-->
A Analyze Leaner
S State Objectives
S Select Methods, Media and Materials
U Utilize Media and Materials
R Require Leaner Participantion
E Evaluate and Revise
(Heinich & rakan-rakan, 1999)
Reka bentuk Kajian
Jadual 2 : Skor Skala Likert
BAB PERKARA MUKA
SURAT
BAB
1 PENGENALAN
1.1
Pendahuluan 4
1.2 Latar Belakang Kajian 5 -
6
1.3 Pernyataan Masalah 6 - 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Tujuan Kajian 7
1.6 Objektif Kajian 8
1.7 Hipotesis Kajian 8
1.8 Definisi Operasional 9-10
1.9 Signifikan Kajian 10
1.10 Limitasi
Kajian 11
1.11 Rumusan 11
BAB 2 SOROTAN
KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Konsep Pembelajaran Main Peranan 12
2.3 Teori 13
- 14
2.4 Model 15-17
2.5 Kajian Lepas
2.5.1 Kajian Dalam Negara 18-19
2.5.2 Kajian Luar Negara 19
2.6 Kerangka Konseptual 20
2.7 Penutup 20
BAB 3 METODOLOGI
KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Pendekatan Kajian 21
- 22
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22-23
3.4 Instrumen Kajian 23
3.4.1 Set Borang I Soal
Selidik Peribadi 24-25
Responden
3.4.2 Set Borang II Soal Selidik Responden 25-26
3.4.3 Set Ujian Pra 26
3.4.4 Set Ujian Pos 26-27
3.5 Prosedur Kajian 28
3.6 Prosedur Penganalisisan Data 28
3.7 Penutup 28
BIBLIOGRAFI 29-30
Bab 1 :
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan
seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai
matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu
sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Kepentingan
melahirkan individu yang cemerlang jasmani, rohani dan intelek adalah matlamat
utama Falsafah Pendidikan Negara dan ia seharusnya menjadi misi utama setiap
entiti yang terlibat dalam pendidikan. Oleh yang demikian, segala perancangan
pendidikan semestinya perlu bertunjangkan kepada misi yang penting ini. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berkesan perlu diberi perhatian
untuk dilaksanakan kerana kaedah yang berkesan akan mempu membantu pelajar,
guru, sekolah dan seterusnya kementerian untuk mencapai matlamat yang telah pun
digariskan suatu masa dahulu.
Arus
pembangunan globalisasi menuntut sistem pendidikan agar lebih dinamik dan
sentiasa peka pada keperluan murid. Proses globalisasi telah menjadikan dunia
kita semakin kecil dan mencabar. Sekiranya kita tidak melipatgandakan usaha dan
mempertingkatkan daya saing, sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di
belakang. Maka pemantapan harus dibuat dalam sistem pendidikan sehingga ke akar
umbi iaitu diperingkat proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam
kelas agar sistem pendidikan yang dinamik yang mampu melahirkan individu yang
seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat diwujudkan.
1.2 Latar
Belakang Kajian
Walau sebaik mana pun seseorang pelajar dapat mendengar
dan memahami sesuatu bahasa baru, namun ia belum menentukan pelajar tersebut
boleh bertutur dalam bahasa baru tersebut. Fakta menyatakan bahasa seseorang
pendengar boleh membezakan bunyi tidak selalunya diikuti dengan pertuturan yang
lancar.
Pengkaji juga mendapati seseorang
yang bukan penutur asal bahasa inggeris akan memerlukan masa yang lama untuk
belajar bahasa inggeris ini. McDonough dan Show (1993) dalam kajian mereka mendapati seseorang
penutur yang bukan asal enggan menggunakan strategi bahasa mereka apabila
bertutur bahasa asing. Tambahan pula, sesetengah pelajar mungkin mampu bertutur
bahasa inggeris dengan sempurna sekiranya diberi stimulus di dalam kelas ,
tetapi dalam konteks kehidupan yang sebenar, mereka tidak dapat berhadapan
dengan situasi sebenar di mana mereka perlu bertutur dalam bahasa inggeris.
