Sunday, June 26, 2011

Konvoi Perahu Merdeka himpun semangat nelayan

Perjalanan lima kilometer dari Kampung Mengkabong ke Gayang turut bawa sangkar kuning lima merpati simbolik Hari Kebangsaan ke-50

TUARAN: Daerah ini mencatat sejarah tersendiri apabila mengadakan Konvoi Perahu Merdeka terbesar sempena Bulan Kemerdekaan 2007 membabitkan 65 perahu dari Kampung Mengkabong menuju Kampung Gayang, Tuaran, 1 September lalu.

Menariknya, acara julung kali itu berjaya menghimpunkan kira-kira 400 nelayan sepenuh masa dari Kampung Tembilok, Buansa, Suang Kerumahan, Mempelam, Pensurun, Separuk, Lentuong dan Gayang.

Bertolak seawal jam 9 pagi dari jeti Kampung Tembilok, konvoi perahu yang diilhamkan beberapa pemimpin di daerah ini itu tenang menyusuri Teluk Mengkabong menuju jeti Kampung Gayang.

Perjalanan sejauh lima kilometer dan mengambil masa kira-kira 40 minit, diketuai Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, membawa sangkar kuning berisi lima burung merpati sebagai tanda simbolik Hari Kebangsaan ke-50.

Sepanjang perjalanan, Jalur Gemilang dan bendera Sabah berkibar megah di atas 65 perahu nelayan terbabit, diiringi alunan irama muzik tradisional masyarakat Sama yang dikenali sebagai Betitik.

Sejurus tiba di jeti Kampung Gayang, konvoi disambut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor, yang menerima sangkar kuning berisi merpati dari Tangau dan melepaskan burung terbabit sebagai tanda kebebasan.

Acara yang menarik perhatian ribuan penduduk Tuaran itu diisytiharkan Hajiji sebagai acara tahunan baru dinamakan `Pesta Biduk Sama' tahun depan.

"Inilah erti kemerdekaan. Justeru, kita harus bersyukur dengan nikmat ini dan buah fikiran mengendalikan konvoi perahu merdeka terbesar ini adalah bukti kita benar-benar merayakan Hari Kemerdekaan," katanya selepas menghadiri konvoi itu.

Beliau berharap langkah menjadikan acara itu kegiatan tahunan dapat membantu memajukan industri pembuatan perahu di Tuaran.

"Dengan hampir 70 perahu nelayan menyertai konvoi, saya harap jumlah itu bertambah lebih 100 tahun depan. Jika usaha itu berjaya, Tuaran akan mempunyai acara sendiri sebagai pengenalan seperti Pesta Lepa-Lepa di Semporna," katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman mahu perahu digunakan dalam pesta itu kelak dihias indah mengikut tradisi Sama supaya mampu menggamit perhatian pelancong melawat Tuaran.

"Pesta Biduk Sama itu mensasarkan 20,000 pengunjung termasuk pelancong asing datang ke Tuaran bermula tahun depan," katanya.

Pengerusi penganjur konvoi, Abdul Kassim Razali, berkata walaupun acara itu dirancang beberapa hari sebelum kemuncak Hari Kebangsaan, ia berjaya menghimpunkan nelayan pada jumlah besar untuk mengambil bahagian.

"Pembabitan nelayan dalam konvoi ini cukup bermakna memandangkan golongan itu banyak menyumbang kepada sektor kemajuan makanan laut. Acara itu sekali gus menjadi kegiatan pengisian Hari Kebangsaan ke-50 kepada penduduk Tuaran," katanya.

Beliau gembira usaha dilakukan bersama beberapa pemimpin di Tuaran seperti Tangau dan Hajiji membuahkan kejayaan besar.

Ketua Kampung Suang Kerumahan, Jalim Daraman, berkata acara itu wajar diteruskan sebagai kaedah baru menarik perhatian pelancong luar datang ke Tuaran pada masa depan.

"Ilham mengendalikan konvoi perahu itu adalah langkah bijak kerajaan dalam mempromosikan daerah ini destinasi pelancongan terkemuka di Sabah," katanya.
Nelayan dari Kampung Mengkabong, Yusup Jahip, 40, bangga terpilih sebagai peserta konvoi itu sehingga sanggup bercuti daripada turun laut, semata-mata menghias perahu selama seminggu untuk acara itu.

"Selain mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah, perahu saya turut membawa peralatan muzik kulintangan, memainkan irama tradisional betitik sepanjang perjalanan itu," katanya.

Sehubungan itu, peserta berharap acara itu, tidak berakhir di situ, sebaliknya akan menjadi kenyataan untuk diadakan sebagai kegiatan tahunan.

Sumber: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/en/activities-a-programmes/in-the-news/2007/340-konvoi-perahu-merdeka-himpun-semangat-nelayan

AntaraMengkabongDenganMemutik

kalau tak disebabkan tiket pecuma yang aku dapat dari air asia semasa tawaran terbang percumanya pada bulan januari lalu, kemungkinan besar sehingga hari ini, tempat yang paling jauh yang penah aku sampai menggunakan kapai terbang ialah : aloq staq. tu pun kalau tiketnya jatuh kepada RM9.99. sebab kalau campoq airport tax lebih kurang tiga pat ploh ringgit lagi, adalah lebih bijak balik saja dengan bas. koman2 kalau lapaq sangat pun boleh berenti kat r&r yang harga makanannya terkawal, tak seperti air asia yang mi segera dalam cawannya saja cecah nam hengget. tu tak masuk milo dalam peket lagi.
tapi sebab air asia lah jugak aku berjaya menjejakkan kaki ke kepulauan borneo buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku. tak pernah terpikir lagi dalam kepala hotak aku untuk sampai ke sini. kawan2 aku dulu ramai jugak yang dah berjaya sampai ke sini. kebanyakan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dalam rangka menginsafkan semula mereka agar tak kuat sangat menegur kerajaan ketika bekerja. tapi yang lain2nya pulak sebab outstation. sempat bejalan kat airport saja masa nak tunggu kapai terbang balik ke kl. pendek kata, ramai kengkawan yang pegi, tapi tak enjoy.
aku pulak lain. aku dengan bini aku dah plan makan angin di sabah, salah sebuah negeri di kepulauan borneo ini, sejak bulan januari lagi. booking tiket air asia dan dapat free kami dua orang pegi dan balik. alhamdulillah. tapayah bayar seduit pun kat airasia, cuma bayar parking kapal terbang diorang saja kat lcct dan terminal 2 sabah. RM272.00 pi balik. tapi ok la.. sebab memang tak boleh naik bas. kalau tak, kemungkinan besar aku pikir untuk naik bas saja bila ditengok2 balik airport tax yang dikenakan.
kami naik airbus yang air asia baru beli. kapai terbang bau kedai lagi. besaq. perjalanan dari kl ke sabah ambik masa 2 stengah jam. macam biasa, air asia tak sediakan apa2 makanan free dalam perjalanan. so, masa dok ataih langit nuh, diorang akan tolak troli jual makanan. harganya sangat berpatutan dan mengikut harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan langit. megi bangang dalam cawan tu, secawan RM6.00. ayaq teh / kopi / milo dalam cawan polistrin, sepeket RM4.00. kalau nak dibandingkan dengan harga2 makanan yang dijual kat atas langit ni, aku rasa bedal sajala apa yang ada. komplen banyak, pi minum ayaq dalam toilet. tu pun kalau depa tak caj.
kami sampai awal dari yang dijangkakan. julung2 kali air asia tak delay. satu pencapaian yang membanggakan dan sangat2 dihargai oleh orang yang lapaq sebab tak makan pagi macam kami ni. kalau dah naik air asia, dapat pulak tiket free, apa kejadah nak pi jahanam duit beli megi sampai nam hengget? kami tahan saja perut 2 jam lebih. sampai sabah, baru nak breakfast. dan nasib baik sampai awal. terus celapak pekena makanan melayu yang disajikan kat terminal 2 airport, ayam kfc. snack plate baru 8 hengget.
naik cab terus ke hotel. bini aku yang arrange hotel mana. sebab kalau ikut aku, tidoq mesjid saja. nasib baik dia pun jenih tak kisah sangat. so dia book hotel bertaraf ayam, new sabah hotel, kat tengah2 pekan kota kinabalu. walaupun ianya tak sehebat hilton ataupun ms garden, tapi dah cecah tahap lima bintang kalau di letak dekat lorong haji taib. tapi berbeza dengan cerita2 hotel lorong haji taib, layanan hotel new sabah sangat2 superb. mereka tak layan kami macam orang tadak duit, tapi penuh ramah dan senyum. cakap tak penah tak senyum. mintak apa saja, ayat yang pertama sekali keluaq kat mulut mereka ialah “baik encik, saya cuba” – kalau benda tu nampak macam susah nak buat. tak macam hotel kita kat kl, silap2 kalau kita nak bayar untuk cek out pun dia jawab “tak boleh”!
lepas cek in, kitorang keluar ke wisma merdeka. kat sana banyak agensi pelancongan. bini aku memang penah datang sabah becuti masa dia bujang2 dulu. jadi dia dah tau sangat nak buat apa. aku folo saja. as long as aku tak payah buat keputusan mana nak pi, aku tadak masalah. sebab kalau tanya aku, aku akan jawab aku nak pi cyber, nak cek email dan website. kami ke agensi “Beach Bum”. aku tak ingat sangat agensi apa nama, tapi yang aku ingat lagi “Beach Bum”. aktiviti esok nak pi snorkeling. tengok ikan. kami memang suka snorkeling dan tengok ikan. sebab tu akuarium kat rumah kami kecik2 saja. sebab takut kami terselam melayan ketagih snorkeling tengok ikan. ada banyak opsyen dalam brochure diorang. bini aku suggest ke pulau sapi. dia kata dulu dia ke pulau sapi dan memang best. aku tanya staff kat situ, ok ka? dia jawab sekarang memang ada lagi pegi pulau sapi, tapi buffet tengahari kat pulau mamutik. aku nganga. ada buffet? inclusive? pulau sapi, pulau mamutik, dua pulau, ada buffet? sorang RM120.00, bot, life jacket, google, mat, kaki itik, makan tengahari, dua pulau. wow! aku tanya dia, mana yang banyak ikan? dia kata sapi ikan jinak2 sikit. baru turun dalam air ikan dah banyak. mamutik nak kena ke tengah sikit. aku jawab belasah saja, janji ada ikan.
agensi yang sama jugak kami tanya pakej untuk hari ketiga. banyak jugak pekej yang ada. tapi yang paling dapat perhatian sekali, kinabalu park. bini aku pun suggest pegi kinabalu park. aku tanya dia ada apa? dia kata ada bunga reflesia. pompuan. mana2 dia pi pun mesti nak tengok bunga. dia dah penah pi. so aku kata aku tak minat tengok bunga. lagipun bunga reflesia tu aku dah tengok banyak kali dah. yang kembang.. yang kuncup. dari jauh, dari dekat. selalu sangat dah. dalam discovery channel. RM49.95 sebulan. aku tamau bayaq lagi duit untuk tengok benda yang sama. aku tanya benda lain tadak ka? culture pelik2 ka. bini aku suggest pi “monsopiad”. dia tunjuk kat aku brochure pekej tu. perkampungan kadazan yang satu masa dulu menjadikan kepala orang sebagai perhiasan rumah. hmmm.. yang ni aku tak penah tengok lagi kat astro. orait. dalam pekej tu jugak ada lawatan ke perkampungan mengkabong. daerah nelayan miskin yang masih hidup dalam “setinggan laut”. dan jugak lawatan ke pusat kraftangan buat pasu. orait. semua pekej untuk hari ketiga ni baru RM180.00 termasuk makan tengahari dan pengangkutan pegi dan balik hotel.
malam, kami lepak2 dan jalan2 kat filipino market. sebelah dengan pasar besar kk. ni kira pasar malam la. banyak gila gerai2 makan ada kat sini, tapi peliknya semua jual benda yang sama. bakso, mihun sup, nasi goreng, mi goreng. tu saja. macam r&r la pulak. semua jual benda yang sama. harganya pun semacam di kawal. nasik goreng RM3.00 sepinggan melimpah ruah. tapi yang paling menarik lagi kat filipino market ni ialah variety of seafoods yang ada. yang ni kena cari sikit, dia tersorok ke belakang. aku pun jumpak malam last. dua malam petama kami hidup makan bakso dengan nasi goreng saja sebab tak perasan kawasan yang satu lagi ni. gerai2 makan yang hidangkan pelbagai aneka makanan laut bakar. murah la jugak. aku dengan bini aku makan ketam, udang, sotong, ikan, sampai sengkak, baru RM27.00.
nitelive kat kk macam kat ipoh. mati. depa ni awal sejam dari semenanjung. so, pukul 9.00malam dah 10.00malam. pukul 9.30 semua supemaket dah tutup. kami cuma bejalan di sepanjang pesisir pantai kk menghabiskan masa beborak sambil sekali skala melenggak meneka kapal terbang apa yang baru takeoff dari airport kk. airport dengan kk sangat dekat.
dua hari kami penuh dengan aktiviti yang telah dirancang – dan dibayar. puas hati. layanan yang diterima sangat2 memuaskan dari semua pihak. walaupun kami bergerak dan bercuti dengan limitasi kewangan, tapi layanan yang diberi dah macam kami ni macam pelancung dari eropah. makanan kat sini jugak boleh tahan murah. sedap tu mungkin subjektif kot, sebab aku memang jenih yang tak boleh nak enjoy masakan selain daripada yang dimasak dengan belacan tanjung dawai. tapi kalau nak dibandingkan dengan sushi, ianya jauh lebih hebat lagi.
pulau sapi dan mamutik pun sangat2 dijaga rapi. walaupun menerima pelancung yang sangat ramai pada satu2 masa, kebersihan dan penjagaan ekosistem pulau ini lansung tak diabaikan. masa kami sampai di pulau sapi, ada pekerja2 yang bertugas untuk memungut ranting2 hanyut di tepi pantai. airnya juga sangat jernih. ikan2nya juga ramah tamah.
cuma yang menyedihkan bila kami melawat perkampungan mengkabong. kedaifan keluarga2 nelayan di sana sangat jelas kelihatan. mereka membina setinggan di atas air. dan setiap kali air pasang, pasti ada yang mengadu sakit belakang sebab terpaksa memunggah barang2 untuk diletakkan di atas almari dan tempat2 tinggi dalam rumah mereka yang tak seberapa. mengikut penerangan tourist guide kami, ada yang telah berpindah, tapi masih ramai lagi yang enggan. katanya kerajaan telah menyediakan rumah untuk mereka, tetapi mereka masih lagi berkeras untuk tinggal di sini. tourist guide kami lulusan kementerian pelancongan, salah sebuah kementerian di bawah seliaan kerajaan pemerintah barisan nasional. full stop.
hari terakhir kami menghabiskan masa di pasar kraftangan kk untuk membeli cenderamata. sabah terkenal dengan mutiara2 pelbagai bentuk dengan harga yang murah. jadi, kami mengambil peluang ini untuk membeli sebanyak mungkin beg mengkuang dan kain batik untuk diberikan kepada sahabat handai dan sedara mara di semenanjung nanti.
hahahaha. acah aje. dah semestinya lah kami beli produk2 berasaskan mutiara. yang mana tak dinafikan memang murah sungguh. kata bini aku la. aku memang tak tahu. kalau dia jual mutiara tu harga RM4000 sebijik pun aku pecaya kata murah. aku beli untuk mak dan ayah aku, butang baju melayu dan kroset bertatahkan mutiara.
kami betolak balik ke kl pada malam hari keempat. sebelum tu dalam teksi menuju ke terminal 2 kk, aku ada berborak kejap dengan abang teksi. aku puji kat dia kata sabah dah maju membangun. projek dah ada rata jalan. nak naik macam2. supermarket pun dah banyak. dia angguk. senyap. semua senyap. tiba2 dia bunyi. meluahkan sesuatu.
“kami besar di sini. kami takut tengok pembangunan yang laju sebegini”, katanya.
“dulu, semua ini hutan. encik tengok di kiri kanan encik tiga tahun lalu hutan belantara dan sungai”, dia mengeluh.
“sekarang, bangunan. tinggi. kedai. rumah2. tak ada pokok. dah tak macam dulu”. dia senyap.
aku pun senyap. bini aku pun senyap.
dalam kapal terbang aku teringat balik bunyik senyap dalam teksi tadi. mengintai dari celah tingkap kapal terbang yang melintasi bandar kk, lampu2 di bawah masih lagi bertumpuk2. menandakan banyak lagi kawasan hutan, flora dan fauna yang masih terjaga di bumi sabah. aku tertidur keletihan. sangat letih dengan percutian kami di sabah.
dan bila kami hendak mendarat di lcct, pemandangan lampu yang bertumpuk2 tadi dah bertukar menjadi padang cahaya seluas alam. bekas ladang kelapa sawit dan hutan2 dulunya kini telah diteroka untuk memberi laluan kepada kemajuan di sepang.
dan aku pasti, ini juga akan berlaku di kk dan seluruh sabah dalam sedikit masa lagi. mungkin yang tinggal pada masa itu hanyalah bahan rujukan yang boleh ditatap di muzium negeri.
ianya pasti akan berlaku. dan terus berlaku tanpa sebarang halangan. dan kita akan terus melihat kerakusan ini dengan senyap….
matkeri
Sumber: http://www.jahilgoblog.net

