelajaran lain
• Aktiviti ko-kurikulum
• Aktiviti persatuan sekolah
Melalui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar.
Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.
Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.
4. Budaya Pengurusan dan Pentadbiran Cemerlang
Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika sesebuah sekolah mengkehendaki keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Sesebuah sekolah yang berhasrat menuju ke arah kecemerlangan perlulah mempunyai pentadbir dan guru yang memainkan peranan yang berkesan. Oleh yang demikian, budaya pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang di sekolah wajar dilaksanakan supaya semua kekuatan sama ada amalan pengurusan, kerjasama, pengajaran, komunikasi dan lain-lain yang membentuk budaya sekolah yang sihat dapat dikongsi bersama oleh sekolah lain.

5. Budaya Kepimpinan
Tanggungjawab
• menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi.
• sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri.
• sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
• membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya.
Sikap
• sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
• sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
• mempunyai fikiran terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
• mengambil berat tentang masalah yang dhadapi oleh rakyat.
• mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya.
Perwatakan dan peribadi
• mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik.
• sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi asalah dan cabaran.
• sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
• menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyarakat.
Etika Guru/ Profesion Perguruan

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat.
Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar beritaberita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977). Pengamalan EPP di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti berikut;
“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan....
.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

Ciri-Ciri Guru
Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri bagi membolehkan dirinya menjadi model kepada anak didiknya. Dalam melaksanakan tugas, cirri-ciri dan etika keguruan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan.
Oleh itu, pendidik mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan menabur bakti agar berupaya membawa kelainan serta memberi wajah baru pada prestasi, imej dan kualiti guru. Anjakan paradigma adalah perlu bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa.
Guru adalah penggerak daya usaha pembangunan rohani. Hasilnya, akan lahirlah generasi serba boleh yang pintar soleh. Generasi inilah nanti yang akan mencorakkan masa depan yang gemilang.
Demi menyahut cabaran-cabaran pendididkan dalam alaf baru ini, guru mestilah peka dengan amanah yang diberikan. Sesungguhnya, guru adalah perancang dan penggerak pendidikan bertaraf dunia. Usaha yang berterusan ke arah memperteguhkan kualiti pendidikan.


Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang cirri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru hendaklah merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak

1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Ailm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental
1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan

1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan.
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Jasmani / Fizikal

I. Berperawakan tampan, kemas dan bersih
II. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
III. Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara –negara maju terdapat senarai yang menerangkan ciri-ciri guru yang diingini oleh pelajar.Antara cirri-ciri guru yang dikehendaki ialah guru tersebut:

1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
17. Mempunyai kemahuan yang kuat
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
23. Suara yang baik-serak-serak basah
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan

Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.

Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Etika Profesion Keguruan

Etika perguruan perlu dihayati melalui konsep tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh golongan pendidik sebagai suatu etika profesion keguruan. Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Antara tanggungjawab dalam etika guru ialah:

1. Tanggungjawab Terhadap Allah bagi guru yang beragama Islam

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklahmenjadi amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.


2. Tanggungjawab Terhadap Diri

1. Sebagai seorang guru hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

3. Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru hendaklah :
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

4. Tanggungjawab terhadap Profesion

1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku negatif sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya dengan tingkah laku yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapa mereka.
15. Dia haruslah bertingkah laku baik supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

5. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1. Seseorang guru hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.




6. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

1. Guru hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

7. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

8. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Kod etika keguru ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.










Penutup

Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik dan matlamat pendidikan nasional.

Budaya sekolah perlu diterapkan dengan kerjasama semua pihak iaitu temasuklah budaya ilmu, budaya kerja, budaya nilai murni, budaya pentadbiran dan pengurusan dan budaya kepimpinan dalam membentuk budaya sekolah yang efesien. Ciri-ciri dan Etika profesion keguruan perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan oleh setiap golongan pendidik bagi mencapai hasil yang maksimum dalam melaksanakan misi pendidikan Negara.