Masalah ini bertambah parah apabila kaedah mengajar yang digunakan dalam bahasa
inggeris juga tdak tepat kerana guru lebih mendedahkan pelajar kepada
‘listening’ dan ‘speaking’ pula kurang diberi penekanan. Kesannya, pelajar
kurang beri perhatian pada kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Curran (1972), dalam kajiannya
mendapati sesetengah pelajar yang mempelajari bahasa asing selalunya takut dan
bimbang seterusnya menyukarkan pembelajaran bahasa asing tersebut. Hal ini
menunjukkan adalah perlu untuk mengambil kira faktor-faktor psikologi sebelum
memulakan kelas ‘speaking’. Ia menjadi tanggungjawab guru untuk mencipta
fasilitatif, kelas yang selesa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris. Ramai
pengkaji yang percaya bahawa aktiviti main peranan (Role Play) mampu
memperbaiki kebolehan pelajar berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Stern (1980)
menyatakan bahawa kaedah main peranan adalah kaedah yang penting dalam
pengajaran bahasa asing. Maka kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah
baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris seterusnya menjelaskan
keberkesanan kaedah ini dalam proses P&P.
1.3 Pernyataan
Masalah
Berdasarkan pengalaman pengkaji,
ramai pelajar dalam kelas pada masa kini teragak-agak untuk bertutur dalam
bahasa inggeris walaupun mereka sebenarnya cekap dalam bahasa itu.
Apabila pelajar-pelajar diarah untuk
bertutur dalam bahasa inggeris, mereka kurang yakin untuk bercakap kerana
beberapa masalah. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, punca utama kepada masalh
ini adalah persekitaran yang tidak menggalakkan di luar kelas untuk mereka
bertutur dalam bahasa inggeris. Pengkaji juga mendapati bahawa penekanan yang
diberi kepada kaedah mendengar dalam bahasa inggeris juga sebelum ini juga
menyumbang kepada ketidakyakinan pelajar untuk bercakap dalam bahasa inggeris.
Selain itu juga, pengkaji mendapati bahawa guru tidak menyediakan aktiviti yang
tertumpu pada oral turut menyumbang pada masalah ini.seterusnya, pengkaji juga
mendapati bahawa pengajaran ‘speaking’ di dalam kelas juga kurang menarik.
McDonough and Show (1993) dalam
kajian mereka mendapati dalam banyak konteks, kemampuan seseorang bertutur
seringkali dinilai sebagai ‘face value’. Dalam perkataan lain, seseorang itu
itu lebih dinilai kebolehannya dalam kemahiran bertutur daripada
kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar dan menulis. Tambahan pula, strategi
pengajaran pada masa kini seharusnya menumpukan perhatian pada pembentukan
aktiviti pembelajaran yang fokus pada aktiviti yang melibatkan pelajar saling
berbincang dan berkongsi tentang situasi kehidupan sebenar. Namun, kelas
‘speaking’ dalam Bahasa Inggeris tidak menekankan aktiviti seperti ini. Maka,
kaedah main peranan mampu meletakkan pelajar dalam satu persekitaran yang akan
menggalakkan mereka untuk mengenepikan rasa malu, membina keyakinan diri
mereka, dan menjadikan pelajar-pelajar saling berbincang dan berkongsi pelbagai
perkara dalam konteks kehidupan sebenar.
1.4 Persoalan Kajian.
Persoalan dalam
kajian ini adalah seperti berikut;
1.
Adakah penggunaan kaedah Main Peranan berbanding kaedah
tradisional berkesan dalam meningkatkan minat dan pemikiran kritis pelajar
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?
2.
Apakah perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah Main
Peranan dan kesan kumpulan dengan kaedah tradisional dalam pembelajaran Bahasa
Inggeris?
3.
Apakah gaya pembelajaran yang digunakan pelajar sebelum
dan selepas pelaksanaan kajian?
1.5 Tujuan kajian
Tujuan utama
kajian ini adalah untuk melihat kesan kaedah pengajaran secara main Peranan dan
pengajaran dengan menggunakan kaedah tradisional terhadap murid-murid tahun
empat dalam meningkatkan pencapaian dan minat mereka dalam proses P&P.
Kesan kedua-dua kaedah pengajaran ke atas minat dan pencapaian murid dalam
proses P&P diuji.
1.6 Objektif kajian
Objektif khusus
kajian ini adalah untuk ;
1.
Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah main
peranan berbanding kaedah tradisional terhadap minat dan pencapaian murid dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris.
2.
Menentukan perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah
pembelajaran kaedah Main Peranan dan kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid tahun enam.
3.
Mengenal pasti gaya pembelajaran yang digunakan oleh
murid sebelum dan selepas pelaksanaan.
1.7 Hipotesis
Kajian
Sebanyak 2
hipotesis telah dikemukakan berdasarkan tujuan pengkaji menjalankan kajian ini.
Hipotesis null yang dikaji adalah seperti berikut;
I.
Hipotesis 1 (HO1)
Tidak terdapat
perbezaan antara minat pelajar yang menggunakan kaedah Main Pernan dalam
pembelajaran mereka berbanding minat murid yang menggunakan kaedah tradisional
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
II.