Friday, June 24, 2011

Bermain dengan ikan di Kg Luanti Baru

Bermain dengan ikan di Kg Luanti Baru







Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat.Ia boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km dari Pekan Ranau.
Kampung Luanti Ranau yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana kewujudan pelbagai jenis ikan yang ramah itu, terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Bahkan Kampung Luanti Baru pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Anugerah River Cruise Award, Global Environment Centre, Anugerah Sistem Tagal dan sebagainya.
Cikgu Ramlee Jalimin Jainin yang menyertai rombongan 44 pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengadakan program lawatan Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari ke Pusat Pemeliharaan Sistem Tagal Sungai Morali di Kampung Luanti Baru, baru-baru ini mempunyai cerita menarik.
Katanya, program ini merupakan lawatan kerja lapangan kuliah yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hj Mohammad Zaki Ishak selaku penasihat program bertujuan untuk mendekatkan lagi guru-guru besar ke arah pelestarian eko-sistem sungai yang terdapat di Sabah.

Guru-guru besar tersebut diberi penerangan dan taklimat bagaimana kaedah-kaedah pemeliharaan sungai dan eko-sistem dapat dijaga dan dipelihara agar persekitarannya dapat dipulihara dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Pengerusi Tagal Daerah, Jeffrin Majangki, merangkap Pemimpin Kemajuan Rakyat Paginatan memberitahu, pengalaman dan ilham semasa melawat Thailand sekitar tahun 2002 telah mendorong beliau untuk mengadaptasikan cara pelestarian pembangunan eko-sistem di Sabah, lebih-lebih lagi daerah Ranau yang memang kaya dengan aliran sungai yang semakin tercemar.

"Sebanyak 74 buah sungai di daerah Ranau yang telahpun ditagalkan dan menjelang tahun 2010 lebih kurang 400 buah sungai yang akan ditagalkan berbanding sekarang ini terdapat 253 buah setakat ini telah ditagalkan," katanya.

Jeffrin sering menerima undangan memberi ceramah tentang bagaimana penjagaan Sungai yang lebih bersistematik dan mesra alam, di daerah-daerah di Negeri Sabah, seperti Keningau, Sandakan, Tawau, malah

Beliau juga pernah diundang ke Negeri Pahang dan Perak untuk menjelaskan istilah perkataan `Tagal’.

Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh didapati di sungai ini , ialah ikan lontong,Ikan Basalayan, Ikan Betuan, Ikan Barob, Ikan Serawi,Ikan Buntol,Ikan Garap, Ikan Tangob-Angob dan banyak lagi.

Sementara itu, Penghulu Kohort 4, Salleh Mamun yang juga pengerusi program berkata " Program PKPGB ini bertujuan memberi pengetahuan kepada guru-guru besar mengenai bagaimana pembangunan pelestarian ini dapat dimanfaatkan kepada orang ramai khususnya golongan belia di peringkat sekolah, agar mereka dapat memurni dan menghargai alam sekitar yang bersih dan damai"
"Saya tidak menyangka begitu jauh pencapaian yang dibuat oleh Kampung Luanti Baru dalam ertikata membangunkan dan melestarikan alam sekitar yang semakin parah dan tercemar.", kata Prof Madya Dr Hj Mohamad Zaki Ishak.

Menurut Penolong Pegawai Perikanan Bahagian Semaian Daerah Ranau Zulkifli Abd. Manap, sistem penagalan Jabatan Perikanan amat penting dalam mengekalkan suasana sungai dan pelbagai jenis ikan di dalam sungai tersebut yang semakin pupus.
Beliau juga meminta orang ramai agar tidak mencemarkan sungai dengan membuang sampah-sarah, apatah lagi membuang pelbagai jenis toksid yang merbahaya terhadap sungai dan juga ikan-ikan.
"Kompaun akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang mencemarkan sungai-sungai di daerah Ranau khususnya dan di Sabah amnya dengan bahan-bahan racun yang terlarang," katanya.


TANAM POKOK PANGI...Prof Madya Dr. Mohd.Zaki Ishak menanam pokok Pangi (Kepayang) sempena program lawatan itu.

BUKAN DICABUT...Guru-guru mengambil kesempatan bergambar bersama pokok pangi yang ditanam ketika lawatan itu

IKAN YANG RAMAH...Cikgu Jama Anak Rigog (kanan) dan Cikgu Chin Kui Nam sedang diurut oleh pelbagai jenis ikan yang ramah sambil disaksikan oleh Pengerusi Tagal, Jeffrin Majangki
Posted by abd naddin at 5:00 AM

Tuesday, June 21, 2011

BEZA DAN BANDINGKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL( TANPA PENGGUNAAN ICT ) DENGAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER

1.O PENGENALAN
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru dan pembelajaran murid’ menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan. Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru. Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikan semasa melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam akademik dan pembangunan insan.

2. KE ARAH PROSES PENGAJARAN BERKESAN
Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang disampaikan. Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.


Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar. Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa faktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian dan fokus serta ketidakselesaan mereka semasa mengikuti proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan motivasi agar para pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya. Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka. Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

3. PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M. Tam, 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Proses pengajarandengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan dikalangan mereka. Kecenderungan penggunaan teknologi penkomputeran dalam pendidikan telah mewujudakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Ia juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI). Sistem ini telah mewujudkan inovasi dalam proses P&P dikalangan guru dan pelajar. Pengajaran berasaskan sistem ini adalah dalam bentuk tutorial elektronik, latih tubi, simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Pembentukan sistem pembelajaran seperti ini melibatkan perkakasan-perkakasan teknologi komputer seperti bahan kursus dan perisian. Bahan kursus adalah hasil dariapada perancangan isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran yang telah dipindahkan (diprogramkan) dalam bentuk yang dapat difahami komputer. Manakala perisian pula adalah sesuatu aturcara yang mengandungi arahan-arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan pada komputer berdasarkan permintaan pengguna. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran sejarah. Hal ini menunjukkan peggunaan komputer bukan sahaja berdasarkan kelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan aplikasi teknologi komputer dapat menggabungkan elemen-elemen teks, grafik/visual, audio, video dan animasi untuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup. Di samping itu, terdapat juga sistem yang melibatkan penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran. Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) atau Computer Managed Instruction (CMI) berperanan dalam menguruskan hal-hal pengajaran. Ini merujuk kepada penggunaan komputer yang membantu guru memainkan peranan sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, komputer bertindak dalam mengawal (monitors) pembelajaran dan kemajuan pelajar dengan mentadbirkan pelajaran serta ujian berasaskan komputer, menyimpan rekod pencapaian dan menjanakan laporan prestasi mereka untuk rujukan guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu, sistem ini telah memberi kemudahan dalam mengorganisasi pengurusan pelajar seterusnya menjadikan proses P&P lebih sistematik dan efisien. Kepesatan dan perkembangan teknologi komputer menerusi jaringan tanpa sempadan (internet) juga memberi manfaat bagi menambahkan lagi sumber-sumber maklumat pengetahuan. Menerusi teknologi jalur lebar ini pelbagai disiplin ilmu telah dimuatkan untuk memudahkan pengaksesaan di merata tempat. Secara langsung, para guru yang dapat mengaplikasikan kemudahan ini akan dapat memperkenalkan pelajar-pelajarnya menerokai maklumat-maklumat terkini yand dapat diterapkan dalam isi pelajaran yang ingin disampaikan. Kemajuan teknologi komputer pada era kini sebagai wahana proses P&P dapat mempertingkatkan dan memperkembang proses pengajaran yang berkesan ke arah membentuk generasi celik minda dan penguasaan terhadap kandungan pelajaran.

3.1MASALAH-MASALAH BERKAITAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
PENGAJARAN
Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran sememangnya
mendatangkan banyak manfaat bagi proses pembelajaran pelajar. Namun disebalik itu, tidak dinafikan wujudnya masalah-masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan akan adanya kemudahan ini. Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolah yang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut:

3.1.1 Bilangan komputer
Bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar.

3.1.2 Kos pembelian dan pengurusan komputer
Berkaitan hal ini, kos yang tinggi untuk mendapatkan komputer dan kerja-kerja pengurusan yang melibatkan kemahiran tertentu menjadi faktor penghalang bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer sepenuhnya dalam proses pengajaran. Oleh itu, adalah lebih baik kos yang sedia ada dipergunakan untuk tujuan lain yang dapat menambah baik kemudahan sekolah bagi memberi keselesaan bagi para guru dan pelajar.

3.1.3 Keberkesanan penggunaan komputer
Keberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sememangnya menjadi kemudahan bagi para guru dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan penguasaan guru terhadap segala aplikasi komputer untuk dimuatkan dalam menghasilkan sesuatu proses pengajaran. Sekiranya, bahan yang dihasilkan menerusi komputer tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaran maka segala usaha guru dianggap tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziran masa.

3.1.4 Kemahiran guru dalam mengendalikan komputer
Penggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru, bagi mengaplikasikan teknologi ini dalam proses pengajaran menuntut kepada kemahiran daripada guru itu sendiri. Tegasnya, hanya terdapat sebilangan kecil sahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi komputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh para guru gagal memberi manfaat penuh kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan komputer. Tegasnya, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran bukanalah suatu yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat berpotensi dalam mempertingkatkan lagi proses P&P. sehubungan itu, kebergantungan sepenuhnya dengan teknologi ini perlu dinilai dengan sewajarnya agar semua kelompok dalam sistem pendidikan mendapat manfaat yang sama sekaligus mengurangkan jurang pengetahuan di antara para pelajar bandar dan luar bandar.

4. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL
Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru sebagai individu persuatif kepada pelajar memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utama berhubung isu ini. Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. From (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu melihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik pelajar. Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum. Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka. Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan kreativiti dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya. Selain itu, Komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya. Kereativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan halhal ini. Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal. Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam matapelajaran sains yang membincangkan berkenaan biologi, guru dapat mengaitkan konsep biologi tersebut dengan teknologi pengklonan yang telah dijalankan oleh beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat. Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan. Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&P bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampain isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.

5. KESIMPULAN
Pendidikan dewasa ini telah banyak berubah jika dibandingkan sepuluh tahun dahulu yang mana perubahan ini telah meletuskan perubahan yang sangat ketara terutama dalam sistem pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan global. Letusan ini adalah disebabkan oleh perubahan dalam bentuk teknologi yang semakin maju dan digunakan oleh semua negara di dunia untuk menjadi bahan yang penting dalam memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) di bilik darjah bukan sahaja dinegara maju bahkan negara-negara sedang membangun seperti Malaysia mengunakannya dalam sistem P&P demi menjamin sistem pendidikan di negara ini setanding dengan apa yang ada di negara maju dengan penggunaan ‘ Teknologi Maklumat Multimedia’ (ICT ). ICT adalah merupakan terminologi yang memperihalkan perkakasan dan perisian. Perkakasan seperti komputer, pengimbas dan kamera. Manakala perisian terdiri daripada program pemerosesan pengkalan data program multimedia.

Sejajar dengan ledakan ICT kerajaan telah membekalkan dan memperlengkapkan semua sekolah di negara ini dengan sistem ICT Sasaran kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar, luarbandar dan pedalaman dengan memastikan semua sekolah mampunyai perkakasan dan perisian ICT yang digunakan dalam P&P seharian, walau bangaimanapun jurang tersebut masih lagi ketara kerana faktor geografi menyebabkan penggunaan ICT lebih menyerlah di sekolah bandar dan pinggir bandar kerana faktor sumber tenaga letrik. Walaupun setiap sekolah luar bandar dan pedalaman dibekalkan dengan ‘genset’ ( Genarator letrik ) kekangan dari pengurusan bahan api yang tidak di atur dan selaraskan dengan baik menyebabkan sekolah-sekolah ini tetap tidak dapat mengunakan ICT dengan optimum pemantauan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mendapati ada sekolah di pedalaman tidak pernah menggunakan ICT malah ianya masih dalam kotak yang belum dibuka lagi. Faktor ini menyebabkan pelajar di kawasan ini masih berada di tahap lama dengan sistem pengajaran dan pembelajaran,kaedah serta pengurusan sekolah ditapuk lama.

ICT mampu menghasilkan sumber dan pengurusan yang produktif dengan bantuan dari prasarana logistik yang efisyen seperti bekalan tenaga yang mencukupi serta kemahiran yang perlu dimiliki oleh tenaga pengajar. Keputusan peperiksaan awam saban tahun menunjukkan sekolah bandar mendahului sekolah dari ketogeri lain dengan jumlah pelajar yang mendapat keputusan 5A bagi UPSR berbanding sekolah luar bandar atau pedalaman yang mensasarkan pelajar lulus sekurang-kurangnya mendapat 5C iaitu tahap lulus minima dalam UPSR. Sokongan prasarana yang lengkap kepada sekolah bandar menyebabkan ICT dapat digunakan dengan meluas dalam P&P disetiap kelas dan pada semua mata pelajaran menjadikan hasil pembelajaran mencapai tahap yang paling optimum. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian peperiksaan UPSR sekolah bandar seperti daerah Kota Kinabalu lebih baik berbanding daerah Semporna atau daerah-daerah luar bandar yang lain.

Pengurusan sekolah menjadi efisyen dengan penggunaan ICT dalam pentadbiran seperti pengurusan jadual waktu, kad perakam waktu, Kumpulam Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ), kewangan, Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) membuktikan ICT bukan sahaja pelengkap kepada sistem sedia ada disekolah malah ianya menjadikan pengurusan pentadbiran sesebuah sekolah menjadi cemerlang dan ini menjadikan ianya Sekolah Berkesan, Sekolah Harapan Negera, Sekolah Cemerlang, Sekolah Premier, Sekolah Impian atau apapun jenama yang diberikan ianya tetap sebuah sekolah Terbaik dari sekolah yang baik dalam negara ini. Semua sekolah-sekolah terbaik dinegara ini di samping mempunyai pengurus dan tenaga pengajar yang berkaliber, pembudayaan ICT dalam semua urusan yang menjamin pengurusan serta pentadbiran sesebuah sekolah menjamin ke arah sekolah terbilang yang akan menjadikannya sekolah rebutan kepada ibu bapa yang berwawasan terhadap pendidikan anak adalah keutamaannya.

Sebagai kesimpulannya dapatlah digarapkan ICT sebenarnya menyumbang kepada produktiviti sesebuah sekolah untuk mengeluarkan output yang optimum sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek dan ini akan menyumbang kepada menjadikan sumber tenaga negara pada masa depan dapat memajukan Malaysia sesuai dengan wawasannya. ICT sahaja tidak menjamin ke arah sekolah produktif tanpa pengurusan yang cemerlang, tenaga pengajar yang berpengetahuan dan prasarana yang menyokong kearah keberkesanan Teknologi Maklumat.

Keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usahausaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahanteknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran.


















RUJUKAN

Atan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: penerbit fajar bakti

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusan
publications & distributors sdn. Bhd

Isahak Haron & Koh Boh Boon (1992), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi,Kuala Lumpur:utusan publications & distributors sdn.bhd

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemanneducational books (Asia) Ltd

Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

V. Pang, Y.K. Yap & Y.M Tam (1992), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan, Selangor:longman malaysia sdn. Bhd

G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail (1991), PembelajaranBerbantukan Komputer, Selangor: penerbit fajar bakti sdn. Bhd
Yusri mat johor (2004), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Tiga,
Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zawawi hj. Ahmad (1992), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi kedua, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Robiah Sidin & Hassan Langgulung (1980), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang Kreatif,Kertas Kerja Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab. Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Implementasi dan kepimpinan kepimpinan sekolah: Kajian kes di sekolah-sekolah bestari dan smjkc.
Zambri Abu Bakar,Rusmini Ku Ahmad,IAB Kampus Utara.

STRATEGI KOMUNIKASI PENDIDIKAN

Pendahuluan

Komunikasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam pemasaran pendidikan. Ia boleh didefinisikan sebagai promosi yang digunakan oleh pihak sekolah dalam usaha mempromosikan produk dan perkhidmatan sekolah menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai. Komunikasi mengandungi lapan elemen utama seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Dua elemen tersebut merupakan dua pihak yang penting dalam proses komunikasi adalah penghantar maklumat dan penerima maklumat. Sementara dua alat komunikasi yang utama adalah maklumat dan media. Sementara empat elemen yang lain merupakan fungsi komunikasi, iaitu pembentukan kod, mentafsir kod, gerakbalas pengguna dan maklum balas. Elemen yang terakhir ialah gangguan-gangguan yang berlaku dalam proses komunikasi.

Elemen-elemen komunikasi didefinisikan seperti berikut:

1. Penghantar maklumat. Ia adalah satu parti yang membawa maklumat kepada parti lain.
2. Membentuk maklumat. Ia merupakan satu proses penyampaian melalui simbol tertentu.
3. Maklumat. Satu set simbol-simbol yang dihantar oleh pembawa berita.
4. Media. Satu saluran komunikasi yang memindah maklumat kepada pengguna.
5. Memahami maklumat. Proses penerima mentafsirkan simbol yang diterima.
6. Tindakbalas pengguna. Tindakbalas pengguna terhadap maklumat yang diterima.
7. Maklum balas kepada pengeluar. Pengguna menghubungi pengeluar.
8. Gangguan (bising). Statik atau gangguan yang tidak dirancang.












Rajah 1
Elemen dalam proses komunikasi

Model di atas menunjukkan faktor-faktor penting dalam proses komunikasi yang baik. Penghantar mesti mengetahui siapakah sasaran audien dan apakah maklumbalas yang diharapkan daripada mereka. Penghantar mesej juga mesti berupaya untuk membentuk kod yang baik, dengan mengambil kira kebolehan audien mentafsir mesej yang diterima. Di samping itu, penghantar mesti menghantar mesej melalui media yang dapat smpai ke audien sasaran dengan berkesan. Mereka juga perlu merangka satu saluran maklum balas supaya dapat mengetahui tindak balas sasaran audien ke atas mesej yang dihantar. (Nik Rahimah, Ghazali dan Zaharah, 2000)

STRATEGI KOMUNIKASI

Antara langkah-langklah yang perlu diambil oleh penyampai-penyampai maklumat ialah mengenalpasti sasaran pengguna, menentukan kehendak klien, memilih maklumat atau pesanan, mengambil sumber-sumber maklumat dan mengumpul maklum balas. (Perter, 1980)

1. Mengenalpasti sasaran pengguna

Secara tradisi, pengguna-pengguna terdiri daripada para pelajar atau murid-murid. Amat penting dipertimbangkan kuasa ibu bapa kanak-kanak dan pelajar-pelajar lain yang berminat. Tanpa pelajar-pelajar, tiada sekolah. Sekolah-sekolah perlu mengambil kira tahap pilihan yang ada pada mereka sekarang dan akan datang mengenai lokasi pembelajaran dan jenis produk yang ditawarkan. Di samping mereka menggunakan kuasa, khususnya melalui perundangan pendaftaran terbuka, setiap orang mempunyai impak yang terhad dan hanya berada di sekolah dalam tempoh masa yang singkat. Secara alternatif, kuasa pengguna-pengguna boleh dilihat berkaitan dengan mereka yang akhirnya mendapat faedah atau menerima output pendidikan. Ini merupakan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan jangka panjang dan kuasa kolektif yang kuat.

Pengguna-pengguna cenderung menggunakan desakan yang kuat bila:

• Ada beberapa pemberi-pemberi di kawasan itu dam mereka boleh memperolehi produk dan perkhidmatan di tempat lain.
• Ada kos rendah beralih kepada pemberi yang lain
• Mereka mempunyai kuasa undang-undang dan boleh mendesak untuk mendapatkan perubahan kepada produk dan perkhidmatan yang diberikan atau mereka boleh beralih.
• Mereka bergantung kuat kepada produk terbaik supaya menjalankan peranan semasa dan akan datang.
• Mereka boleh mengurus tanpa produk itu
• Mereka boleh memilih kesepaduan kebelakang dan menghasilkan produk itu sendiri.

2. Menentukan kehendak klien

Semua kumpulan klien mempunyai kehendak yang dipenuhi daripada sekolah-sekolah sendiri setakat yang termampu. Terdapat ketidaksamaan di antara klien dan kehendak-kehendak mereka, oleh itu tidak mungkin untuk memadankan semuanya dengan produk dan perkhidmatan sekolah. Namun begitu, adalah sangat mustahak untuk mengetahui sepenuhnya tentang jangkaan klien terhadap pendidikan secara umum dan sekolah secara khusus. Oleh itu, sekolah mesti:

• Mengenalpasti kehendak-kehendak semasa klien mengenai sifat dan kualiti produk dan perkhidmatan
• Mengenalpasti kehendak-kehendak akan datang klien yang ada dan bakal-bakal klien.
Selepas itu, sekolah boleh menggunakan maklumat ini bila menyediakan dan mempromosikan produk dan perkhidmatannya, dengan mengambil ingatan bahawa kehendak-kehendak ibu bapa atau para pelajar mencerminkan apa yang mereka tanggap yang mereka mahu dan tidak sentiasa mencerminkan keperluan sebenar klien-klien ini, terutamanya keperluan- keperluan para pelajar.

3. Memilih maklumat atau pesanan

Setelah mengetahui tahap maklum balas klien, langkah seterusnya adalah membentuk mesej yang efektif. Maklumat yang dipilih hendaklah bertepatan denhan keperluan klien. Memang tidak sentiasa mudah untuk menentukan keperluan yang sebenar kerana semua kumpulan klien menyatakan kehendak-kehendak mereka dengan bersungguh-sungguh.

Oleh sebab para pelajar merupakan pengguna primer bagi produk dan perkhidmatan sekolah, keperluan mereka harus mendapat perhatian utama. Maklumat yang dipilih adalah untuk:
• Mengenalpasti keperluan semasa pelajar itu, termasuklah keperluan mereka yang dedifiniskan oleh perundangan kurikulum kebangsaan dan lembaga-lembaga peperiksaan.
• Mengenalpasti keperluan-keperluan mendatang pelajar-pelajar semasa
• Mengenalpasti keperluan mereka yang mungkin mendaftar, terutamanya jika diramalkan berlaku perubahan dalam julat klien.

Fokus utama penyiasatan di sini ialah keperluan penyelidikan para pelajar seperti yang didefinisikan oleh profesional. Pelbagai faktor hendaklah dikaji misalnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan faktor-faktor antara perorangan seperti sosialisasi. Meskipun keupayaan pelajar ialah faktor penting yang mempangaruhi keperluan, potensi pelajar harus diambil kira supaya kemajuan semasa tidak dilihat sebagai faktor penghalang. (Bowman dan Asch, 1987)

Masyarakat kebangsaan dan antarabangsa yang luas lebih mudah dilihat sebagai klien sistem pendidikan secara keseluruhan dan bukan untuk sesebuah sekolah. Masyarakat menentukan set keperluan yang berkaitan dengan output sekolah dan impaknya ke atas masyarakat itu dan ini diambil ingatan oleh sekolah-sekolah bila memajukan dan berkomunikasi tentang produk dan perkhidmatannya.

4. Mangambil sumber maklumat

Sumber maklumat terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder. Maklumat primer ialah maklumat yang diperolehi secara spesifik untuk tugas yang hendak dilaksanakan. Maklumat sekunder pula ialah maklumat yang sudah pun diperolehi di tempat lain selepas ia dikumpul terlebih dahulu untuk tujuan lain. Tidak kira bagaimana maklumat itu diperolehi, ia mesti dinilai untuk menentukan ianya relevan, tepat, kemaskini dan tidak berat sebelah. (Shukor, 1999)

• Maklumat Primer

Ini merupakan maklumat yang dikumpulkan khas untuk masalah yang disiasat. Satu contoh tipikan adalah satu soal selidik untuk mendapatkan pendapat ibu bapa tentang satu isu. Maklumat jenis ini mungkin lebih mahal dan mengambil banyak masa untuk diperolehi jika dibandingkan dengan maklumat sekunder kerana penyelidik-penyelidik perlu membentuk data dan menyusun serta menterjemahkannya. Sebelum mengumpulkan data primer, adalah mustahak ditetapkan dahulu pilihan pendekatan-pendekatan penyelidikan dan ditetapkan yang mana boleh digunakan untuk memperolehi data.






• Maklumat Sekunder

Maklumat jenis ini sudah pun wujud, sama ada di dalam sekolah atau di persekitaran luaran. Ia boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah berbanding maklumat primer. Maklumat hanya perlu dicari dan dipilih melalui bahan yang wujud dan tidak perlu mengumpul data yang baru.

Antara sumber sekunder adalah maklumat dalaman iaitu dalam bentuk dokumentasi sekolah yang sedia ada yang boleh digunakan sekiranya dipilih lagi. Rekod-rekod kehadiran pelajar, profil-profil penilaian dan rekod-rekod staf adalah contoh-contoh data yang dikumpul untuk tujuan tertentu tetapi apabila dipilih-pilih dan digabungkan dengan data lain mungkin memberikan maklumat bernilai untuk membantu dalam membuat keputusan dalam bidang pengurusan yang lain.

Selain itu, maklumat kerajaan pusat dan tempatan juga termasuk dalam sumber sekunder. Ini termasuklah bahan-bahan kurikulum kebangsaan, peraturan-peraturan dan panduan-panduan penilaian dan ujian, akta pendidikan dan pekeliling-pekeliling, kertas-kertas cadangan, serta perangkaan kawasan seperti kadar kelahiran atau pengangguran. Dokumentasi seperti ini dijadikan asas untuk kebanyakan penyelidikan tentang keperluan masa kini dan masa depan bagi para pelajar, terutamanya dalam cara penentuan kurikulum secara berpusat. Ia juga membekalkan banyak maklumat mengenai persekitaran tempatandan kebangsaan.

Buku-buku, jurnal-jurnal dan media memberi maklumat tentang persekitaran semasa bagi sekolah beroperasi tetapi kesemuanya itu juga bernilai untuk membekalkan idea-idea dan maklumat halatuju strategik, terumatanya berkaitan dengan teknologi baru.

Sumber-sumber lain termasuk kumpulan pendesak, kenyataan akhbar dan penerbitan, pameran-pameran termasuk acara-acara terbuka sekolah-sekolah lain, dokumentasi-dokumentasi sekolah lain, bank data pendidikan, persatuan-persatuan profesional dan lain-lain.
Walaupun sumber-sumber ini didapati berguna, ada juga bahayanya sekiranya maklumat berlebihan dan tidak berfokus didapati terkumpul daripasa kawasan-kawasan luas ini. Oleh itu, maklumat hendaklah digunakan secara selektif. Kadangkala data sekunder tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan. Sekiranya maklumat lebih khusus diperlukan, sekolah harus melaksanakan pengumpulan data asalnya sendiri daripada sumber-sumber primer.

5. Mengumpul maklumbalas

Jika sebuah sekolah menggunakan masa dan usaha untuk pemasaran, maka ia mesti memastikan usaha pemasaran itu berfokus dan membuahkan hasil. Kalau sekolah menilai produk pendidikannya untuk memastikan matlamat-matlamat dan objektif-objektif pendidikan yang ditetapkannya sendiri telah ditemui, ia mesti juga menaksir sejauh mana matlamat-matlamat dan objektif-objektif strategi pemasarannya telah tercapai.

Proses pamantauan harus mempunyai sasaran supaya maklumat spesifik dapat diperolehi tentang bagaimana kekesanan strategi atau aktiviti pemasaran tertentu. Jika percubaan yang lebih umumdibuat untuk menilai keseluruhan proses pemasaran, maka adalah mustahil untuk menganggap kejayaannya daripada elemen-elemen berlainan dan sukar untuk mengetahui pendekatan-pendekatanmana yang harus diutamakan untuk mendapat kesan maksimum pada tahun berikutnya.

Apabila strategi pemasaran telah disiapkan, dua jenis pemantauan berlaku iaitu pemantauan proses perlaksanaan dan pemantauan impak strategi. Proses pemantauan pertama meneliti elemen ‘tindakan’ contohnya adakah orang yang dilantik itu menghasilkan bahan yang diperlukan atau mengadakan hubungan tertentu atau sudahkah draf bahan sampai semula daripada pencetak-pencetak.

Bagi menilai kesan strategi pemasaran, tiap-tiap aktiviti pemasaran akan dianalisis satu persatu. (Shukor, 1999)
I. Perbaikan kehadiran hari terbuka melalui penggunaan publisiti lebih baik untuk menarik lebih ramai ibu bapa dan pelajar hadir pada acara tersebut. Cara paling sesuai untuk menilai kejayaan aktiviti ini ialah dengan menghitung bilangan orang yang hadir. Perkara ini jelas tetapi banyak sekolah membuat generalisasi spesifik untuk mengira jumlah orang yang masuk melalui pintu. Tidak kurang pentingnya ialah menentukan dari mana orang-orang itu datang. Dalam jangka panjang, penilaian yang paling penting tentunya ialah sama ada banyak pelajar memasuki sekolah itu sebagai hasil jenis aktiviti ini.