Hipotesis 2 (HO2)
Tidak terdapat perbezaan
antara pencapaian murid yang menggunakan kaedah Main Peranan dalam pembelajaran
mereka berbanding pencapaian murid yang menggunakan kaedah tradisional dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris.
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Keberkesanan
Keberkesanan
merujuk kepada perihal berkesan atau berkesannya sesuatu tindakan atau
perbuatan (Kamus Dewan, 2005 : 772). Keberkesanan dalam konteks kajian ini merujuk kepada kejayaan penggunaan kaedah
Main Peranan dalam meningkatkan pencapaian serta minat murid dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
1.8.2 Kaedah Pembelajaran Main Peranan.
Kaedah Main
Peranan atau ‘Role Play’ adalah satu bentuk pendekatan pendidikan, lazimnya
dirujuk sebagai konteks yang sama dengan permainan dan simulasi. Menurut Marlyna Maros (2007), kaedah main peranan lebih mirip kepada
data interaksi semulajadi kerana adanya perbualan atau sekurang-kurangnya
ujaran lisan daripada subjek. Terdapat sekurang-kurangnya empat cara
pengumpulan data dalam kaedah ini iaitu (a) lakonan semula, (b) temu ramah
lakonan , (c) lakonan benar, dan (d) olahan skrip bertulis. Menggunakan
kaedah Role Play dalam latihan
melibatkan 5 langkah iaitu (1) memilih isu; (2) menghidupkan dan memilih
karakter; (3) membina forum; (4) membuat keputusan – atau tidak; dan (5)
menyimpulkan latihan.
1.8.3 Minat
Menurut Kamus
Dewan (2002), minat merujuk kepada keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada
sesuatu. Minat adalah kata sifat yang menjelaskan kecenderungan seseorang
menyatakan keinginan hatinya kepada sesuatu perkara melalui perubahan emosi
dalamannnya setelai merasai melalui pancaindera (melihat, rasa, bau). Apabila
ada minat terhadap sesuatu seseorang itu akan cuba memilikinya.
1.8.4 Pencapaian
Pencapaian
bermaksud keputusan ujian mata pelajaran Bahasa Inggeris yang diperolehi oleh
pelajar setelah selesai menjalani ujian yang dikendalikan oleh pengkaji.
Pengkaji menggunakan topik merangkumi sukatan pelajaran Bahasa Inggeris Tahun
Enam.
1.8.5 Murid
Murid ialah
orang yang belajar seperti murid sekolah rendah, sekolah menengah dan
sebagainya (orang yang menyelidik ilmu) (Kamus Dewan: 2002). Murid dalam
konteks kajian ini merujuk kepada murid tahun enam dalam mata pelajaran bahasa
inggeris yang mnuntut di SK. Bolong Tuaran.
1.9 Signifikan
Kajian
Kajian ini
penting kepada para guru Bahasa Inggeris sebagai asas kepada pemilihan aktiviti
P&P yang berkesan dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga penting kepada
kementerian pelajaran sebagai penentu dasar pendidikan dan juga kepada para
penyelidik di luar sana. Dapatan kajian ini juga penting dalam meningkatkan
mutu dan keberkesanan sistem pendidikan agar mampu melahirkan individu-individu
yang mempunyai kemahiran secara holistik. Kajian ini juga dapat membantu murid
dalam mengenal pasti corak pembelajaran sebenar yang mampu meningkatkan minat
dan prestasi serta kemampuan mereka bertutur
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
1.10 Limitasi
Kajian
Kajian ini hanya
melibatkan murid-murid tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Bolong, Tuaran sahaja
dan laporan kajian hanya sahih dalam konteks sekolah ini sahaja. Selain itu,
kajian ini juga hanya tertumpu pada kaedah Main Peranan dalam proses P&P.
Kajian ini juga hanya melihat kesan kaedah Main Peranan dari sudut minat dan
pencapaian murid dari aspek kebolehan bertutur Bahasa Inggeris dalam proses
P&P.
1.11 Rumusan
Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji keberkesanan kaedah Main Peranan terhadap minat dan pencapaian pelajar
dalam komunikasi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semoga dengan pembaharuan
dan pengubahsuaian yang sesuai, diharapkan kaedah ini akan dapat meringankan
tekanan kepada guru dan hasilnya kelak dapat melahirkan generasi yang cemerlang
dalam bidang bahasa dan komunikasi.
Bab 2 : Sorotan Kajian
2.1 Pengenalan
Bab ini akan
membincangkan teori, konsep serta kajian-kajian yang berkaitan dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran main Peranan.