II. Penerbitan prospektus baru berkualiti tinggi bagi tujuan promosi. Boleh dikatakan agak senang memungut data bilangan permintaan, mendapatkan butiran lanjut mengenai sekolah atau untuk lawatan ke sekolah. Namun begitu, sukar ditunjukkan satu korelasi langsung antara prospektus baru dengan sebarang peningkatan angka tersebut.

III. Pembentukan iklan dan spesifikasi tugas yang lebih berkualiti untuk staf baru begi menarik rekrut/kakitangan yang sesuai. Keberkesanannya boleh ditaksir secara membandingkan prestasi terdahulu dengan kedudukan sekarang dalam beberapa bidang. Bidang permintaan maklumat dan boring-borang permohonan yang diterima, kualiti pemohon-pemohon dan seterusnya mereka yang ditemuduga, dan yang terpenting sekali bilangan jawatan yang kemudiannya diisi dengan staf yang sesuai. Jenis maklumat ini memberikan bukti yang sangat berguna tentang kejayaan usaha pemasaran dalam bidang ini.

IV. Perbaikan komunikasi ramah-sekolah. Ibu bapa yang dipilih secara rawak boleh ditelefon mengikut jadual tetap untuk meninjau pendapat-pendapat mereka tentang jenis dan kualiti maklumat yang diterima. Penilaian kauntitatif dari segi bilangan ibu bapa yang menghadiri acara-acara itu, bilangan yang menghantar slip-slip jawapan dan mereka yang memberi komen tentang laporan-laporan boleh menunjukkan kejayaan penyampaian maklumat dan penglibatan.



PENDEKATAN KOMUNIKASI PEMASARAN PENDIDIKAN

Sebelum sebarang keputusan dibuat tentang strategi pemasaran yang hendak digunakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan sekolah, jenis pendekatan dan teknik-teknik promosi yang sesuai dan isu-isu pengurusan pengurusan yang berkaitan dengannya hendaklah dikenalpasti. (Fulmer, 1976)

Perkara yang penting dalam mempromosikan pendidikan adalah mengetahui kewujudan pasaran dalaman dan luaran. Pasaran dalaman adalah staf, ahli-ahli lembaga, pelajar-pelajar semasa dan ibu bapa. Mereka merupakan duta-duta sekolah dalam komuniti yang luas iaitu dalam pasaran luaran. Bila menimbangkan strategi-strategi komunikasi, keutamaan pertama sekolah ialah untuk memastikan bahawa duta-duta ini mempunyai maklumat yang tepat dan positif untuk disebarkan. Pemimpin-pemimpin harus yakin bahawa ada berita yang sentiasa keluar mengenai matlamat-matlamat sekolah dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Matlamat ini mungkin dalam bentuk yang dapat dilihat misalnya prospektus, brosur, penerbitan-penerbitan lain atau hasil-hasil kerja pelajar tetapi juga sama besar kemungkinannya disampaikan secara lisan. Di samping menentukan berita yang disampaikan, adalah penting untuk mengetahui betapa pentingnya metod penyampaian ini kerana ini boleh membawa berita-berita yang terselindung. (Shukor, 1999)

Pendekatan komunikasi dibahagikan kepada sembilan yang utama iaitu :

1. Manusia
Kaedah ini adalah cara mempromosikan sekolah yang paling tua tetapi dalam banyak hal, yang masih dianggap paling berkesan ialah secara lisan. Komunikasi-komunikasi lisan boleh dikategorikan sebagai empat P iaitu :
• Pelajar (Pupils)
• Para ibu bapa ( Parents)
• Profesional (Professionals)
• Orang ramai (Public)

Ibu bapa yang dimaksudkan adalah ibubapa kepada pelajar-pelajar semasa atau mereka yang baru meninggalkan sekolah. Tiga P yang pertama adalah sebahagian daripada pasaran dalaman. Mereka ditanggapi masyarakat umum sebagai mempunyai pandangan dalaman dan oleh sebab itu, maklumat yang mereka sampaikan ditanggapi benar. Mereka harus dibenarkan dengan berita-berita yang betul dan bahan-bahan berkualiti yang mencerminkan nilai tambahan produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh sekolah.

Tiga P yang pertama tidak sepenuhnya terlibat dengan pasaran dalaman kerana P yang ketiga iaitu Profesional juga adalah sebahagian daripada pasaran luaran. Mereka terdiri daripada guru-guru besar dan staf sekolah-sekolah. Apabila berhadapan dengan soal pilihan sekolah pada masa akan datang, ibu bapa biasanya merundingi profesional-profesional yang mereka percaya dan paling mengetahui keperluan-keperluan pendidikan seorang anak. Adalah dijangka bahawa semua guru mempunyai pandangan yang tepat tentang sekolah di kawasan itu. Jika komunikasi lisan seperti itu memberi kelebihan kepada sekolah, maka mustahaklah dipastikan bahawa semua yang bekerja di sekolah-sekolah mempunyai maklumat yang sama tepat dan pandangan-pandangan yang positif sebagaimana duta-duta dalaman.

P yang keempat boleh menjadi penentu yang sangat kuat bagi menentukan imej sekolah di dalam komuniti. Sekiranya orang ramai mula bercakap-cakap tentang sekolah itu dengan maksud yang benar-benar memuji atau memperkecilkannya, berita itu cepat merebak.



Apabila sekolah berurus dengan orang di dalam semua kategori ini, dan terutamanya dengan pasaran luaran, cara komunikasi itu disampaikan dan bagaimana ia ditanggapi adalah penting dalam usaha pemasaran. Cara persembahan dan interaksi lisan yang lain di mesyuarat ibu bapa, hari terbuka dan acara-acara lain juga adalah penting. Bidang yang mustahak ini tidak harus diabaikan. Fokus tidak hanya kepada komunikasi bertulis dengan menjejaskan (fungsi) komunikasi lisan. (Shukor, 1999)

2. Prospektus, brosur dan lembaran iklan.

Prospektus adalah sebuah dokumen promosi yang dibentuk untuk menarik minat orang luar. Fokusnya adalah kepada hal-hal kekuatan sekolah contohnya padang-padang permainan yang besar, makmal-makmal serba lengkap dan pelajar-pelajar yang tekun. Biasanya, ditekankan komuniti pengasih dan pembinaan potensi pelajar yang sepenuhnya.

Adalah mustahak dicapai perimbangan antara kualiti persembahan dengan maklumat yang disampaikan. Jika dokumen itu terlalu licin dan superficial, sesetengah ibu bapa mungkin menanyakan apa yang tertinggal dan apa yang disorok. Prospektus hendaklah memberikan maklumat asas tentang sekolah itu seperti nama guru besar dan nama ahli-ahli lembaga, kurikulum, dasar yuran dan keperluan-keperluan pakaian seragam. Maklumat-maklumat ini hendaklah sentiasa dikemaskini. Pihak sekolah mesti menentukan bahawa maklumat di dalam prospektus itu tepat meskipun ianya mungkin kerap berubah. Terdapat beberapa cara untuk mencapai ketepatan ini iaitu :-

I. Sekolah boleh selalu mencetak dan mengedar semula penerbitan yang benar-benar profesional dan berkilauan yang meliputi kehendak undang-undang tetapi meminta ibu bapa merujuk kepada sekolah untuk dokumentasi lebih terperinci yang boleh menerangkan maklumat-maklumat asas yang diberi.
II. Sekolah boleh menghasilkan folder berkualiti yang di dalamnya terdapat lembaran-lembaran maklumat yang juga berkualiti tinggi. Folder boleh dicetak untuk digunakan sekian lama tetapi kandungannya boleh diubah setiap tahun. Ini mengelakkan beberapa kelemahan yang jelas tentang kos tinggi yang berkaitan dengan pindaan kecil yang mesti dimaklumkan kepada ibu bapa.
III. Sekolah boleh menghasilkan penerbitan yang lebih murah di premis sekolah dengan menggunakan kemudahan-kemudahan penerbitan komputer meja dalam sekolah. Ini boleh mempunyai kualiti yang berpatutan pada harga yang lebih rendah daripada kos menggunakan mesin pencetak atau pengatur huruf komersial.

Sekolah boleh juga menghasilkan lembaran-lembaran atau meklumat untuk tujuan-tujuan lain. Ini boleh memberikan butiran yang sering berubah seperti ‘senarai staf’ atau yang hanya ditujukan kepada kumpulan-kumpulan tertentu seperti butiran-butiran opsyen. Kelebihan pendekatan ini ialah lembaran-lembaran itu boleh digunakan khas untuk tujuan tertentu atau disatukan kesemuanya untuk membentuk bahagian terakhir prospektus. Meskipun ia bukan bahagian penting prospektus, mustahak dipastikan supaya tiap-tiap lembaran itu disediakan dengan rapi.

• Perkara-perkara utama dalam rekabentuk prospektus.

Terdapat banyak pertimbangan pengurusan yang harus dititikberatkan oleh sekolah bila melaksanakan penerbitan prospektus. Beberapa perkara spesifik disenaraikan di bawah ini.

• Tentukan tujuannya, samada pemasaran atau rujukan.
• Kulitnya ringkas, menarik perhatian dan menarik hati.
• Tentukan isu-isu utama dalam prospektus. Nyatakan misi sekolah di bahagian awal prospektus dan kemudiannya perkuatkan perkataan-perkataan utama dalam pernyataan misi di beberapa bahagian seterusnya.
• Tentukan kekuatan-kekuatan yang hendak ditonjolkan. Ini boleh dilakukan secara eksplisit dengan menghuraikannya di dalam teks bertulis atau secara implisit dengan memasukkan gambar-gambar penting. Gambar yang sesuai boleh bernilai seribu perkataan.
• Buat strukturnya untuk kejelasan. Tajuk berhuruf besar dan teks padat yang diselangselikan dengan gambar dan carta yang sesuai lebih baik daripada halaman-halaman teks yang ‘penuh sesak’.
• Ingatkan pembaca setiap waktu.Bahasa yang digunakan hendaklah jelas, berterus terang dan mudah difahami oleh pembaca.
• Jadikan ia senang dibaca. Gunakan gaya permulaan yang mesra dan mengalu-alukan menyebabkan pembaca ingin tahu lebih lanjut lagi.
• Gunakan ilustrasi yang berkualiti tinggi. Ini untuk menjadikan dokumen itu kelihatan menguja dan menarik untuk menyampaikan berita.
• Jangan jadikan prospektus terlalu panjang. Ini bukan sahaja menambahkan perbelanjaan tetapi keberkesanannya sering hilang selepas beberapa muka surat awal.
• Jangan masukkan bahan bertarikh. Ini akan mengakibatkan kos mengubah semula prospektus yang tinggi.
• Pastikan ada paparan menonjol tentang bagaimana menghubungi sekolah.
• Pastikan prospektus itu mempunyai wajah profesional.

Brosur.

Brosur boleh merupakan versi pendek prospektus dan bukanlah merupakan penerbitan yang berbeza dari segi kandungannya. Ia digunakan untuk tujuan publisiti yang menyampaikan lebih banyak maklumat am kepada lebih banyak pembaca. Kekangan-kekangan sumber telah menyebabkan banyak sekolah bergantung kepada prospektus yang komprehensif atau lembaran iklan yang terhad sebagai risalah promosi tetapi makin bertambah juga bilangan sekolah yang menerbitkan brosur-brosur yang mengandungi perutusan guru besar serta beberapa gambar dan teks yang menunjukkan sifat-sifat utama sekolah itu.