Tinjauan kajian tertumpu kepada aspek yang menjadi fokus kepada pengkaji, iaitu
aspek pembelajaran Main Peranan dan kesannya terhadap minat dan pencapaian murid
bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.
2.2 Konsep
pembelajaran Main Peranan
Kaedah Main Peranan adalah satu metode yang berasal dari
sosio drama yang boleh digunakan juga untuk membantu pelajar memahami aspek
yang lebih halus tentang sastera, kajian sosial, dan juga beberapa aspek dalam
sains dan matematik. Kaedah ini juga boleh membantu dalam meningkatkan minat
pelajar dan meningkatkan penglibatan murid, bukan sahaja dalam pembelajaran
tentang sesuatu perkara, malah pembelajaran untuk mengintegrasikan pengetahuan
ke dalam tindakan dengan menyelesaikan masalah, mengeksplorasikan alternative,
dan melakukan penyelesaian yang kreatif ( Blatner, 2002). Menurut Brierly,
Devonshire dan Hillman (2002) dalam Pollock (2006), teknik Main Peranan juga akan meningkatkan fungsi
pengetahuan; kombinasi pengetahuan asas, pengetahuan tentang prosedur (
mengetahui bagaimana – memiliki kemahiran ) dan pengetahuan kondisi (
mengetahui tentang persekitaran untuk menggunakan kemahiran tersebut). Kaedah
Main Peranan mencipta satu persekitaran
yang menggambarkan realiti sebenar dan ia memudahkan pelajar untuk menggunakan
pemahaman mereka tentang sesuatu situasi. Murid-murid mendapat gambaran sebenar
dalam isu-isu yang dibincangkan dalam kelas seterusnya memperkembangkan
kemahiran praktikal profesional.
2.3 Teori
Teori-teori pembelajaran
merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan
daripada ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini,
guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya
menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk
mencapai objektif pengajaran.
2.3.1
Teori Pembelajaran Main Peranan
Teori utama yang digunakan
dalam kajian ini adalah teori konstuktivisme. Konstruktivisime merupakan proses
pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi
tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut
kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina
sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah
hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk
murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu
aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah
realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea
dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu
murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan
dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini
dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka
berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan
atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa
murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada
yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan
atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu
akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey
menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik
yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan
kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam
konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan
kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang
disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu
kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman
yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model
daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata
murid.
2.4 Model
Pelbagai model
dibina untuk memberi panduan kepada guru ke arah mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Sistem penyampaian ialah kaedah di mana maklumat
dibawa daripada sumber ke penerima dan sebaliknya untuk tujuan pengajaran.
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil satu model kajian yang dikemukakan
oleh Heinich dan rakan-rakan (1999).
Model yang digunakan merupakan model
ASSURE. Model ASSURE ialah akronim bagi menghuraikan prosedur dalam memilih dan
mengguna media pengajaran secara umum. Terdapat 5 komponen yang dapat
dihuraikan daripada model tersebut iaitu A-Analyze
Leaners, S-State Objectives, S-Select Methods, Media and Materials, U-Utilize
Media and Materials, R-Require Leaner Perticipantion, E-Evaluate and Revise.
Dalam kelas, pelajar perlu dianalisis
dari segi ciri-ciri umum seperti peringkat umur, tahap kemahiran intelektual,
stail belajar sebelum sesuatu kemahiran dipilih dan digunakan. Pendekatan yang
dipilih hendaklah sesuai dan mengambil kira kemampuan pelajar.
Pernyataan objektif dalam merancang
sesuatu pengajaran adalah amat penting. Objektif ialah suatu pernyataan yang
spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan
oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran (Norhashimah, Mazenah & Rose,
1996). Objektif membantu guru mengenal pasti prestasi yang hendak dibentuk,
menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk membuat penilaian.
Dalam komponen memilih kaedah, media
dan bahan (select methods, media and
materials) untuk pengajaran, guru perlu menimbang ciri-ciri pelajar, bentuk
objektif, pendekatan pengajaran dan kekangan situasi pengajaran. Guru boleh
mengubahsuai ABM yang dipilih atau mereka membentuk semula supaya menepati dan
sesuai dengan tahap pelajar.
Model ASSURE mencadangkan agar dalam
langkah U (utilize media and material),
guru harus terlebih dahulu mengguna media dan bahan pengajaran sebelum
memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti bentuk persiapan terhadap
persekitaran yang perlu disediakan ketika bahan itu digunakan seperti
infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas, perkasasan dan perisisan dan
jenis aktiviti yang hendak dijalankan sesuai dengan objektif pelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan memerlukan penyertaan pelajar (require leaner participant). Menurut
model ASSURE, media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons
pelajar berinteraksi serta mendapatkan maklum balas. Aktiviti dan teknik pengajaran
yang sesuai dilaksanakan dalam kelas supaya menggalakkan penglibatan pelajar.