Lembaran Iklan.

Lembaran ini berperanan sebagai risalah-risalah atau perasa-perasa pengenalan dan digunakan untuk meliputi kawasan geografi atau julat klien yang lebih luas daripada prospektus atau brosur. Kerapkali, lembaran iklan begitu tinggi nilainya jika ia memberikan nama dan jenis sekolah serta beberapa maklumat asas termasuklah peta lokasi sekolah dan siapa boleh dihubungi. Lembaran iklan adalah secara relatif, nyata, murah untuk diterbitkan dan boleh dibawa ke agen-agen hartanah tempatan, firma-firma pemindahan dan seterusnya mendatangkan kesedaran tentang kedudukan sekolah itu dan apa yang diurusnya supaya siapa yang berminat boleh menelefon sekolah itu untuk mendapatkan prospektus lengkap. Sesetengah sekolah bukan hanya meletakkan nama guru besar dan nombor telefon sekolah tetapi juga dua tiga orang ibu bapa semasa (seperti ahli-ahli PIBG) yang bersedia untuk bercakap dengan bakal-bakal ibu bapa. (Shukor, 1999)

Lembaran iklan promosi harus menepati kriteria berikut:

• Menarik dan memuaskan pandangan.
• Menunjukkan nama sekolah dengan ketara
• Mempunyai peta dan alamat untuk dihubungi.
• Menyatakan misi-misi dan kekuatan sekolah.
• Menggunakan kosa kata yang sesuai.
• Menggunakan ilustrasi yang baik.

Selain daripada pertimbangan kos, ada kemungkinan kualiti keseluruhan lembaran iklan bergantung sebahagiannya kepada apa yang diterbitkan oleh sekolah-sekolah lain di kawasan itu.

Pengedaran prospektus, brosur dan lembaran Iklan.

Ahli-ahli lembaga, staf, para pelajar dan ibu bapa adalah kesemuanya merupakan duta-duta sekolah tetapi mereka hanya boleh membantu jika mereka sentiasa dimaklumi. Ahli-ahli lembaga dan staf yang ada perlukan prospektus yang kemaskini jika mereka dikehendaki mewakili sekolah. Bakal ibu bapa juga perlu diberikan satu naskhah. Para ibu bapa yang ada menerima naskhah awal bila anak-anak mereka memasuki sekolah mungkin cuma memerlukan naskhah kedua bila perubahan-perubahan penting dibuat.

Senarai berikut merupakan tempat-tempat di mana naskhah-naskhah boleh diletak. Tiap-tiap sekolah harus memutuskan sama ada prospektus lengkap atau brosur dan lembaran iklan pendek yang harus diedarkan bagi satu-satu kes.

I. Tadika, Sekolah rendah atau sekolah menengah. Perpindahan para pelajar daripada satu fasa pendidikan kepada fasa yang lain merupakan titik pengambilan penting. Guru-guru dan staf sekolah itu harus dipastikan sentiasa kemaskini pengetahuan mereka mengenai sekolah dan dibekalkandengan semua prospektus serta bahan-bahan lain. Jika staf berkenaan mempunyai beberapa naskhah prospektus yang berkualiti baik, tentunya maklumat positif tentang sekolah akan dapat disampaikan pada masa mereka membuat keputusan yang kritikal.

II. Perpustakaan-perpustakaan awam. Kebanyakan perpustakaan kini mempunyai kawasan yang di dalamnya boleh dipaparkan risalah mengenai organisasi-organisasi tempatan atau aktiviti-aktiviti. Risalah-risalah sekolah patut dipaparkan di bahagian ini tetapi elok juga ditanya sama ada stafnya berminat untuk meletakkan satu naskhah prospektus di bahagian rujukan.

III. Pusat maklumat. Banyak Bandar mempunyai pusat-pusat maklumat dan pusat-pusat ini patut mengetahui hal-hal sekolah anda serta mempunyai risalah-risalah yang relevan sekiranya terdapat ibu bapa yang baru di kawasan itu meminta bantuan.

IV. Biro Nasihat Rakyat. Biro-biro ini boleh menjadi tempat hubungan penting bagi ibu bapa yang baru di sesuatu kawasan dan mahukan maklumat sekolah-sekolah tempatan. Biro-biro ini tentunya perlukan stok prospektus dan lembaran iklan untuk diedarkan dalam keadaan dan masa yang sesuai.

V. Agen-agen hartanah dan firma-firma pemindahan. Ibu bapa yang berpindah ke suatu kawasan aka mula-mula sekali menghubingi agen-agen hartanah untuk butiran-butiran rumah. Jika pada masa yang sama, agen itu boleh menghantar risalah-risalah bagi sekolah-sekolah tempatan dalam bentuk lembaran iklan, maka hubungan awal telah pun dijalinkan. Ibu bapa boleh mendapat maklumat daripada lembaran-lembaran iklan itu dan menghubungi sekolah untuk memohon butiran-butiran selanjutnya.

VI. Bilik menunggu doktor, klinik-klinik dan kedai gunting. Ini merupakan beberapa tempat yang sering kita duduk dan menunggu. Maklumat yang kemaskini mengenai sekolah anda boleh diletakkan di kawasan ini. Ini boleh memberi gambaran sekolah anda dalamoperasi semasanya dan merupakan satu pendekatan pemasaran yang bijak di dalam komuniti tempatan. Di kedai-kedai gunting, ada kesempatan terlibat di dalam perbualan mengenai sekolah-sekolah, lantas imej positif untuk sekolah anda sendiri boleh diperkuatkan oleh khabar-khabar angin tempatan dan juga dokumen-dokumen tersebut.

VII. Firma-firma perniagaan tempatan. Ini boleh dihantar kepada pegawai yang menguruskan hubungan sekolah-industri dan juga kepada jabatan personel yang menguruskan penempatan semula staf. Melalui cara ini, sekolah dapat meningkatkan pengambilan pelajarnya dan yang lebih penting lagi, penempatan guru dan peluang-peluang pekerjaan pelajar menjadi bertambah baik. Mungkin juga terdapat peluang-peluang penajaan aktiviti-aktiviti sekolah dan bahan-bahan publisiti.

VIII. Surat khabar dan media tempatan. Suratkhabar-suratkhabar dan radio tempatan perlu dibekalkan dengan berita maklumat tetap mengenai sekolah. Pertama sekali, mereka perlu mempunyai bahan-bahan rujukan mengenai sekolah dan ini boleh didapati daripada prospektus. Oleh itu, sekolah harus memastikan bahawa naskhah yang kemaskini dibekalkan kepada semua suratkhabar tempatan dan stesen-stesen radio.


3. Bahan bertulis lain

Bahan bertulis yang dimaksudkan adalah termasuk identiti korporat, surat-menyurat am, maklumat untuk pemohon-pemohon pekerjaan, surat-surat berita, buku-buku kecil pilihan kurikulum sekolah menengah dan opsyennya, laporan-laporan sekolah, rekod pencapaian, surat-surat maklumat mengenai lawatan-lawatan sekolah dan laporan tahunan untuk ibu bapa. (Macbeth, 1996)

Kebanyakan sekolah mempunyai logo, lambing atau simbol identiti korporat yang lain. Ini menjadikan domukentasinya berbeza daripada yang lain dan membantu mewujudkan rasa sepunya di kalangan anggota-anggota sekolah. Perhatian hendaklah diambil untuk menentukan bahawa simbol itu digunakan secara tekal pada setiap masa.

Surat-menyurat am perlu dihasilkan dalam kertas nota sekolah dengan menggunakan sistem paparan biasa tanpa sebarang kesilapan. Nada harus hormat dan menyelesaikan masalah secara tidak agresif. Ini senang dicapai kerana surat-surat dihasilkan oleh staf pejabat am untuk pasukan pengurusan kanan tetapi banyak usaha dikehendaki untuk menentukan bahawa staf di seluruh sekolah menggunakan pendekatan yang sama. (Perter, 1980)

Bagi maklumat untuk pemohon-pemohon pekerjaan, biasanya terdapat kumpulan lembaran yang dihasilkan oleh berlainan orang pada masa berlainan. Oleh itu, apabila mengiklankan sesuatu jawatan, mustahaklah bahan-bahan itu telah siap untuk edaran. Jika tidak, calon-calon akan membuat satu tanggapan bahawa sekolah itu tidak terurus dan mereka terganggu kerana tidak mempunyai banyak hari untuk menyiapkan permohonan mereka.

Salah satu aduan kecil tetapi berulang-ulang tentang sekolah-sekolah ialah bahawa ia sering tidak berkomunikasi secara efektif dengan ibu bapa dan klien-klien lain. Berita merupakan salah satu cara popular untuk cuba merapatkan jurang antara rumah dan sekolah. Perkara yang perlu diingatkan apabila menyediakan surat berita adalah:

• Ia tidak harus terlalu panjang. Ini menyebabkan ada kecenderungan untuk berhenti membaca selepas beberapa muka surat. Satu atau dua belah muka surat mungkin unggul kerana ia mengelakkan kos tinggi dan kemungkinan timbul masalah pengumpul semakan.
• Ia hendaklah mempunyai kekerapan yang mencukupi untuk sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa tentang aktiviti-aktiviti sekolah tetapi tidak terlalu kerap kerana ini akan menyebabkan ia menjadi sesuatu yang biasa.
• Ia mesti senang dibaca. Sebagaimana semua komunikasi bertulis, bahasa dan susun atur hendaklah mudah, jelas dan senang difahami.
• Perlu ada susun atur yang menarik. Selain daripada penggunaan teks semata-mata, adalah lebih baik diselang selikan dengan rajah untuk membuatkannya kelihatan lebih menarik.

Kaedah untuk mengedarkan surat-surat berita adalah dengan menghantar komunikasi-komunikasi bertulis seperti surat berita pada hari yang sama tiap-tiap minggu supaya ibu bapa boleh meminta daripada anaknya di sebelah malam. Jika para pelajar dan rakan-rakan mereka telah terlibat dalam menyiapkan surat berita dan jika mereka merasakan ianya bernilai, maka kemungkinan besar mereka akan menyampaikannya. Ini juga merupakan salah satu contoh kepentingan berkomunikasi dengan pasaran dalaman terlebih dahulu.

Buku-buku kurikulum, laporan sekolah serta rekod pencapaian mesti menyampaikan maklumat yang berguna dan bukannya berbentuk kutukan. Adalah penting laporan-laporan itu bebas daripada kesilapan ejaan dan kesalahan tatabahasa. Untuk mencapai objektif ini, staf kanan patut mewujudkan sistem-sistem pengawasan. Masa yang mencukupi harus diberikan untuk tujuan penting berkomunikasi dengan klien ini.

Surat merupakan salah satu komunikasi yang paling biasa di antara rumah dengan sekolah. Namun begitu, oleh sebab ia dihasilkan oleh berbagai-bagai guru, mutu persembahan dan kejelasan huraiannya boleh berbeza dengan ketara. Ada keperluan yang nyata bagi pengurusan kanan mengawasi perkara ini untuk memastikan mutu komunikasi tertinggi dicapai. Banyak pelajar menyimpan program mereka sebagai kenang-kenangan lawatan sekolah atau memasukkannya ke dalam buku skrap atau kerja projek, justeru itu imej profesional ditonjolkan lebih jauh daripada tempoh lawatan itu. (Shukor, 1999)

Penerbitan laporan tahunan untuk ibu bapa mempunyai kualiti yang sangat berbeza-beza, bermula dari dokumen-dokumen rasmi yang hambar hingga ke laporan yang memberikan keterangan menarik tentang aktiviti-aktiviti sekolah. Namun begitu, penerbitan dokumen ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu beban tetapi lebih sebagai satu peluang untuk menyampaikan maklumat dan untuk mempromosikan imej positif mengenai sekolah itu.