Ia boleh berlaku secara individu atau secara kumpulan. Minat dan motivasi
kendiri pelajar akan meningkatkan penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.
Komponen terakhir adalah menilai dan
mengulang kaji (evaluate and revise).
Penilaian ini dijalankan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua
peringkat pengajaran. Aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru seperti
penetapan objektif, respon pelajar, pengamatan serta prestasi pelajar dalam
kuiz dan kemahiran.
Rajah2.3: Model
ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1999) dalam menentukan ketepatan dan langkah
persediaan dalam pemilihan alat bantu mengajar (model)
(Analisis Ciri-ciri
Pelajar)
(Menyatakan
Objektif)
(Memilih Kaedah,
Media, dan Bahan)
(Menggunakan Media
dan Bahan)
(Memerlukan
Penyertaan Pelajar)
(Menilai dan
Mengulang Kaji)
(Heinich & rakan-rakan, 1999)
2.5 Kajian Lepas
2.5.1 Kajian
Dalam Negara
Menurut kajian yang telah
dibuat oleh Naginder Kaur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan
Perlis, beliau mendapati terdapat hubungan positif antara konsep diri dengan
penyertaan pelajar dalam teknik pembelajaran Main Peranan. Ia boleh dilihat
melalui indikator seperti kegelisahan yang berpanjangan, kemahiran berbahasa,
pengaruh daripada pandangan kendiri, peranan pensyarah, impak dominator,
kesesuaian sama seperti mood pelajar. Kajian juga telah mendapati bahawa
pelajar mengalami perubahan dalam konsep diri, seperti yang dipamerkan dalam
kegelisahan yang semakin berkurangan, kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan
diri mereka dan memperoleh keadaan sebenar sesuatu situasi, perubahan dalam
kemahiran berbahasa, hubungan positif antara pandangan kendiri dengan
kesesuaian tugasan yang telah diberikan.
Pramela Krish
(2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi telah melakukan kajian
yang bertajuk ‘Role Play Activity With
Distance Learners In An English Language Classroom’. Beliau menyatakan
bahawa kaedah Main Peranan dapat membantu meningkatkan tahap kelancaran
komunikasi dengan cara meningkatkan interaksi dalam kelas dan memotivasikan
mereka untuk belajar. Tambahan pula, Kaedah Main Peranan akan memberi pelajar
peluang untuk bercakap dalam pelbagai konteks sosial. Dalam hal lain, Kaedah
Main Peranan juga dapat membantu pelajar yang malu untuk bercakap dengan lancar
dalam sesuatu situasi. Hal ini kerana mereka perlu mengenepikan rasa malu
mereka yang hanya menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi. Mereka akan turut serta
secara aktif dalam proses pembelajaran dan menjadikan mata pelajaran mereka
menjadi lebih bermakna dimana pelajar mungkin terdedah kepada pelbagai kaedah
pembelajaran seperti mendengar, mengingat skrip, berbincang, menulis skrip
dialog dan Cue Card kemudian
mempersembahkan peranan-peranan mereka berdasarkan permainan dan penulisan.
2.5.2 Kajian Luar Negara
Mengikut kajian
yang telah dibuat di luar negara, kebanyakan keputusan menunjukkan kesan yang
positif. Mark Sutcliffe (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa kaedah Main
Peranan akan memberi pemahaman kepada pelajar dan juga sebagai penghargaan
kepada alternatif -alternatif lain yang digunakan pelajar. Ia akan menggalakkan
pelajar-pelajar untuk mempamerkan idea mereka sendiri dan seterusnya lebih faham
akan posisi atau kedudukan orang lain. Menurut Wahibee (2004), kaedah Main
Peranan adalah satu kaedah yang efektif yang mana pelajar akan dapat merasai
situasi sebenar yang lebih realistik. Dalam kajian yang dibuat oleh Maciej
Karwowski dan Marcin Soszynski (2008), mereka mendapati bahawa penggunaan
kaedah Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan
kreativiti pelajar, merangsang imaginasi pelajar dan meningkatkan motivasi
belajar.
2.6 Kerangka Konseptual
Bahasa Inggeris
|
Ujian Pra dan Pos
|
Skor Pencapaian
|
Kaedah pembelajaran Main Peranan
|
I. Pemboleh ubah bebas adalah kaedah pembelajaran Main Peranan dan
Kad Peranan yang diberi kepada setiap
pelajar yang terlibat.