4. Media

Media tempatan dan kebangsaan boleh dikatakan sangat penting dalam menyampaikan maklumat, tidak kira secara sengaja atau tidak. Sekolah-sekolah mesti sentiasa sedar tentang kuasa ini dalam urusan langsung dengan pihak media atau dalam aktiviti-aktiviti harian am. Publisiti percuma sangat berguna. Sekolah boleh membina penggunaan maklumat media di dalam strategi promosinya dan boleh membentuk sistem yang boleh mengurangkan kerosakannya jika maklumat-maklumat yang bertentangan sampai di media mengenai sekolah.

Sungguh pun semua jenis media adalah terbuka potensinya kepada sekolah, jenisnya berbeza mengikut kepentingan dan cara ia digunakan. Televisyen kebangsaan atau kawasan terlalu mahal sebagai perantaraan iklan tetapi boleh juga mendapat tempat bagi sekolah di dalam satu-satu program. Ia hanya boleh berlaku jika sekolah telah mencapai sesuatu yang luarbiasa yang diminati oleh orang ramai. Percubaan baru di dalam televisyen tempatan boleh membawa kepada cara-cara yang lebih sesuai untuk menyampaikan tujuan dan aktiviti-aktiviti sekolah kepada komuniti terdekat.

Terdapat juga corak yang sama bagi jenis-jenis media yang lain. Radio tempatan mungkin lebih bersedia daripada saluran-saluran kebangsaan untuk menonjolkan sekolah di dalam program-programnya dan slot-slot iklan lebih berkesan kos kerana ia lebih murah dan lebih berkemungkinan untuk sampai kepada klien-klien sasaran. Surat-surat khabar kebangsaan hanya berkemungkinan menonjolkan sekolah-sekolah yang mencapai ’pertama’ dalam kepentingan orang ramai atau mencapai ’kemasyhuran buruknya’ atas sebab tertentu. Sebaliknya pula, akhbar tempatan mungkin lebih bersedia untuk mencetak bahan mengenai sesebuah sekolah.

Terdapat dua jenis berita iaitu yang baik dan yang buruk. Oleh sebab itu, dua pendekatan dan set prosedur dikehendaki. Ada baiknya dilantik seorang anggota staf untuk berhubung dengan akhbar tentang perkara-perkara am. Ini kerana apabila timbul masalah dan media menunjukkan minat, maka semua urusan mesti dibuat dengan guru besar atau timbalan yang dilantik. Individu ini patut berkebolehan menangani situasi secara sensitif sebab ia mempunyai pandangan keseluruhan tentang isu-isu dan ada pengalaman berkaitan dengan alam sekitar luaran yang di dalamnya sekolah terus wujud. (Macbeth, 1996)

Adalah mustahak dibentuk satu polisi keseluruhan sekolah untuk menguruskan berita-berita buruk dan menyampaikan polisi itu dengan menerbitkan panduan untuk semua staf dalam semua aspek hubungan media. Setiap rakan kongsi dalam aktiviti-aktiviti sekolah, sama ada anggota staf, ahli lembaga, pelajar atau ibu bapa akan kemudiannya menyedari kemungkinan-kemungkinan dan prosedur-prosedur. Ini boleh mengelakkan kekurangan liputan atau sebaliknya, duplikasi bahan dan usaha.

Berikut merupakan topik-topik yang lazimnya diminati orang ramai dan sekaligus pihak media:
• Pencapaian-pencapaian sukan
• Pencapaian-pencapaian akademik
• Perkembangan-perkembangan baru seperti peningkatan penggunaan teknologi atau perkongsian komuniti dalam penggunaan premis.
• Hari terbuka
• Kejayaan-kejayaan pertandingan
• Penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti luarbiasa
• Lawatan-lawatan dan pelawat-pelawat terutamanya bila melibatkan hubungan seberang laut
• Penglibatan komuniti dan amal jariah.

5. Pengiklanan

Kebanyakan sekolah memilih pengiklanan secara langsung yang ‘berbayar’ untuk mencanangkan kewujudan dan aktiviti-aktiviti mereka. Pengiklanan rasmi mungkin dibuat di dalam akhbar-akhbar tempatan atau radio tempatan atau dengan menggunakan pemberitahuan di tempat strategik di dalam komuniti tempatan ataupun di dalam majalah atau surat-surat berita tempatan. Televisyen biasanya terlalu mahal dan meliputi kawasan yang terlalu luas. Antara maklumat yang sesuai untuk pengiklanan sekolah adalah kekosongan jawatan staf, acara-acara sekolah serta pengambilan pelajar.

Berikut merupakan beberapa perkara yang sesuai untuk pengiklanan sekolah:

I. Kekosongan jawatan staf. Ini merupakan satu bentuk pengiklanan tradisi yang sekolah-sekolah telahpun terlibat. Akhbar pendidikan kebangsaan dan akhbar tempatan telah digunakan. Oleh sebab sekolah-sekolah yang menanggung kos pengiklanan, maka sekolah-sekolah mengenalpasti kumpulan sasaran dengan lebih teliti dan menimbangkan keberkesanan kos berbagai-bagai jurnal dan akhbar. Harus diingat bahawa iklan bukan hanya soal merekrut anggota staf tetapi juga untuk mempromosikan imej dan reputasi sekolah.

II. Acara-acara sekolah. Pengiklanan drama sekolah, pesta musim panas dan acara-acara lain membantu untuk menjadikan satu-satu acara itu berdaya maju. Ia juga merupakan satu kesempatan yang baik untuk menarik orang ke dalam sekolah dan mempamerkan kerja sekolah kepada kumpulan klien-klien yang lebih besar. Akhbar-akhbar tempatan, radio, poster, lembaran-lembaran iklan dan seumpamanya adalah metod yang boleh digunakan.

III. Pengambilan pelajar. Sesetengah sekolah menggunakan iklan yang ekstensif untuk menarik pelajar-pelajar baru tetapi ini mesti dilaksanakan dengan cara yang beretka dan sesuai. Hari terbuka dan sesi petang terbuka biasa diiklankan kepada bakal-bakal ibu bapa. Akhbar tempatan dan radio tempatan adalah media terbaik untuk ini, terutamanya jika pendekatan seperti ini dibantu oleh risalah untuk pelajar-pelajar di sekolah-sekolah rendah penghantar. Satu kelainan ialah dengan mengiklankan bidang-bidang sekolah yang khas seperti tingkatan enam dengan senarai opsyen matapelajaran dan kadar-kadar kejayaan yang dilalui. Pendekatan ini boleh digunakan bila menambahkan saiz sekolah merentasi semua kumpulan umur dikatakan tidak sesuai. Sebaliknya, boleh disasarkan kepada kumpulan-kumpulan tahun yang tertentu yang sekolah boleh meningkatkan bilangannya melalui tindakan menjadikan saiz kumpulan ada yang lebih berdaya maju tanpa menambahkan kos staf tambahan.

Beberapa perkara yang perlu diingati semasa membuat pengiklanan iaitu:

• Iklan harus memikat dan menarik minat.
• Iklan harus menunjukkan nama sekolah dan lokasi yang agak jelas.
• Jika sesuatu acara diiklankan, tarikh dan masa harus dimasukkan dan juga bayaran masuk (jika bertepatan)
• Klien-klien berpotensi harus jelas bagaimana membuat respons, seperti tempat berlangsungnya acara dan bagaimana menghubungi sekolah untuk butiran lanjut.
• Iklan harus ‘sedap dirasa’ dan meskipun dengan implikasi yang samar-samar, jangan sekali-kali memperkecil sekolah-sekolah lain.

6. Sesi terbuka

Peluang untuk melihat sekolah adalah salah satu sumber maklumat yang paling berguna kepada mereka yang memilih sekolah. Ini memberikan peluang untuk menyampaikan etos dan suasana yang menjadi faktor pemutus bagi banyak ibu bapa. Meskipun acara-acara terbuka yang formal sering diadakan untuk bakal-bakal ibu bapa, ada banyak lagi peluang untuk mempromosikan sekolah kepada berbagai-bagai jenis klien. Keputusan-keputusan untuk memilih sebuah sekolah atau menyokongnya sering dibuat sabagai hasil siri interaksi dan bukan melalui kehadiran di dalam satu-satu acara. Lebih-lebih lagi, keputusan-keputusan awal telah dibuat lebih awal daripada sangkaan kebanyakan sekolah dan acara-acara istimewa itu hanya digunakan untuk mengesah atau menolak sesuatu pilihan. (Fulmer, 1976)

Hari terbuka merupakan acara-acara penting yang boleh diiklankan setempat untuk membawa kumpulan-kumpulan orang yang berlainan ke dalam sekolah. Secara tradisi, hari terbuka dibuat untuk pelajar-pelajar baru berpotensi tetapi ia boleh juga ditujukan kepada segmen-segmen lain dalam pasaran. Selain daripada hari terbuka untuk pelajar-pelajar baru, sekolah boleh mengadakan hari terbuka lebih kecil yang disasarkan kepada perdagangan dan industri tempatan dengan mengambil aspek-aspek tertentu dalam kerja sekolah untuk dipamer dan dikaitkan dengan minat dan keperluan mereka secara lebih langsung. Sama juga halnya dengan penduduk-penduduk tempatan dan jiran-jiran yang sekolah ingin meningkatkan hubungan.

Acara-acara lain seperti konsert, drama dan pencapaian-pencapaian sukan mempunyai nilai publisiti yang sudah lama disedari. Sekolah perlu memastikan bahawa ia mengelolakan komunikasi dengan akhbar dan media tempatan untuk mengeksploitasikan sepenuhnya peluang-peluang yang terwujud. Acara-acara ini juga membolehkan sekolah-sekolah mengundang kanak-kanak yang lebih muda hadir di sekolah supaya perhubungan dapat dibina. Sekolah-sekolah menengah mungkin berasa untung untuk membenarkan kanak-kanak sekolah rendah datang melawat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan khas seperti studio drama, kelengkapan sukan atau makmal-makmal.

Selain itu, penyertaan dalam pertandingan seperti acara-acara budaya dan sukan, kuiz, projek-projek rekabentuk dan seumpamanya boleh memberikan peluang-peluang untuk mempubilisiti dan mempromosikan aspek-aspek positif tentang kehidupan di sekolah itu. Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan acara-acara ibu bapa yang lain juga merupakan satu cara yang sangat penting untuk melibatkan ibu bapa dalam membantu sekolah dan mewujudkan peluang-peluang bagi ibu bapa melawat sekolah. Dengan melihat kerja sekolah dan berinteraksi dengan staf, ibu bapa boleh mengukuhkan dan mengesahkan keputusan mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah itu.

7. Video-video Promosi

Terdapat dua jenis penerbitan video iaitu video yang dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah yang menunjukkan aspek-aspek kehidupan sekolah yang digunakan oleh kanak-kanak baru yang akan bertukar dan video terbitan profesional yang boleh digunakan oleh penonton-penonton yang lebih luas dan biasanya menunjukkan produk akhir yang lebih tinggi kualitinya. (Shukor, 1999)

Masalah bagi video profesional ialah dalam menyampaikan kekuatan-kekuatan sekolah, video itu kelihatan seperti satu pementasan dan boleh manjdai agak mahal. Satu cara menarik untuk memperolehi produk profesional pada kos munasabah ialah melalui pembentukan projek bersama dengan pelajar-pelajar pengajian media di institusi pendidikan lanjutan atau pendidikan tinggi peringkat tempatan.