II.
Pemboleh ubah terikat adalah skor pencapaian; dikaji dengan menggunakan set
ujian pra dan pos.
2.7 Penutup
Kajian-kajian
yang dibuat berkaitan dengan Kaedah Main Peranan menunjukkan bahawa kaedah ini
amat berkesan dalam meningkatkan motivasi belajar disamping kefahaman serta
kemahiran murid bertutur Bahasa Inggeris.
Bab
3 : Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan
metodologi kajian yang merangkumi aspek reka bentuk kajian yang digunakan,
sampel kajian yang terlibat, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan
prosedur penganalisisan data. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kaedah
penyelidikan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai
objektif sesuatu peyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Main
Peranan dalam kalangan murid Tahun Enam SK. Bolong, Tuaran terhadap minat dan
pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Maklumat yang dikumpul
kemudiannya akan dianalisis bagi menentukan sama ada maklumat tersebut
mempunyai kaitan atau tidak dengan hipotesis yang diutarakan oleh pengkaji
dalam Bab 1.
3.2 Pendekatan / kaedah kajian
Kajian ini adalah
berbentuk Quasi-eksperimen dimana soal
selidik akan dijalankan untuk mengkaji minat dan pencapaian murid dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Terdapat dua kumpulan pelajar yang terlibat iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengkaji akan mengedarkan satu set soal
selidik yang bertujuan untuk mengkaji minat murid terhadap mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Soal selidik ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi
oleh murid. Soal selidik ini juga dibina sendiri oleh pengkaji dan diberikan
kepada murid kumpulan rawatan sahaja sebelum dan selepas pembelajaran Kaedah
Main Peranan dijalankan. Soal selidik berbentuk skala likert dimana murid perlu
memilih jawapan mengikut skala yang diberikan iaitu skala 5 sebagai ‘sangat
setuju’, 4 ‘setuju’, 3 ‘kurang setuju’, 2 ‘tidak setuju’ dan skala 1 sebagai
‘sangat tidak setuju’.
Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan
ujian pra iaitu ujian peringkat awal terhadap murid kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
Selepas ujian pra dijalankan, kumpulan rawatan akan
didedahkan dengan kaedah pembelajaran Main Peranan manakala kumpulan kawalan
diajar dengan kaedah tradisional. Setelah kedua-dua buah kelas selesai belajar
Bahasa Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran dengan menggunakan kaedah Main
Peranan, maka set soalan ujian pasca akan diedarkan. Kemudian barulah proses
penilaian kajian bermula. Reka bentuk kajian diringkaskan seperti dalam Jadual
1.
Kumpulan Sebelum Selepas
Rawatan Soal selidik minat Soal selidik minat
Ujian pra penilaian
Ujian pos penilaian
Kawalan Ujian pra penilaian Ujian pos penilaian
Jadual
1
3.3 Sampel / Populasi Kajian
Sampel kajian merupakan
cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Mohd Majid (1990) menyatakan
individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu
ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Sampel kajian adalah terdiri
daripada murid-murid Tahun Enam SK. Bolong, Tuaran. Kesemua sampel yang dipilih
merupakan murid satu kelas yang akan belajar menggunakan kaedah Main Peranan
dan satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kelas yang
dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana, iaitu terdiri daripada murid
pintar dan sederhana lemah. Pemilihan sampel ini berdasarkan sampel secara
rawak.
3.4 Instrumen Kajian
Pengkaji menggunakan dua instrumen dalam kajian ini
iaitu dua set soal selidik dan dua set ujian pemahaman. Menurut Sidek Mohd Noah
(2002), penggunaan borang soal selidik dapat membantu dari aspek standardisasi
kajian yang akan dijalankan. Empat instrumen yang digunakan dinyatakan dibawah.
3.4.1 Set Borang I
Soal Selidik Peribadi Responden
Soal selidik
yang dijalankan dalam kajian ini memerlukan responden memilih jawapan yang
tepat terhadap soalan yang dikemukakan. Berdasarkan kepada cadangan-cadangan
jawapan yang disediakan, soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
jawapan yang betul dan tepat bagi memudahkan teknik analisis yang akan
digunakan. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A
dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada item-item seperti jantina, bangsa,
pekerjaan bapa atau penjaga, pendapatan keluarga, bilangan ahli keluarga dan
taraf pendidikan ibu bapa. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan kekerapan
murid membuat latihan dan bertutur Bahasa Inggeris serta minat responden terhadap
mata pelajaran tersebut. Borang ini diedarkan kepada responden pada hari
pertama pengkaji masuk ke kelas. Responden diberi masa 10 minit untuk mengisi
borang tersebut sebelum borang tersebut dikutip semula oleh pengkaji.
3.5.2 Borang II Soal Selidik Responden
Borang II Soal Selidik Resonden yang dibuat oleh pengkaji
mengandungi 19 item soal selidik. Soal selidik itu adalah berkaitan dengan
pendapat responden mengenai kaedah pembelajaran Main Peranan yang digunakan
oleh pengkaji untuk mengajar mereka di dalam kelas. Di samping itu, soal
selidik tersebut juga adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana minat
mereka terhadap mata pembelajaran Bahasa Inggeris setelah pengkaji menggunakan
kaedah pembelajaran Main Peranan. Alat ukur yang dibentuk untuk mengukur minat
responden terhadap pembelajaran Main Peranan terdiri dari item-item berskala
likert 5 pilihan dengan skor 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3
(Kurang Setuju), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Skor skala likert
ditunjukkan pada jadual 2 di bawah. Borang ini diedarkan oleh pengkaji setelah
menggunakan kaedah pembelajaran Main Peranan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Borang soal selidik ini juga hanya diberikan kepada kumpulan
rawatan sahaja. Hal ini kerana kumpulan kawalan tidak diajar menggunakan kaedah
pembelajaran Main Peranan. Pengkaji meminta responden menjawab borang ini
setelah ujian pos dijalankan. Pengkaji memberikan masa selama 10 minit kepada
responden untuk menjawab sebelum borang ini dikutip semula pengkaji untuk dianalisis.
3.4.3 Set Ujian Pra
Set ujian pra
merujuk kepada set ujian yang mengukur kemampuan murid untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris yang dibentuk oleh pengkaji berdasarkan sukatan pelajaran
Bahasa Inggeris. Set ujian ini adalah berbentuk subjektif dimana responden diminta
memberi pendapat mereka berdasarkan situasi yang diberi dalam kertas ujian
mereka. Set ujian ini mengandungi 2 soalan dimana murid dikehendaki memilih
satu soalan sahaja dan soalan ini diperuntukkan dengan 40 markah yang meliputi
tahap kelancaran berbahasa, kefahaman pada soalan, ketepatan jawapan yang
diberi dan keyakinan diri murid. Maka, markah minima untuk ujian ini ialah sifar
dan markah maksima ialah 40. Tahap kemahiran yang diuji adalah sama dengan
ujian pos kecuali angka-angka yang diubah bagi melihat perubahan keputusan yang
berlaku. Set ujian ini diedarkan kepada responden di dalam kumpulan kawalan dan
juga kumpulan rawatan dan responden diminta menjawab dalam masa 10 minit sahaja.
Guru-guru Bahasa Inggeris dan pengkaji akan menilai murid satu persatu
berdasarkan urutan abjad nama dan markah akan diberi. Set ujian pra digunakan
pada sesi pertama pengajaran pengkaji di dalam kelas. Pencapaian murid daripada
ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana tahap pembelajaran murid
tanpa penggunaan kaedah Main Peranan.
3.4.4 Set Ujian Pos
Set ujian ini
adalah soalan yang mengkehendaki murid untuk menjawab dengan bertutur dalam
Bahasa Inggeris di hadapan guru. Set ujian ini mengandungi 1 soalan yang setiap
satunya berbentuk subjektif di mana
responden diminta memberi pendapat berdasarkan soalan yang diberikan. Markah
maksima adalah 40 markah yang meliputi kelancaran berbahasa Inggeris, kefahaman
pada soalan, ketepatan jawapan dan keyakinan diri bertutur dalam Bahasa
Inggeris. Set ujian ini diedarkan kepada responden di dalam kumpulan kawalan
dan juga kumpulan rawatan dan guru-guru akan menilai murid satu persatu
berdasarkan urutan abjad nama. Responden diminta menjawab dalam masa 10 minit
sahaja. Pencapaian murid daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji
sejauh mana keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran secara Main Peranan.
3.5 Prosedur kajian
Kajian ini
menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer
diperoleh daripada responden iaitu merujuk kepada borang soal selidik yang
diedarkan manakala data sekunder diperoleh daripada perpustakaan dan internet.
Pengkaji menentukan bidang yang hendak dikaji melalui pembacaan kajian-kajian
lepas serta rujukan daripada perpustakaan dan internet.
Kajian ini menggunakan reka bentuk
Quasi eksperimen. Ujian pra telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh
tertentu, pelajar dari kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos.