8. Promosi Kumpulan

Banyak ibu bapa bagi kanak-kanak peringkat umur sekolah rendah mungkin terpengaruh kuat dalam pemilihan sekolah, bukan hanya kerana reputasi/kualiti sekolah rendah itu tetapi juga mutu dan kesinambungan pendidikan yang sekolah itu boleh tawarkan dalam hubungannya dengan sekolah-sekolah menengah yang berikutnya. Beberapa kawasan telah membentuk ‘piramid-piramid’ atau ‘famili-famili’ sekolah pekongsi yang membentuk perkongsian ini secara formal.

Justeru itu, satu bidang yang penting untuk pembangunan ialah konsep sekumpulan sekolah bergabung untuk memasarkan pakej pendidikan umur 4 hingga 18. Dengan syarat ianya ditunaikan, janji kerjasama dan kesinambungan akan memikat ibu bapa dan mungkin akan memujuk sebilangan daripada sektor swasta untuk membuat ‘opsyen masuk’ bila kesinambungan seperti itu jarang-jarang diperolehi. ‘Koheren dan Kemajuan’ mungkin menjadi tajuk yang baik bagi brosur promosi bersama.

9. Teknik-teknik komunikasi lain

Terdapat benyak cara sekolah menyampaikan imej yang meningkatkan atau mengurangkan reputasinya. Beberapa teknik ini tidak sentiasa jelas kelihatan dan mungkin sekolah tidak menyedarinya atau menyedari kepentingannya kerana sudah dipandang remeh dan tidak dilihat sebagai sebahagian daripada promosi sekolah. (Devlin dan Knight, 1990)

Teknik-teknik komunikasi lain adalah seperti berikut:

• Nama sekolah

Nama sekolah dengan sendirinya boleh menyampaikan imej sekolah. Mungkin sekolah itu ingin dilihat sebagai tradisional dan lama mantap, maka ia memilih untuk mengekalkan namanya untuk meneruskan reputasi terdahulunya meskipun ia telah menjadi sekolah komprehensif. Memasukkan sesuatu yang merujuk kepada ‘komuniti’ di dalam nama sekolah mengingatkan orang bahawa ini merupakan sebuah sekolah atau kolej komuniti dengan segala maksud di dalamnya dari segi kemasukan. Sesetengah sekolah merasa yang peristiwa-peristiwa lampau telah menjejaskan reputasinya dan satu nama baru boleh menunjukkan segalanya telah berubah. Namun begitu, ia hendaklah diikuti dengan peningkatan.

Namun begitu, dalam menukar nama sekolah, kos-kos lain perlu diambilkira. Kos-kos tersebut adalah:

I. Prospektus-prospektus dan brosur-brosur baru.
II. Papan nama sekolah yang baru.
III. Cat semula bas mini sekolah.
IV. Perubahan pada ’pullover’ sekolah.
V. Cap-cap getah baru.
VI. Label untuk menutup nama lama pada buku-buku teks.
VII. Tanda-tanda keselamatan pada kelengkapan.
VIII. Kertas nota berkepala surat baru.
IX. Pameran nama baru sekolah pada tiap-tiap papan kenyataan.
X. Anugerah-anugerah sekolah, contohnya piala-piala dan sijil-sijil.

• Pakaian seragam tersendiri

Ini boleh manjadi ‘pedang dua mata’. Sekiranya pakaian seragam itu menunjukkan imej berkualiti tinggi, ia menjadi satu kelebihan yang ketara. Namun begitu, jika pelajar-pelajar mendatangkan masalah di kedai, kelebihannya mungkin tidak jelas lagi. (Macbeth, 1996)

• Papan-papan nama dan papan kenyataan sekolah

Sesebuah sekolah patut berbangga mengisytiharkan dirinya kepada masyarakat dan ini harus dibayangkan dalam papan nama sekolah. Ia harus direkabentuk dan dibina dengan baik serta senang dibaca oleh mereka yang melintasinya, termasuklah pemandu-pemandu yang belum pernah lalu di situ. Jika sekolah mengawasi rupabentuk papan tanda sekolah, ini menunjukkan bahawa pengawasan yang sama diberikan ke atas aspek-aspek lain di dalam sekolah. Lebih-lebih lagi bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kampus besar atau tempat-tempat berasingan, beberapa papan nama di tempat-tempat strategik adalah dikehendaki.

Apabila seseorang pelawat telah dapat mencari sekolah, maka tidaklah terlalu sulit untuknya meninjau kawasan persekitaran. Seringkali sekolah-sekolah mempunyai papan tanda yang jelas dari pintu depan tetapi tidak dari tempat pelawat datang, iaitu tempat letak kereta.Adalah mustahak papan nama dan papan kenyataan di sekitar sekolah kelihatan jelas dan memberikan maklumat yang mencukupi.

• Dewan masuk

Semua sekolah mempunyai budaya yang sering dicerminkan di dewan-dewan masuk. Sesetangah mempunyai papan-papan kehormatan dan almari-almari trofi manakala yang lain mempunyai pendekatan ‘drapes and driftwood’. Walau apa pun gaya dipilih, dewan masuk hendaklah ceria, dihias rapi, dengan pameran kerja pelajar dan ada tempat duduk bagi pelawat-pelawat. Kawasan sambutan seharusnya bersebelahan dengan pejabat am dan mempunyai laluan ke pejabat itu dengan mudah dan pantas.

Cara orang disambut dan di mana mereka disambut meninggalkan satu tanggapan penting pada mereka. Ini boleh mencerminkan reputasi sekolah. Oleh sebab kini sekolah-sekolah sudah begitu mementingkan keselamatan, perlulah ditentukan cara mengenalpasti pelawat-pelawat. Jika ini ditangani dengan sensitif, ia boleh memberika imej positif kepada sekolah dalam ertikata begitu mengambil berat tentang keselamatan anggota-anggotanya. Jika aspek itu tidak ditangani dengan baik, ia boleh menyebabkan pelawat-pelawat berasa tidak dialu-alukan.


• Penggunaan bangunan dan premis sekolah

Membenarkan kumpulan-kumpulan yang berlainan menggunakan bangunan untuk mesyuarat dan kursus-kursus boleh menghasilkan keluaran sampingan yang penting dari segi pemasaran. Ini sangat jelas dalam sekolah-sekolah komuniti yang mempunyai belanjawan-belanjawan tambahan supaya dapat mengadakan peruntukan pendidikan yang lebih luas untuk komuniti. Ahli-ahli komuniti menanggapi sekolah sebagai hak kepunyaan mereka dan mengadakan hubungan. Mereka melihat sekolah secara langsung dan mempunyai kesempatan meninjau pameran kerja kanak-kanak. Banyak guru besar mudah meyakinkan orang ramai tentang nilai sekolah mereka bila dapat menarik mereka masuk melalui pintu. Peningkatan umun reputasi sekolah dengan lebih spesifik dengan pelajar-pelajar baru berpotensi haruslah digalakkan oleh sekolah. Perimbangan mesti sentiasa dikawal antara penggunaan ini dengan cara ia melengkapi atau menyimpang daripada aktiviti pendidikan utama.

• Pameran-pameran di sekolah dan di kawasan tempatan

Di dalam sekolah, salah satu imej paling positif bagi pelawat-pelawat ialah pameran kerja para pelajar. Sekolah-sekolah yang mempunyai kaki lima panjang dan kosong bukan sahaja mengadakan alam sekeliling yang beku tetapi juga mensia-siakan peluang pemasaran yang penting. Di luar sekolah, mempamerkan kerja pelajar di perpustakaan tempatan, bank-bank dan persatuan-persatuan bangunan boleh menjadi pendekatan promosi yang baik. Ini boleh mengukuhkan kebanggaan pelajar-pelajar dan staf dalam kerja mereka ia boleh mengatasi beberapa publisiti buruk yang sering diterima oleh sistem pendidikan.

• Hubungan dengan industri

Membina hubungan denga firma-firma perdagangan dan industri tempatan harus dilihat sebagai satu aktiviti jangka panjang. Faedahnya, mungkin dari segi pengalaman bekerja untuk para pelajar, peluang-peluang pekerjaan untuk lepasan-lepasan sekolah dan penajaan. Pendekatan sekaligus dengan menulis surat kepada banyak firma selalunya tidak efektif. Apa yang diperlukan ialah pendekatan yang lebih peribadi dan mempunyai sasaran yang hubungannya dibina dalam satu jangka masa tertentu untuk mencapai faedah bersama. (Devlin dan Knight, 1990)





TINDAKAN PEMASARAN

Adalah penting diketahui dengan jelas akan matlamat-matlamat dan objektif-objektif strategi pemasaran dan menentukan keutamaan supaya pendekatan-pendekatan promosi yang sesuai dapat dipilih untuk mencapainya. (Shukor, 1999)

Antara tindakan yang patut diambil adalah:

I. Mendefinisikan matlamat pemasaran. Matlamat-matlamat yang hendak dicapai melalui strategi pemasaran hendaklah dipertimbangkan. Proses membina matlamat pemasaran dan melaksanakan komunikasi bagi matlamat-matlamat ini adalah langkah-langkah penting dalam perkembangan strategi pemasaran.
II. Menetapkan objektif-objektif pemasaran. Apabila matlamat-matlamat telah dibentuk dan pasukan telah wujud, maka objektif-objektif pemasaran boleh ditetapkan. Ini melibatkan pasukan itu mangambil satu-satu matlamat dan menyetujui pelbagai objektif yang mesti dipenuhi untuk mencapai matlamat itu.
III. Menyusun keutamaan objektif-objektif pemasaran. Sekolah harus membuat satu senarai objektif dalam susunan yang sebahagiannya dikaitkan dengan keutamaan dan sebahagian lagi dengan kumpulan semulajadi bagi aktiviti-aktviti.
IV. Memilih pendekatan-pendekatan promosi. Sekolah mesti mereka satu stategi untuk mencapai objektif-objektif dalam masa yang dirancang. Pendekatan-pendekatan promosi hendaklah dipertimbangkan bersama-sama dengan objektif-objektif pemasaran dan mengemukakan satu tawaran sumber kepada pengurusan kanan yang akan memenarkan maklumat-maklumat pemasaran itu menjadi kenyataan.





PENUTUP

Pemasaran ialah satu proses yang berjalan terus dan sekolah-sekolah tidak harus terlalu kuat mencuba dan terlalu ghairah pada peringkat awal dengan mengorbankan satu strategi pemasaran yang disusun dengan baik dan boleh dimajukan lagi selama beberapa tahun. Sekolah-sekolah boleh menggunakan pendekatan-pendekatan promosi untuk memenuhi keperluan pemasaran tertentu dan bukan sebagai hasil muktmad. Dengan masa yang terhad dan sumber-sumber yang sedikit, sekolah-sekolah perlu memfokus aktivitinya supaya mendapat faedah maksimum daripada usahanya.















RUJUKAN

Shukor M.D (1999) Pemasaran Strategik Sekolah, Kuala Lumpur: Rhythm Distributor Sdn. Bhd.

Nik Rahimah N.Y, Ghazali J., Zaharah B. (2000) Asas pemasaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Bowman, C. And Asch, D. (1987) Strategic Management, Basingstoke, Macmillan.

Perter, M. (1980) Competitive Strategy, Now York, Free Press.

Macbeth, J. (1996) Schools speak for themselves. London, National Union of Teachers.

Fulmer, R.H (1976) The New Marketing, New York: Macmillan Publishing Company.

Devlin, T. and Knight, B. (1990) Public Relations and Marketing for Schools, Harlow: Longman.