Pengumpulan data akan dijalankan oleh
pengkaji di dalam kelas Tahun Enam yang terlibat. Semua murid dari kedua-dua
buah kelas akan menjawab soal selidik yang pertama yang akan digunakan untuk
mengkaji latar belakang sampel. Pengkaji akan membuat penilaian terhadap
faktor-faktor latar belakang sampel yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian
berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan.
Set soalan atau ujian pra akan
dijalankan di kedua-dua buah kelas dan keputusannya akan digunakan untuk
memperolehi data tentang pengetahuan sedia ada, tahap pencapaian sampel,
kebolehan berkomunikasi, dan minat.
Ujian kedua atau ujian pos pula
bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara Main
Peranan mahupun secara tradisional. Ujian ini mengandungi 2 soalan pilih satu
yang meminta murid untuk memberi pendapat terhadap soalan subjektif yang
diberikan dari pelbagai aras. Masa yang diberikan adalah 10 minit sahaja.
Murid diminta memberi jawapan secara
jujur dan mengikut kesesuaian diri mereka sendiri dan bukannnya mengikut
tanggapan orang lain atau mana-mana pihak. Segala maklumat yang diberi
dirahsiakan dan ia hanyalah digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Jawapan
yang diberikan seharusnya bersifat terbuka, jujur dan ikhlas. Borang soal
selidik dan markah penilaian akan dikumpul semula untuk dianalisis.
3.7 Prosedur
Penganalisisan Data
Menurut Mohd
Majid (2000), pemprosesan data merupakan teknik pengumpulan, pengolahan,
penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang dipungut melalui
soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu Pakej Statistik
untuk Sains Sosial (SPSS) Version 15.0. Analisis deskriptif digunakan untuk
memerihalkan maklumat tentang profil responden. Perisian SPSS merupakan
perisian yang digunakan untuk mendapat keputusan dalam bentuk frekuensi,
peratusan dan min. Kekerapan min dan peratusan merupakan parameter-parameter
yang akan digunakan dalam menilai setiap item yang terdapat di dalam borang
soal selidik (Mohd. Salleh Abu, 2001).
Data yang dikumpul dari instrumen
kajian ini akan dianalisis mengikut tiga jenis data atau maklumat. Maklumat
berkaitan minat pelajar yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis
menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan skor min. Maklumat kedua yang berkaitan dengan
pengetahuan sedia ada murid dan tahap pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris
dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai. Keputusan pencapaian murid
dengan pembelajaran secara kaedah Main Peranan dan murid dengan kaedah
tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian pasca dan data
yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.
3.8 Penutup
Keseluruhannya
apa yang terkandung dalam bab ini adalah penerangan mengenai tatacara yang
dilalui oleh penyelidik dalam proses sebelum, semasa dan selepas kajian
dilakukan. Prosedur yang dirancang di dalam bab ini bertujuan untuk memudahkan
proses penyelidikan dilakukan.
Bibliografi
McDonough, J. and Show, (1993). C Materials
and Methods in ELT. Cambridge, MA: Blackwell
Curran, C. A. (1972). Counseling-Learning.
New York: Rune and Stratton, Inc.
Stern, S.L. (1980). Drama in Second Language
Learning from a Psychological Perspective. Language learning 30 77-97.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan; Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maros, M. (2007). Penyelidikan Lakuan Bahasa:Pemilihan kaedah
dan Pola Penemuan. Akademika , 91-115.
Adam Blatner (2002, August 2). Role Playing In Education.
Retrieved October 2009, from www.blatner.com: http://www.
blatner.com/adam/pdntbk/rlplayedu.htm
Pollock, D. K. (2006). Role Play as a Teaching Method:A
Practical Guide. Mekong: Ubon Ratchathani University.
Sutcliffe, M. (2002, October). The Press Briefing Role
Play. Retrieved October, 2009, from Economics Network Web Site:
http://www.economicsnetwork.ac.uk/showcase/sutcliffe_press
A-Wahibee, K. M. (2004). Revival of Role-play: The
Effectiveness of Role-play Activities In Learning English As A Foreign Language
By Saudi College Students. Language And Translation , 25-48.
Maciej Karwowski, M. S. (2008). How to develop creative
imagination? Assumption, Aims, And Effectiveness Of Role Playing Training In
Creativity (RPTC). Thinking Skill And Creativity , 163-171.
Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noah, S. M. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah,
Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abu, Z. T. (2001). Pengenalan Kepada Analisis
Data Berkomputer SPSS 10.0 For Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Pramela
Krish. (2001, July). A Role Play Activity
with Distance Learners in an English Language Classroom. Retrieved October
from The Internet TESL Journal, Vol. VII, No. 7, website :
http://iteslj.org/:http://iteslj.org/Article/Krish-RolePlay.htm